Bab 13

1.9K 48 0
                                    

Bab 13

"WEH, korang berdua tak pelik ke dengan perangai bos sekarang ni?" Suzanna mula bergosip ketika Abby, dia dan Azham sedang menikmati makan tengah hari di kafe. Azham mengangguk setuju dengan kata-kata Suzanna itu. Memang dia pun naik pelik dengan sikap Arrayyan sekarang.Abby menjungkitkan keningnya seketika. Pending!

"Nak pelik apanya?" soal Abby lantas menyuapkan makanan tanpa menghiraukan kata-kata Suzanna itu.

"Weh Zana, dia budak baru. Manalah dia menghadap dengan caci maki bos sangat. Hari kedua aje dia kena maki. Lepas tu terus bos jadi insan yang soleh dan cemerlang," bebel Azham. Suzanna mengangguk-anggukkan kepalanya. Ya tak ya juga!

Abby naik meluat mendengar Azham memuji Arrayyan. Soleh dengan korang! Dengan aku? Suruh buat itu ini macamlah aku ada sepuluh tangan! Hantu punya bos! Sudahlah dia suka sangat mendera aku! Cemerlang dengan kau orang! Dengan aku? Huh! Memang takde langsung ciri-ciri kecemerlangan itu. Abby mendengus geram.

"Cakaplah, apa yang awak orang pelik sangat ni?" soal Abby geram.

"Sebelum ni, dia tu, pantang kita buat silap sikit, tentu saja akan dihamuk sepuas hati. Sekarang ni, dia macam dah pasif. Tak ada nak jerkah sana-sini macam dulu. Kalau jumpa dengan pekerja-pekerja pun dia boleh tunduk hormat semula. Memang pelik gilalah," Azham bersuara. Suzanna di sebelahnya mengangguk-angguk tanda setuju.

"Oh, saya tahu sebab apa dia jadi macam itu," Abby berkata selamba tanpa menyedari yang dia mungkin akan termalukan bosnya sendiri.

"Kenapa?" soal Azham dan Suzanna serentak.

Abby kecut perut! Alamak! Biarpun dia benci akan Arrayyan, namun takkanlah dia hendak memalukan bosnya itu? Kalaulah pekerja lain tahu bahawa Arrayyan pernah dipukul gara-gara mulutnya yang berbisa itu, mahu teruk Arrayyan ditertawakan mereka semua. Lagi malang, tentu Abby bakal dipecat! Oh no!

"Alah, sebab urat kentut dia putuslah tu," Abby menjawab selamba. Debaran di dada mula menyurut. Lantaklah kalau alasan tak logik sekali pun. Yang pasti, dia tidak akan memberitahu sesiapa mengenai insiden itu.

Azham dan Suzanna yang menyangka Abby bergurau sudah berdekah-dekah ketawa.

"Wey, aku ingatkan betullah dia tahu sebab apa tadi, kan Zaham?!" Suzanna menumbuk bahu Azham dan ketawa lagi.

Abby hanya melihat dua orang itu. Sama cantik dan sama padan. Tidak mahukah mereka bercinta sesama mereka? Tentu sweet. Azham itu orangnya agak ramah berbanding Suzanna yang nampak agak serius dan pendiam di pejabat. Bahasa mereka pula, 'kau aku'. Tak macho langsung! Tapi okey what? Nampak keserasian mereka bila berbual.

"Weh, makan cepat. Saya kena sambung kerja ni. Bos kita tu garang sangat dengan saya," Abby bersuara kalut. Tidak mahu berbincang tentang topik yang sama. Arrayyan, Arrayyan, Arrayyan!

"Garang sebab apa pula? Dengan kami semua dia okey aje?" Azham bersuara.

"Itu kalau dia dengan awak orang semua. Kalau dengan saya, dia tak okey! Dia suruh buatitu dan ini setiap masa. Inipun dia beri masa tak sampai satu jam untuk mencekik! Kalau tak, potong gaji," ujar Abby dalam sendu. Sendulah sangat!

"Eh, cakap pasal potong gaji, dia jadi potong tak gaji kita bulan ni?" soal Azham memandang muka Suzanna dengan pelik. Suzanna menjungkitkan bahunya dan memandang ke arah Abby pula. Azham turut sama menanti jawapan dari mulut Abby.

Hantu Punya Bos!Where stories live. Discover now