Bab 9

1.6K 55 0
                                    

Bab 9

"ASSALAMUALAIKUM,"Abby memberi salam. Dia menanti Arrayyan untuk mengarahkan dia masuk. Dia hendak berbincang dengan Arrayyan mengenai perkara ini. Pekerja lain tidak seharusnya dijadikan tempat untuk Arrayyan melampiaskan amarahnya. Jika benar Arrayyan berasa bengang, maka sepatutnya Arrayyan bersemuka dengannya sahaja kerana dia yang menyebabkan pekerja lain ketawa.

"Assalamualaikum," dia memberi salam lagi. Kali ini, barulah ada respons daripada Arrayyan. Sesudah Arrayyan mengarahkan dia untuk masuk, dia melangkah ke dalam pejabat luas Arrayyan dengan rasa takut. Takut dijerkah lagi walaupun dia tahu dia akan dijerkah juga. Debaran di dada usah dikata. Bagai tidak mengenal erti surut.

"Awak nak apa?" dingin sahaja soalan Arrayyan. Dia masih bengang dengn kejadian tadi. Abby menunduk-nundukkan kepalanya bagaikan baru ditepuk dengan zink. Takut dia menghadap muka Arrayyan yang masih menyinga itu. Takut diterkam. Isk. Mintalah dijauhkan.

"Saya... saya nak minta maaf pada bos pasal tadi. Saya tak sengaja," Abby berkata sambil menunduk. Arrayyan menyandar ke kerusi sambil jemarinya mengetuk meja. Sinis senyuman dipamerkan. Mukanya masih merah padam lagi menahan malu akibat menjadi bahan ketawa satu pejabat. Kedua siku ditongkatkan ke meja. Jemari kedua belah tangan disulamkan dan dirapatkan ke bibir sementara matanya tajam mencerun memerhati Abby. Abby semakin kegelisahan ditenung begitu.

"Kalau saya tak maafkan awak atas sikap kartun Spongebob awak yang menyakitkan hati saya ni, awak nak buat apa?" Arrayyan menyoal lagi. Dia samakan aku dengan Spongebob? Tersangatlah tak patut! Hati Abby menggumam geram. Eh? Dia tengok kartunlah, Abby! Hahaha!

"Saya minta maaf bos, saya bertanggung jawab pada setiap apa yang terjadi tadi. Bos janganlah potong gaji mereka," Abby mula merayu. Kedua tangannya disatukan memohon ampun. Arrayyan lagi galak mengenakan Abby. Hah, tahu pun nak pakai mata Garfield. Senyuman sinis sekali lagi dipamer.

"Kalau saya tak potong gaji mereka, saya potong gaji awak sebanyak lima puluh peratus. Awak okey dengan syarat saya ni?" soal Arrayyan kerek ala-ala pandangan David Carruso dalam drama CSI Miami.

Siapa suruh kau cari pasal dengan aku? Kau ingat, muka kau lawa, mata kau bulat, body kau cantik, aku akan tunduklah? Mata besar! Jalan lembab. Melatah pulak tu! Memang out habis. Sayang je, bila melatah, macam-macam dia merepek. Arrayyan menggumam.

Abby serba salah dengan syarat yang dikemukakan oleh Arrayyan itu. Habislah gaji dia nanti! Macam mana dengan dia? Dia juga berada dalam kesusahan sekarang. Tapi, dia tidak boleh bersikap pentingkan diri. Itu tanggung jawabnya. Seperti yang pernah dikatakan kepada Azham semalam. Dia yang bertanggung jawab pada gaji kawan-kawannya pada bulan ini. Habislah dia dimarahi semua pekerja nanti!

"Tapi bos..." Abby cuba menyangkal. Dia tidak mahu korbankan gajinya juga. Alamak! Banyak pula masalahnya.

"Tak ada tapi-tapi lagi!" Arrayyan berkata tegas. Abby mengetap bibirnya. Habislah aku. Keputusan harus dibuat. Sama ada bersetuju atau tidak dengan syarat Arrayyan itu.

"Baiklah bos," akhirnya Abby bersuara. Mengalah.

"Baiklah apa? Awak okey dengan gaji awak dipotong sebanyak lima puluh peratus atau awak okey dengan gaji kawan-kawan awak yang dipotong?" soal Arrayyan sinis. Abby menundukkan kepalanya lantas merenung hujung kasut. Sedih.

Hantu Punya Bos!Where stories live. Discover now