Datin hajah maznah segera mnggamit tgn kiri dania.
"dania..."
"ya...ada apa datin?"
"tolong perhatikan keadaan irfan dalam bilik pejabatnya tu. dia nampak tak sihatlah. tolong jaga dia sekejap..."
Dania terdiam seketika.
"tapi datin takkanlah saya yang harus menjaganya pula... saya pun ada kerjalah datin...", kata dania seperti menolak perintah majikannya itu. "ala... tolonglah saya kali ini dania... saya merayu pada awak...", rayu datin hajah maznah dengan wajah kasihan. mahu tidak mahu dania terpaksa menganggukkan kepalanya. "baiklah datin...", balas dania dengan berat hati. datin hajah maznah segera beredar dari situ. dania terpaksa berjalan menuju ke arah bilik pejabat irfan.Pintu bilik pejabat itu di bukanya perlahan lahan. kelihatan irfan sedang berbaring di atas kerusi sofa dalam keadaan yang kesakitan. irfan cuba untuk bangun. dia lihat dania sedang melangkah menuju ke arahnya. tiba tiba kepalanya terasa berat sekali. pandangannya semakin lama semakin kabur dan kabur. "dania... tolong saya...", belum pun sempat irfan menghabiskan perkataannya itu, dia terus jatuh terjelepuk di atas lantai itu.dania segera menghampiri pemuda tersebut. "tuan irfan!... tuan irfan!...", dania bersuara sambil menggoncang goncang bahu anak majikannya itu tapi irfan langsung tidak bergerak lagi. "hm... mungkin dia dah mati tak?...", soal hati kecilnya. Cepat cepat dia berlari keluar dari situ. dia terus memberitahu datin hajah maznah tentang anak lelakinya yang terbaring di atas lantai itu.
Datin hajah maznah terus berlari menuju ke bilik pejabat irfan. 2 orang security guard di panggil untuk mengangkat tubuh irfan yang kaku itu. semua pekerja di situ terkejut melihat tubuh irfan di angkat keluar dari dalam bilik pejabat itu. dania hanya berdiri memerhatikan mereka. tiba tiba, "dania...", panggil datin hajah maznah. "ada apa datin?", soal dania ingin tahu. "tolong ikut saya ke hospital... kita perlu menghantar irfan ke sana sekarang juga...", kata datin hajah maznah dengan pantas sekali. "tapi macamana dengan pekerjaan saya yang belum siap ni datin?", soal dania ingin tahu. "biarkan aja dulu... mari ikut saya...", datin hajah maznah bersuara sambil menarik tangan dania. mahu tidak mahu dania terpaksa mengikut kehendak majikannya itu. mereka pun segera berangkat ke hospital dengan menaiki kereta BMW milik datin hajah maznah.
Sebaik saja mereka sampai di hospital besar bandar bauh, irfan segera di masukkan ke dalam bilik kecemasan. datin hajah maznah berjalan mundar mandir di luar bilik kecemasan itu. manakala dania pula hanya duduk menunggu di atas kerusi. "Harap haraplah dia dah mampus!...", bisik ati kecil dania. beberapa minit kemudian kelihatan pintu bilik kecemasan itu di buka orang dari dalam. "tuan doktor macamana dengan keadaan anak saya tu...", soal datin hajah maznah dengan nada suara yang bimbang sekali. dania memasang telinganya. "Harap haraplah dia dah mampus...", bisik hati kecil dania. "bertenang datin...anak datin sekarang berada dalam keadaan yang stabil... dia cuma jatuh pengsan akibat cirit birit yang teruk...", terang doktor tersebut. "apa?...keadaannya sudah stabil?... celaka betul!... ingatkan dia dah mati tadi.... rupa rupanya dia masih hidup lagi... ceh!...", marah ati kecil dania.
seingatnya dia telah membubuh begitu banyak ubat julap di dalam air nescafe irfan pagi tadi tapi kesannya tidak cukup untuk membunuh pemuda yang di bencinya itu. dania menggetapkan bibirnya. geram. "er... boleh saya tahu apa punca anak saya jadi macam ni?", soal datin hajah maznah ingin tahu. "dari hasil pemeriksaan saya tadi, dia mengalami keracunan makanan...", balas doktor muda itu. "keracunan makanan?", soal datin hajah maznah dengan agak terkejut. "ya... anak datin makan apa tadi?", soal doktor itu ingin tahu. "dia cakap dia tak makan apa apa. dia cuma minum secawan air nescafe aje...", jawap datin hajah maznah dengan pantas. "besar kemungkinan air nescafe itu telah tercemar...", kata doktor itu lagi. "hm...mungkin juga...", balas datin hajah maznah dengan dahi yang berkerut. dania yang mendengar dari tadi mula merasa tidak senang duduk. rupa rupanya irfan sempat memberitahu mummynya tentang air nescafe itu. kalau datin hajah maznah tahu bahwa dia yang membancuh air nescafe tersebut untuk irfan sudah tentu dia akan di marahi. Silap hari bulan dia akan di buang kerja atau di saman kerana melakukan perbuatan yang jahat. Dia tidak mahu semua itu berlaku ke atas dirinya. Jadi dia cuba mencelah perbualan di antara dua insan tersebut
"er... tuan doktor, boleh kami masuk ke dalam?", soal dania mencelah. "boleh... dia telah di pindahkan ke bilik wad pesakit di sebelah kiri bilik kecemasan ini. korang jangan lama sangat di dalam bilik wad pesakit tu, ya... pesakit tu perlukan rehat yang cukup...", kata doktor tersebut. "baiklah tuan doktor... eh... marilah datin, kita masuk ke dalam...", pelawa dania cuba untuk bermanis muka. "baiklah...", balas datin hajah maznah. perlahan lahan mereka melangkah masuk ke dalam bilik wad pesakit itu. kelihatan irfan sedang terbaring di atas katil pesakit dalam keadaan yang masih tidak sedarkan diri. perlahan lahan datin hajah maznah duduk dekat katil pesakit itu. dia mmegang tangan kiri irfan. "kesian irfan... dia cirit birit sampai pengsan...", kata datin hajah maznah dengan penuh rasa simpati. dania hanya berdiri di belakang majikannya itu.
"dania...", panggil datin hajah maznah. "ada apa datin?", soal dania ingin tahu. "ada tak irfan mnyuruh awak membancuh air nescafe untuknya pagi tadi?", soal datin hajah maznah ingin tahu. Serta merta raut wajah dania berubah pucat. "er... tak ada datin...", kata dania cuba untuk bertenang biarpun dia merasa sungguh takut ketika itu. dia takut perbuatan jahatnya di ketahui oleh majikannya itu. "jadi siapakah yang membancuh air nescafe tu untuk irfan?...", soal datin hajah maznah dengan dahi yang berkerut. "Entahlah datin...", balas dania dengan jantung yang berdebar debar. "siapa pun orang yang membancuh air nescafe itu tentu dia seorang yang tidak berhati perut. saya syak tentu ada di antara pekerja di syarikat tu yang berhati iblis. dia sanggup buat perkara yang tidak baik terhadap orang yang di bencinya...", kata datin hajah maznah. dania hanya diam membisu mendengar perkataan majikannya itu. "dania... saya mahu awak awasi setiap gerak geri staff yang bekerja di syarikat tu... jikalau ada siapa siapa yang bersikap mencurigakan awak bagitahu saya, ya?"kata datin hajah maznah. "Ya datin...", balas dania perlahan lahan. Dalam diam dia merasa lega sebab majikannya tidak mensyakinya melakukan perbuatan jahat itu.

YOU ARE READING
DENDAM DANIA (PG13)
Romansa#10 in romance (30/09/2015) (EXANDERAWARD BEST TOP POPULAR AUTHOR) Sinopsis:- mengisahkan tentang seorang gadis yang berdendam pada seorang lelaki yang merogolnya. dia telah melaporkan kes rogol itu pada pihak polis tapi kes rogol itu masih juga bel...