Bab 16

5.5K 102 41
                                    

Bab 16

"TERMENUNG lain macam aje kau, aku tengok hari ni. Kenapa weh? Pasal perempuan tu lagi ke?" tegur Hisyam dengan selamba. Bahu sepupunya ditepuk perlahan. Arrayyan tersentak. Dia menunduk. Rambutnya diraup beberapa kali berserta satu keluhan berat.

"Aku.. aku tak tahulah..." Arrayyan bersuara parau.

Entah dari mana hendak dia mulakan cerita. Yang pasti, semua yang berada di dalam fikirannya kini adalah Abby! Abby, Abby dan Abby! Adakah Abby akan meletak jawatan kesan dari jerkahannya siang tadi? Tidak! Dia tak sanggup kehilangan pekerja. Lebih tepat lagi, dia tak sanggup kehilangan Abby! Cintanya baru lagi berputik!

"Hai, lain macam aje bunyi," Hisyam, seperti biasa sudah bersedia hendak mendengar segala-galanya. Arrayyan garu kepala gaya serabut. Kuku ibu jarinya digigit-gigit. Hisyam dipandang sekilas.

Dia memang pendengar yang baik. Dalam mendengar keluh-kesah Arrayyan, dia selitkan juga dengan tawa mengejek dan sindiran. Biasalah! Kalau tak dapat kenakan Arrayyan dalam sehari, hidupnya rasa tak lengkap langsung! Tapi, selepas puas mengejek, barulah dia berikan nasihat. Itulah sebabnya Arrayyan berasa selesa dengannya semenjak mereka kecil lagi. Nak-nak bila mereka tinggal berjiran. Lagilah syok!

"Aku... aku rasa bersalah pada dia," Arrayyan memulakan cerita. Dia mengeluh. Jari-jemari kiri dan kanannya dipatah-patahnya. Gaya nervous seorang lelaki ego. Hisyam tergeleng-geleng melihat Arrayyan yang semakin hari semakin kronik tahap cintanya ini. Rasa bersalah? Arrayyan ni ada rasa bersalah ke?

"Kau buat apa pada dia?" soal Hisyam sambil menyisip minuman di Warung Kita itu.

Biasanya di Warung Kitalah tempat mereka melepak. Tak perlu melepak di tempat-tempat orang kaya. Cukuplah sekadar melepak di warung-warung begitu. Bukan sebab kedekut, tetapi sebab selesa. Arrayyan tidak berapa suka makan dalam suasana berair-cond kuat macam dekat hotel-hotel lima bintang. Kalau tak, nanti dia makan tak habis! Kalau cuaca panas, barulah dia pergi ke tempat berair-cond begitu. Itu pun, makanan memang tak habis makanlah! Rasa mual dan kembung perut. Macam mamanya juga.

"Aku jerkah dia," Arrayyan bercerita dengan muka gelabah. Tak senang duduk macam cacing kepanasan. Aduhai. Hisyam tergelak kecil. Selalu sangat dah dia dengar berita ini. apa yang Arrayyan nak kalut sangat?

"Hai, hari-hari kau jerkah dia kan? Asal hari ni baru kau nak kalut?" soal Hisyam sarkastik. Arrayyan hari ini nampak panas punggung betul. Macam pelik. Biasanya tidaklah Arrayyan macam ini.

Arrayyan berkerut sedikit. Memanglah hari-hari dia menjerkah Abby tetapi, tidaklah seteruk tadi. Dia menjerkah Abby dari mula dia memanggil Abby untuk masuk ke biliknya melalui interkom lagi. Selepas itu, dia menjerkah dan menjerkah lagi! Memang seronok menjerkah orang ni. Lepas geram. Seronok tengok muka pending Abby. Comel sangat sampaikan dia terlupa hendak menjaga hati Abby. Kasihan Abby.

Dia tak sangka bila Abby akan menangis sampai begitu sekali. Tersedu-sedan dan bahunya terhinggut-hinggut kecil menahan sendu. Sayu hati Arrayyan melihatnya walhal dialah yang menjadi punca. Lagi dia tak sangka bila Abby akan berlari keluar dari pejabatnya dan terus pulang ke rumah sebelum habis waktu bekerja. Hatinya yang tidak enak itu berganti menjadi sakit hati apabila Azham sibuk-sibuk menyoalnya kenapa dia memarahi Abby?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 09, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hantu Punya Bos!Where stories live. Discover now