Bab 11

2.2K 53 0
                                    

Bab 11

"AYAN, apa pasal kau tersengih-sengih dari tadi ni?" soal Hisyam yang sudah muak melihat senyuman nakal Arrayyan itu. Apa punya pekerjaanlah? Dari siang tadi asyik tersengih-sengih sendirian di kerusi sandar di tepi kolam itu. Dari siang, bawa ke petang. Naik menyampah dia melihat senyuman Arrayyan itu. Kalau sebelum ini, lelaki itu paling kurang senyum berbanding dirinya tetapi sekarang? Dah kalah orang angau lagi dah!

Arrayyan, bila dah ditegur begitu mulalah beriak selamba. Potong stim! Dari pagi sehingga ke petang dia asyik teringat pada pukulan maut Abby semalam yang menyelamatkan dia daripada dipukul samseng. Sekali dijerkah, berkali-kali dia mendebik. Kelakar sungguh. Boleh tahan juga latah Abby. Merbahaya! Tapi barulah dia perasab betapa comelnya Abby!

Jerkah aje sekali dan dia terus menurut. Kasihan betul. Paling tak boleh blah bila Abby benar-benar menghentak celah kelengkang samseng semalam. Rasanya inilah pertama kali dia bertemu dengan seorang gadis yang bersopan-santun pada luarannya tetapi brutal di dalam. Sewaktu ditangkap polis, samseng itu tidak dapat berdiri dengan betul. Habislah 'peranakan' kau kena tuba dengan Abby! Gumam hati Arrayyan sendiri.

Lagi dia tak boleh lupa, bagaimana dia mengangkat lutut Abby sewaktu mencuci luka di lutut gadis itu semalam. Entah macam mana dia boleh tak mengamuk pada Abby yang menamparnya, dia pun tak tahu. Setahunya, inilah kali pertama dia ditampar oleh seorang gadis seumur hidupnya. Tetapi, mujurlah Abby sempat bertindak, kalau tidak, tentu dia nampak dah apa yang tersembunyi di sebalik skirt hitam gadis itu. Erkh!

"Weh.. weh... weh!" tegur Hisyam. Mati senyuman Arrayyan.

Tadi serius sangat dah muka Arrayyan apabila ditegur tetapi selang beberapa saat kemudian, dia kembali tersenyum nakal. Macam orang miang. Geli betul. Sudahlah mata Arrayyan pandang ke arah dia tapi fikiran entah ke mana. Siap diusap-usap lagi dagunya dengan miang. Sumpah Hisyam nak pengsan bila ditenung seperti itu oleh seorang lelaki!

"Kau ingat aku gay apa nak pandang-pandang macam tu?" sergah Hisyam bengang melihat senyuman Arrayyan yang ketara miang.

Arrayyan berubah riak apabila disergah dengan kuat oleh Hisyam. Barulah dia perasan bahawa yang di hadapannya kini adalah Hisyam dan bukannya Abby! Alamak! Macam mana boleh jadi macam ni? Bisikan syaitan! Bisikan syaitan! Arrayyan mengurut-urut dadanya akibat terkejut dengan sergahan sepupu merangkap teman baiknya itu.

"Kau ni kenapa?!" Hisyam jadi bengang. Kalaulah sekali lagi Arrayyan memandangnya dengan pandangan itu, mahu bersepai muka Arrayyan dia debik. 'Ada pula kita yang kacak menawan ini dipandang macam kita ni perempuan cantik lagi seksi? Nak mampus?' Hisyam menggumam geram.

"Aku teringat kat pekerja aku yang tolong aku semalam. Dia tu kelakarlah! Macam harem," kutuk Arrayyan selamba. Apa pula kelakar macam harem? Memang tak patut sungguh! Desis hati Hisyam sendiri.

"Harem tak harem. Kau jugak yang tersengih miang bila teringat kat dia," tempelak Hisyam. Arrayyan menjeling. Kenapalah dia jadi malu bila teringat akan insiden yang terjadi kepadanya dan Abby semalam? Macam mana dia boleh jadi sebegitu gentle dan mencuci luka gadis itu?

"Sibuklah kau! Aku teringat waktu dia melatah teruk tu. Siap dia tampar lagi laki tu," Arrayyan cover line. Malu.Dia sendiri pun terkena tamparan Abby! Hahaha!

Hantu Punya Bos!Where stories live. Discover now