Bab 15

2K 55 0
                                    

Bab 15

"AKU benci dia!! Aku benci dia!!!" raung Abby sekuat hati. Diela di sebelahnya sudah hijau muka! Tidak pernah sekali pun dalam seumur hidupnya, dia melihat Abby meraung seperti ini. Macam isteri yang ditinggalkan suami! Habis barang-barang yang ada di atas katil dicampak ke lantai. Diela mengurut dadanya. Belum pernah Abby berkeadaan sebegini. Dia jadi takut! Selama ini, Abby tersangat cool!

Abby menendang selimut dan bantal di atas katilnya sehingga tercampak ke bawah. Tidak cukup dengan itu, bantal hiasan di tangannya dicekup-cekup geram. Raungan masih kekal raungan. Kuat dan teramat membingitkan telinga.

"Aku tahu kau bencikan dia. Tapi babe, hidup mesti diteruskan juga," Diela memujuk Abby yang sudah teresak-esak menangis itu. Dah macam budak patah gigi pula! Kesian sungguh dia melihat Abby yang sentiasa bernasib malang itu. Aduhai Abby! Bahu Abby dipicit-picit lembut. Memberi semangat dan memujuk lembut.

"Aku tak nak tengok muka dia dah! Tak nak!! Aku benci dia! Benci sangat-sangat!! Kenapa aku harus bekerja dengan bos yang macam hantu tu, Dee?" raung Abby lagi. Kali ini bertambah kuat. Rambut yang bersanggul dan sedia berserabai itu diserabaikan lagi sehingga terlepas sanggulnya. Memang muka Abby waktu ini boleh masuk pertandingan Muka Paling Hodoh Antarabangsa, Diela rasa.

"Alah. Kan aku dah pernah cakap, dia tu memang hantu," Diela berkata perlahan. Memujuk hati si teman karibnya. Abby masih lagi tersedu-sedan. Geram betul dia diayam-ayamkan oleh Arrayyan dengan teruk sekali. Teruk sungguh Arrayyan ni!

"Apa yang dia dah buat kat kau sebenarnya? Kenapa dari tadi kau tak henti-henti menangis ni?" soal Diela prihatin. Sudah hampir satu jam si Abby ni menangis tanpa henti. Dia sudah naik risau dengan apa yang menimpa Abby. Jangan-jangan, Arrayyan cuba hendak memperkosa Abby tak?! Ternganga dia dengan tanggapan itu.

"ABBY, masuk bilik saya sekarang!" jerkah Arrayyan melalui interkom. Abby melatah bagai nak gila. Hai! Tak pernah hayat pula dia menjerkah melalui interkom. Dah nak mati besok ke apa? Hati Abby menggumam geram. Penat dia mengawal latahnya agar tidak kedengaran yang bukan-bukan lagi selepas ditegur tadi!

"Ya bos?" soal Abby sebaik sahaja dia dibenarkan masuk ke dalam bilik pejabat bosnya. Dia memandang muka Arrayyan yang sudah mencuka itu dengan pandangan takut-takut. Ada apa pula ni? Baru lagi tadi dia berjaya mencari fail dari Syarikat Season itu sebanyak lapan buah, masih tidak cukup lagikah pada Arrayyan?

"Awak ni, tadi saya suruh awak carikan saya fail dari mana?" soal Arrayyan tegas. Matanya mencerlung memandang ke arah Abby yang terkulat-kulat di hadapannya itu. Serius benar muka Arrayyan memandangnya. Langsung tidak berkelip. Tajam dan menikam!

"Bos minta saya carikan bos fail dari Syarikat Season kan?" soal Abby dengan dahi berlapis-lapis. Nasib dahi dia tak berwarna-warni aje. Kalau tidak, tentu orang dah fikir ada kek lapis atas dahi dia!

"Ya, saya minta berapa banyak?" soal Arrayyan yang sudah berdiri tegak di hadapan Abby. Kedua belah tangannya seperti biasa, diselukkan ke dalam kocek. Anak matanya tajam merenung mata bulat Abby. Dia mengecilkan sedikit matanya. Sengaja hendak menunjukkan riak serius supaya Abby takut dengannya. Nakal!

"Err.. bos mintak sekurang-kurangnya, lapan," Abby tergagap-gagap. Abby mula tidak yakin. Lapan ke sembilan? Rasanya lapan! Ke berapa eh?

Hantu Punya Bos!Where stories live. Discover now