Bab 3

2K 58 0
                                    

Bab 3

"ABBY, kau kena tolong aku. Selamatkan maruah aku, please?!!" Abby mengeluh untuk ke sembilan puluh enam kali. Apa yang teruk sangatnya dengan bos Diela ini sampai melibatkan maruah bagai ni?Abby mendecit geram. Kalau tak memikirkan sahabat karib, sudah lama ditempelengnya wajah Diela ini.

Dia memang dari keturunan orang yang tidak suka didesak. Hendak menolong bagaimana pula? Dia bukannya pintar sampai boleh menyelesaikan masalah orang lain. Dia sendiri juga punya masalah dalam hidup! Masalah besar lagi!

"Apa yang sampai melibatkan maruah ni,babe?" dia menyoal Diela bengang.

Dia ketika itu sedang memasak. Suara Diela setiap masa menghantuinya. Diela ini begitu suka mendesak semenjak dia hendak berhenti kerja ini. Setiap masa Diela memujuk rayu kepadanya supaya menerima tawaran bekerja di situ. Tawaran Diela sendiri yang buat! Bagaimana dia hendak bekerja di situ kalau hari-hari telinganya menerima berita yang tidak enak mengenai perangai bos Diela itu?

"Tolonglah! Aku tak sanggup dah! Tadi ada mak cik cleaner yang terperanjat dengar jerkahan bos aku tu. Sampai tercampak keluar gigi palsu dia. Betul aku tak tipu! Okey, tu memang salah mak cik tu sebab tak pakai Polident tapi.. yalah, tak elokkan? Main jerkah je sesuka hati. Aku tak sanggup ditengking lagi. Sedangkan mak cik tu pun boleh tercampak gigi palsunya, inikan pula aku? Mahu tercabut telinga capang aku ni nanti. Kalau ada kau, kau boleh tengking balik bos aku tu. Mulut kau lebih pedas, berbisa, berselumbar dan bersembilu!" Diela berkata sambil mempamerkan riak kasihan.

"Are you serious? Lepas tu mak cik cleaner tu cakap apa?" Abby tidak menghiraukan ayat Diela yang terakhir itu. Dia perlu tahu kesinambungan kisah yang terjadi pada mak cik cleaner itu.

Terkejut dia mendengar berita tentang mak cik cleaner itu. Teruk sangatkah tahap kewarasan bos Diela sampaikan mak cik itu boleh tersembur keluar gigi palsunya? Tentu mak cik itu trauma!

"Apa lagi? Traumalah mak cik tu. Bersungguh dia pergi kutip gigi palsu dia. Mujur tak kena pijak dek pekerja lain. Kalau tak, naya aje. Patah. Sudahlah buat gigi palsu mahal sekarang ni. Mak cik tu kata, lepas ni, dia nak cuci pejabat bos awal pagi. Setiap petang bos asyik memaki hamun sahaja. Dia takut nanti dengan gusi-gusinya sekali tercampak keluar! Mak cik tu tak tahu, pagi-pagi lagi teruk angin bos aku!

Bos aku tu mereng sangat otaknya. Tak ada kesayuan langsung di hati. Hati beku! Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Boleh dia kutuk telinga aku ni? Sakit sungguh hati aku. Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng," cerita Diela kali ini benar-benar menggeletek ulu hati Abby. Berdekah-dekah dia mentertawakan Diela. Dia boleh bayangkan keropok goreng yang asalnya kecil dan lurus tetapi setelah digoreng, ia berkerepot dan membesar. Oh! Buruknya!

"Abby!" Diela memberi amaran.

Sakit hatinya bila tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada Abby. Abby mengetap bibirnya menahan lucu. Disebabkan rasa simpati pada sahabatnya yang sudah mencuka itu, akhirnya Abby membuat muka selamba.

Hantu Punya Bos!Where stories live. Discover now