DENDAM DANIA 5

5.6K 130 9
                                    

"jadi apa yang datin ingin saya lakukan?...", soal dania ingin tahu. "tugas awak ialah memerhatikan kerja irfan. jikalau dia buat silap dalam melakukan pekerjaannya awak harus menegur dia... jangan biarkan dia keluar merayap di waktu pejabat... ingatkan dia tentang meeting dan lain lain lagi, faham?", kata datin hajah maznah sambil memandang wajah dania. "faham datin...", balas dania dengan berat hati. "baiklah... mari kita perkenalkan irfan kepada kaki tangan pejabat kita yang lain...", ajak datin hajah maznah pada dania. dania hanya menganggukkan kepalanya. manakala irfan pula hanya diam membisu. mereka melangkah keluar dari situ.

"minta perhatian semua... perkenalkan ini anak lelaki tunggal saya, namanya irfan bin dato haji kamarul. dia akan menggantikan tempat saya sebagai pengurus di syarikat ini bila saya bersara kelak... dia masih baru lagi di sini. jadi saya harap korang akan memberikan kerjasama yang baik padanya...", kata datin hajah maznah di hadapan semua kakitangannya itu. mereka bertepuk tangan sebaik saja datin hajah maznah mengakhiri pengumumannya itu. satu demi satu pekerja di situ datang untuk bersalaman dengan pemuda tersebut. masing masing memperkenalkan diri pada majikan baru mereka itu. Setelah berkenalan dengan semua para pekerja di situ datin hajah maznah membawa irfan masuk ke dalam bilik pejabatnya yang baru. dania hanya mengekori mereka dari belakang. "ini bilik pejabat awak yang baru... macamana, irfan? awak suka tak?", soal datin hajah maznah pada anak lelakinya itu. "hmmm...", irfan hanya menganggukkan kepalanya. dia duduk di atas kerusi empuk itu.

"ok, tugas pertama awak ialah check semua dokumen yang ada di dalam fail ini... tandatangan semua dokumen bila awak dah selesai menyemaknya. selepas itu awak serahkan fail tu pada mummy pagi esok... jika awak tidak faham apa apa, awak boleh tanya cik dania melalui interkom di atas meja ni,ok?", perintah datin hajah maznah sambil menyerahkan fail yang ada di dalam tangannya itu pada irfan. "ok mummy...", balas irfan dengan wajah selamba. dia mengambil fail tersebut dari tangan mummynya. selepas itu datin hajah maznah melangkah keluar dari dalam bilik pejabat tersebut dengan di iringi oleh dania. sebaik saja mereka berada di luar ruang koridor itu datin hajah maznah menggamit tangan dania.

"dania..."
"ya...ada apa datin?"
"awak harus check semua kerja si irfan tu... kalau dia buat salah awak tegur dia... ajar dia supaya dia faham apa yang perlu di lakukannya dalam syarikat ini... awak perhatikan gerak gerinya. Kalau dia keluar pada waktu pejabat awak mesti bagitahu saya supaya senang saya mengajarnya. awak faham tak apa yang saya cakapkan ni?"
"faham datin..."
"bagus sekarang awak boleh masuk ke ruang kerja awak..."

Perlahan lahan dania melangkah pergi dari situ.

*** *** ***

Irfan meneliti setiap dokumen yang ada di dalam fail tersebut. tiba tiba dia merasa sungguh bosan sekali. untuk menghilangkan rasa bosan di hati dia pun mula memasang komputer yang ada di atas mejanya itu. matanya terhenti pada perkataan 'games' yang tertera di atas sekian banyak program yang ada di dalam komputer tersebut. sekali click saja tertera pula senarai games yang ada di dalam komputer itu. dia memilih games yang di sukainya. kemudian dia mula bermain games di dalam komputer tersebut. ketika dia sedang leka bermain komputer games itu tiba tiba tekaknya terasa dahaga pula. perlahan lahan dia menekan punat interkom yang ada di atas meja itu. dalam waktu yang sama kelihatan dania sedang sibuk menaip sesuatu di dalam komputernya itu. interkom di atas mejanya berbunyi nyaring. dia pun terus menjawapnya.

"ya... datin, ada apa yang perlu saya bantu?", soal dania. "dania, ini bukan datinlah... ini irfan... boleh tak kau tolong buatkan air coffee untuk aku... aku dahagalah...", kata irfan dari dalam interkom itu. dania mencebikkan bibirnya. "maaf tuan irfan... sekarang aku tengah sibuk... kau suruhlah office boy buatkan air coffee tu untuk kau...", kata dania dengan pantas. "excuse me, miss dania... aku cuma nak kau seorang saja yang buatkan air coffee untuk aku... bukannya office boy, faham tak?", balas irfan dalam interkom itu. dania menggetapkan bibirnya. "hish!... lelaki ni menyusahkan aku ajelah...", gerutu hati kecil dania dengan marah. "dania, kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?", soal irfan lagi. "yelah... yelah... aku akan buatkan air coffee untuk kau...", balas dania separuh geram. "bagus!... sekarang kau pergilah buat air coffee untuk aku... aku tunggu kau ni...", kata irfan dalam interkom itu. Dengan hati yang marah dania bangun lalu melangkah keluar dari ruang kerjanya itu.

Dia melangkah masuk ke dalam ruang dapur yang terletak tidak jauh dari situ. "kau nak air coffee, eh?!... tunggu dulu ye... sekejap lagi aku akan buatkan air coffee yang paling istimewa untuk kau seorang saja...", kata dania seorang diri. dia mngambil sebiji cawan lalu memasukkan air panas ke dalam cawan tersebut. kemudian dia memasukkan 2 sudu besar coffee ke dalam cawan itu. sebagai ganti gula dia memasukkan 2 sudu besar garam di dalam cawan tersebut. selepas itu dia menggaulkannya sehingga sebati. Senyuman sinis terukir di bibirnya. selesai semuanya dia mula melangkah meninggalkan tempat itu.

Irfan sedang leka bermain komputer games bila pintu bilik pejabatnya itu di buka orang dari luar. kelihatan dania sedang melangkah masuk ke dalam bilik pejabat yang berhawa dingin itu dengan membawa secawan coffee di tangan. irfan langsung tidak menyedari kehadiran dania di situ. Dia terlalu leka dengan komputer gamesnya. dania cuba melihat apa yang irfan sedang lakukan ketika itu. rupa rupanya irfan sedang leka bermain dengan komputer games. "oh!.... ini kerja kau, eh... rupa rupanya kau bermain komputer games... nantilah kau... sekejap lagi aku akan adukan hal ini pada datin...", bisik dania dalam hati. "ehemmm!....", dania berdehem panjang. "letakkan saja air coffee tu di atas meja... aku sedang sibuk bekerja ni...", kata irfan berpura pura sibuk. "yelah tu... macamlah orang tak tahu yang dia sedang bermain komputer games... dasar penipu...", bisik dania dalam hati. dia meletakkan coffee panas itu di atas meja kerja irfan. "thanks sebab kau dah buatkan air coffee untuk aku...", kata irfan pada gadis itu. "hmmm...", dania menganggukkan kepalanya lalu beredar dari situ.

Perlahan lahan irfan meminum air coffee yang terhidang di depan matanya itu. "ssssssssurrhhh.... uhukkkk!... uhukkk!..", irfan tersedak dan terbatuk kecil sebaik saja dia meminum air coffee tersebut. rasanya begitu teruk sekali. "euuwww!.... yakkk!!.... coffee apa yang dia buat ni?... rasa lain macam aje... huh!... minah poyo ni sengaja nak mempermainkan aku... celaka betul!...", marah irfan. tanpa di sedarinya dania sedang memerhatikanya dari sebalik daun pintu bilik pejabat tersebut. "Hehehehe... baru padan muka kau... ini baru permulaan, irfan... belum tiba lagi perkara yang lebih teruk dari ini... kau bernasib baik sebab aku cuma letakkan garam kat dalam air coffee kau tu. kalau aku letak cecair racun kat dalam air coffee kau tu, sudah tentu kau dah mati dah tapi aku tak nak kau mati sekarang. aku nak bermain dulu dengan kau... bila tiba masanya nanti aku akan lakukan perkara yang lebih teruk dari ini... kau tunggu saja pembalasan dariku, irfan... kau tunggu saja...", bisik dania sambil tersenyum sinis. Perlahan lahan dia beredar dari situ....

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now