Bab 8

1.8K 54 1
                                    

Bab 8

"MACAM mana kau dengan hantu tu?" soal Diela sambil mengunyah sandwichsardin yang baru dihidang olehnya. Dia duduk berhadapan dengan Abby yang sedang menyapu sardin hancur ke atas roti kepingnya.

"Hantu?" soal Abby sambil lantas menjungkitkan keningnya. Apa yang pelik sangatnya? Dia ada terserempak dengan hantukah tadi? Rasanya, memang tak ada. Minta-mintalah dijauhkan terus!

"Itu Incik Arrayyan Zainuddinlah!" Diela bersuara geram. Sebijik macam orang Bangla. Terbahak Abby dengan kata-kata Diela itu.Apa pasal pula Diela nak tahu tentang bos lamanya? Sudah naik rindu ke? Hehehe. Mungkin juga. Sehari tak dijerkah, mungkin hidup Diela tidak sempurna agaknya.

"Hantu tu? Tak menghantui aku sangat pun. Dia, tak macam kau cakaplah. Memetir. Takde pun. Dia tegas biasa-biasa aje dengan aku. Takdelah sampai terhinggut bahu. Tapi, ada juga macam yang kau cakap tu, dia suka cari kesalahan orang," Abby berkata sambil membelek-belek kukunya. Sandwich sardin di tangan kanan disuap ke mulut dengan penuh selera. Omnomnom! Berselera.

"Dia dah cari kesalahan kau ke?" Diela mula berminat mendengar kata-kata Abby itu. Mencari kesalahan orang. Itu memang sifat semula jadi bos lamanya. Abby mengangguk dengan mulut penuhnya. Sesudah ditelan sandwichnya, dia bersuara.

"Ada. Kau tau tak, ada ke patut tadi, dia panggil aku semata-mata untuk tanya kenapa aku semakkan pandangan mata dia? Dia kata aku macam beruk banyak kutu. Beruk?! Dia samakan aku dengan binatang berkutu tu. Gila tak handsome! Eeei, aku rasa Encik Arrayyan tu tak cukup karanlah! Dia lahir punggung keluar dulu atau apa? Perangai macam tahik! Boleh dia kata aku menjawab? Dah dia tanya, takkan aku tak jawab. Nanti kalau aku tak jawab apa yang dia kata? Dia mesti anggap aku biadab pulak ya dak?"Abby menyoal Diela. Diela mengangguk-angguk tanda setuju. Memang kalau berhadapan dengan Arrayyan, menjawab salah, tak jawab pun salah! Jadi, kuranglah rasa hairan Diela di situ.

"Aku rasa, bos tu ada masalahlah. Sebab dia dah terlewat kahwin, dia jadi macam tu. Kurang kasih sayang," ulas Diela sambil mencemikkan mukanya. Abby mencebirkan bibirnya. Tak rasional langsung. Lewat kahwin? Kurang kasih sayang? Berperangai macam tu? Abby tak rasa ada kaitan langsung dengan perangai gila Arrayyan tu.

"Kurang kasih sayang apa? Aku rasa dia tu terlalu dimanjakan. Sampai tak pandai nak respect orang. Setiap masa dia nampak dia yang perfect," Abby mengemukakan pendapatnya. Diela menjungkitkan bahunya. Mungkin juga. Logik pendapat Abby itu. Arrayyankan anak orang kaya. Biasa bermanja-manja ni?

"Apa kata, kau mengurat bos tu. Dan tanya dia, kenapa dia jadi macam tu?" Diela memberi cadangan gila. Hampir sahaja Abby tercekik anak tekak sendiri akibat terkejut. Nak mengurat untuk apa? Untuk mati cepat dijerkah setiap hari atau apa?

"Kau nak aku mengurat bos? Maaf! Dia bukan taste aku. Wandi itu taste aku. Tak minat aku lelaki yang sentiasa seluk poket seluar macam Arrayyan tu. Lepas tu, tilik kasut dia. Sekejap-sekejap tilik kasut yang hitam berkilat tu. Itu lelaki ego namanya. Macam sakai. Kau tahu sakai tu macam mana?" soal Abby. Diela menggeleng-gelengkan kepalanya lurus tanda tidak tahu.

"Macam kau!" ambik kau Diela. Abby tengah bengang, boleh dia kemukakan cadangan gila seperti itu? Diela terkujat. Cis! Apa pula dia dikatakan sakai? Sangat tak patut.

Hantu Punya Bos!Where stories live. Discover now