Bab 2

2.2K 68 2
                                    

Bab 2

"MASUKKKK!!!" pekik Arrayyan dari dalam setelah mendengar pintu bilik pejabatnya diketuk. Suaranya lantang, kuat dan jelas. Orang pekak pun boleh mendengar dengan elok!

"Bos, saya nak serahkan dokumen ni. Tuan Ghazali punya dokumen dan saya diarahkan beliau untuk serahkan dokumen ini pada bos," Diela menghulurkan fail berwarna hitam yang dipeluknya kepada Arrayyan.

Arrayyan hanya mengangguk-anggukkan kepalanya lantas menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi. Menyemak semula dokumen apa yang patut. Melihat senarai akaun yang dikredit dan didebit oleh syarikatnya.

"Letakkan di situ," dia berkata selamba tanpa memandang muka Diela. Bontot pen ditangannya digigit-gigit. Kemudian, dia menurunkan beberapa catatan di buku peribadinya.

"Baik, err.. bos, saya..." Diela sudah tergagap-gagap hendak memberitahu mengenai perletakan jawatannya. Nak beritahu ke tak nak? Kalau tak beritahu nanti, macam mana dengan dia? Kalau diberitahu nanti, soalannya tetap sama. Macam mana dengan dia? Selamatkah dia daripada amarah Arrayyan?

Nafas dihela beberapa kali. Dihembus perlahan-lahan mencari ketenangan. Takut dengan bosnya yang macam perempuan mengandung sahaja moodnya. Emo sahaja. Setiap hari mood bosnya macam perempuan mengandung! Perempuan mengandung tujuh bulan pun boleh terberanak terus bila mendengar jerkahannya.

Dasar hantu raya, hantu setan! Bos gila! Dendamnya masih berbaki rupa-rupanya sebaik sahaja teringat betapa dia sering dikutuk dan dijerkah sepanjang dia bekerja di situ.

"Saya apa?" soal Arrayyan dingin. Dengusan mula kedengaran. Kasar dan menakutkan. Seperti seladang sahaja bunyinya. Diela sudah ketap bibir. Bukan petanda baik!

Kepala Arrayyan masih menunduk menghadap kerjanya. Dia sedikit pun tidak mengangkat kepalanya. Malas hendak menatap muka Diela. Bukan ada faedah pun pada pendapatnya. Telinga capang! Pendek. Body tak lawa! Cuttinghancus! Hidung kembang. Harapkan kulit aje putih gebu. Selamba hatinya mengutuk Diela.

"Saya.. saya.." tergagap-gagap lagi. Arrayyan sudah naik botol kicap di kepala. Tahap marahnya memuncak! Dia paling pantang kalau ada pekerja yang ingin melengah-lengahkan masanya. Tergagap-gagap seperti ada melakukan kesalahan. Ini Arrayyan Zainuddin! Siapa mahu melengahkan kerja aku memang akan dipetir dengan kuasa paling tinggi. Sehingga hangit seratus peratus! Dia berdiri dan menepuk meja kuat.

"Saya apa?!!!" dush! Macam ditumbuk Diela rasa. Terperanjat dijerkah sebegitu kuat.

Terhinggut bahu Diela menahannya jerkahan yang maha dahsyat itu. Masya-Allah! Boleh terbang rambutnya akibat dipetir di hadapan muka ini. Ini, kalau ada penyakit lemah jantung, memang tunggu keranda teruslah jawabnya! Silap-silap hari bulan, tunggu tok imam baca talkin sahaja. Kalau terkena sedu ni tadi, memang takkan sedu lagi dah lepas ni!

Tentu sahaja pekerja di luar mula berkumpul dan bersoseh bagai mengenai Diela. Memang mereka akan mengadakan mesyuarat kilat seperti itu jika terdengar Arrayyan mengamuk. Adalah bendanya yang digosipkan oleh mereka.

"Saya nak letak jawatan!" Diela mengaku akhirnya. Kepalanya tertunduk-tunduk ketakutan. Sekejap-sekejap matanya memandang ke arah bosnya yang begitu tajam merenung dia. Mata cantik lelaki itu merenungnya tanpa berkelip. Mukanya bengis kalah firaun berperang!

Hantu Punya Bos!Where stories live. Discover now