Jessica awal awal lagi dah naik train (kereta api) pergi Jeju. Dia nak rehatkan diri dan tenangkan fikiran dekat sana. Lagipun dekat Jeju nanti boleh laa dia melawat makam arwah omma dan appa dia :')
"Ah.. i hope i have a nice day today.." kata Jessica sendirian sambil memandang ke luar tingkap. Dia tak sabar nak ambil angin dekat tepi pantai.
████████████████████████
Kalau Jessica awal awal pgi dah ke Jeju. Kris pula awal awal pagi bertolak dari Busan ke Seoul.
"Jessica, wait for me eoh.." kata Kris mengukir senyuman tipis. Kereta BMW miliknya dipandu dengan cermat.
Kris tak sabar nak berjumpa dengan Jessica. Kris nak pujuk Jessica balik Busan. Kris nk bawak Jessica balik sebagai yeojachinnya yang sebenar...
×skip
Jeju Island - 11.00 a.m.Jessica melangkah masuk ke kawasan perkuburan. Jessica menghampiri dua kubur yang dah hampir lusuh. Jessica duduk di tepi kubur itu lalu membersihkan sedikit kawasan kubur tersebut.
"Omma.. Appa.. Sica datang ni." Kata Jessica menahan sebaknya.
"Mianhae omma, appa sebab sica dah lama tak datang sini. Sica banyak kerja. Boss sica tu susah nak bagi sica cuti.." riak muka Jessica berubah bila terkenangkan bossnya itu.
"Omma dengan appa nak tahu tak, boss upah sica jadi yeojachin dia selama seminggu dkt busan. Sica rasa bersalah sangat masa tu bila terpaksa tipu omma dan halmeoni boss sica tu. Diorang baik dgn sica.."
"Semalam birthday halmeoni. Kitorang sambut meriah sangat. Tapi tiba tiba halmeoni cakap yang halmeoni nak kahwinkan sica dengan boss. sica tak nak.. sica muda lagi. lagipun sica dengan boss cuma berlakon.... Boss cakap dekat Sica yang semua ni bukan plan dia. Dia cuma bawa Sica balik busan sebab nak tunjuk dekat Bomi yang dia ada yeojachin.." Jessica menundukkan wajahnya. Airmata yang bertakung di tubir mata ditahan selagi mampu agar tidak jatuh. Namun dia tak kuat. Setitis demi setitis airmatanya membasahi pipi dia.
"Omma.. otteoke? Sica dah mula sayangkan boss. Hati Sica sakit sangat bila dia cakap macam tu. Sekarang ni semua dah tahu yang Sica dengan boss cuma berlakon. Sica malu. Sica rasa bersalah sangat pada keluarga diorang. Sica tipu diorang.." kata Jessica dengan esaknya.
"Appa, omma. Sica rindu appa dengan omma. Rindu sngt sangat..." kata Jessica sambil menekup mukanya dengan tapak tangan. Jessica meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya pada omma dan appa dia. Dia berharap sangat dengan cara ni dia dapat rasa kehadiran omma dan appa di sisi dia saat ini.
█████████████████████████
Kris merenung rumah Jessica dari dalam kereta. Kosong. Tak berpenghuni. Puas juga dia cuba menghubungi Jessica namun tak pernahnya dapat. Kris mengeluh perlahan. Dia hampir putus asa.
"Sica.. mana awak pergi? Kenapa sampai off phone.." kata Kris sendirian. Kris masih lagi menunggu di hadapan rumah sewa Jessica. Berharap Jessica keluar menemuinya namun hampa bila ahjuhma sebelah rumah kata yang Jessica dah keluar awal awal pagi tadi dengan membawa beg. Bila di tanya arah tujuan Jessica ahjuma itu hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
Kris mengeluh. Kepalanya terasa sakit memikirkan semua ni. Dia buntu nak cari Jessica di mana.
█████████████████████████
Jessica berjalan ditepian pantai sambil berpeluk tubuh. Rambutnya yang tak terurus akibat ditiup bayu pantai dibiarkan sahaja. Hatinya tenang begitu. Deruan ombak membuatkan hatinya tenang. Sungguh dia terlalu ingin datang ke sini jikalau ada masalah. Harini dia dah pun tunaikan impian dia yang satu tu.
Jessica duduk di bawah pokok kelapa yang agak tinggi. Badannya disandarkan di batang pokok kelapa. Matanya tak beralih dari memandang ke arah tengah laut. *confius jap antara pantai dgn laut --'*
"Tenangnya dekat sini.." bisik hati Jessica. Perlahan lahan bibirnya menguntum senyum. Lega hatinya apabila dapat meluahkan semua yang dia pendam pada omma dan appanya sebentar tadi. Walaupun hanya meluah pada batu nisan tapi Jessica tahu omma dan appa mendengar segala galanya :')
Lamunan Jessica terhenti apabila seseorang mencuit bahunya. Jessica menoleh. Bulat matanya merenung orang yang mencuit bahunya tadi.
"Is that you, Jessica?"
- To Be Continue -
Oke i'm so sorry part ni bosan + merepek repek. Arghh seriusly makin lama makin takde idea dah T_T
By the way, siapa yang cuit bahu Jessica tu? Kris ke? Sorry lah buat korang tertanya tanya..
YOU ARE READING
My Boss Mr Perfect ❀ Krissica ✔
FanficKris berubah dan membawa rajuk hatinya selepas hubungannya dengan Bomi putus di tengah jalan. Ayahnya pula menganggap semua yang berlaku berpunca daripada Kris. Kris menguruskan syarikat peninggalan datuknya di Seoul seorang diri memandangkan syarik...