DENDAM DANIA 7

4.7K 96 0
                                    

Irfan mengeluh berat. file yang banyak itu di perhatikannya seketika. jam di dinding tepat menunjukkan pukul 4.30 petang. kerjanya masih belum dapat di selesaikan. dia berkira kira hendak balik awal ke rumahnya tapi memandangkan kerjanya masih belum siap lagi dia pun terpaksa melakukan kerjanya itu.

Tepat pukul 5 petang semua orang bersiap hendak balik ke rumah masing masing. Dania pun bersiap hendak balik ke rumahnya. ketika dia hendak melangkah pergi dari situ tiba tiba, "dania...", langkah kaki dania terhenti sebaik saja dia terdengar namanya di panggil orang. dia segera menoleh ke belakang. kelihatan irfan sedang berjalan tergopoh gapah ke arahnya. "hish... mamat ni lagi... apa yang dia nak ar?...", bisik hati kecil dania separuh jengkel.

"ya... ada apa?"
"er... dania... boleh tak kau tolong aku?"
"tolong apa?"
"tolong semakkan semua file ni untuk aku..."
"hish... itu kan ke kerja kau... kenapa pula kau suruh aku menyemak semua file ni?"
"ala... tolonglah aku, dania... kalau aku seorang aje yang buat kerja ni aku tak larat lah... pleaseee..."
"no way!.... aku tak nak semak semua file tu... itu bukan kerja aku... itu kerja kau..."
"ala...  takkanlah kau tak nak tolong aku... kali ni aje... pleaseeee..."
"kalau aku cakap tidak... tidak lah jawapnya... oklah tuan irfan... aku nak balik ni... bye!...."
Belum pun sempat irfan bersuara, dania terus beredar dari situ. tinggallah irfan seorang diri di situ dengan file yang berlambak lambak di tangan...

*** *** ***

dania melangkah masuk ke dalam rumah sewanya itu. dia lihat nadirah sedang leka menonton TV di ruang tamu seorang diri.

"hai, nia kau baru balik ke?"
"yep..."
"kau nampak letih aje..."
"memang letih pun... guess what?..."
"what?..."
"pemuda yang merogol aku tu rupa rupanya anak datin hajah maznah, majikan di syarikat tempat aku bekerja. dia baru saja start kerja pagi tadi..."
"apa?... betul ke cakap kau ni, dania?"
"yalah... aku cakap betul ni... takkanlah aku tipu kau pula..."
"kalau macam tu lebih baik kau laporkan pada pihak polis yang kau dah jumpa pemuda yang telah merogol kau. biar mereka menangkap pemuda itu..."
"aku rasa aku tak perlu buat macam tulah..."
"kenapa pula?"
"sebab aku ada cara aku yang tersendiri untuk menangani lelaki kaki perempuan macam dia tu..."
"maksud kau?... kau nak balas dendam pada dia begitu?..."
"tepat sekali..."
"macamana kau nak balas dendam padanya?"
"adalah..."
Dania bersuara sambil beredar dari situ. nadirah hanya terpinga pinga di situ.

*** *** ***

Keesokan harinya dania datang awal ke pejabat. ketika dia sedang melangkah menuju ke arah lif di depan matanya itu, kelihatan siew lin datang menghampirinya. mereka menunggu pintu lif itu terbuka sambil berbual bual dengan riangnya...

"good morning dania..."
"good morning siew lin..."
"wah... awalnya kau datang ke pejabat hari ni..."
"kau pun awal juga..."
"hehe!... eh... semalam aku tengok irfan tidak balik ke rumahnya... dia stay kat office padahal waktu pejabat dah habis... rajin betul dia buat kerja dia, eh..."
"rajin apanyer... dia tu bukannya buat kerja dia pun... dia cuma tahu bermain komputer games aje..."
"oh ye ke?"
"iye... kau ingat tak semalam dia kena marah pasal apa?"
"pasal apa?"
"pasal dia tak siapkan kerjanya tu lah. dia asyik main komputer games aje...macam budak budak pula..."
"ooooh... patutlah datin marahkan dia... rupa rupanya dia main komputer games..."
"yang paling teruk lagi, masa aku balik dia datang berjumpa dengan aku. dia suruh aku menyiapkan semua kerjanya pula. siap merayu lagi tu tapi aku tak nak. aku cakap itu bukan kerja aku... itu kerja dia... dia buat muka kasihan tapi aku tak pedulikan dia... aku terus jalan tinggalkan dia..."
"oh ye ke? eh... apasal dia suruh kau buat kerja dia pula ar?"
"sebab dia malas nak buat kerjanya sendiri dan dia nak orang lain jadi hamba abdinya... jangan haraplah aku akan jadi hamba abdinya... aku bukannya gadis bodoh yang harus ikut segala perintahnya..."

Dania bersuara dengan penuh emosi. tiba tiba, "ehemmmm!.... korang tengah mengumpat pasal aku ke?", soal suatu suara dari arah belakang. terkejut beruk dania dan siew lin ketika mendengar suara itu. kalau tidak salah itu suara irfan. bila masa pula dia berdiri di belakang mereka pun mereka sendiri tidak tahu. "oh... er... tuan irfan... good morning tuan irfan...", sapa siew lin sambil tersenyum. dia kelihatan serbasalah ketika itu. begitu juga dengan dania tapi dia cuba untuk bertenang.

"good morning siew lin... awalnya korang datang ke pejabat hari ni, kan..."
"ye... mestilah awal... tuan pun awal juga..."
"taklah seawal korang berdua yang siap mengumpat orang di pagi hari yang indah ini..."
"eh... bila masa pula kami mengumpat orang... kami cuma berbual bual kosong aje... kan nia, kan?..."
Siew lin menyiku pinggang ramping dania di sebelahnya.
"oh... er... ya... ya... ya... kami berbual kosong aje tadi...", balas dania serbasalah. dia lihat irfan melangkah lalu berdiri di depan wajahnya. dania tunduk memandang lantai.
"berbual kosong?... i dont think so... aku terdengar korang menyebut nama aku berulangkali... aku tahu korang mengumpat aku. oleh kerana korang mengumpat aku maka aku akan menghukum korang berdua..."
"hah?!.... menghukum kami?... kami tidak mengumpat kaulah... kami cuma berbual bual kosong aje..."
"sudahlah cik dania... kau jangan berbohong pada aku... aku dengar dengan telinga aku sendiri yang korang mengumpat aku tadi. sebagai hukumannya kau dan siew lin harus bersihkan dan kemaskan bilik pejabat aku pagi ni... kalau korang tidak bersihkan dan kemaskan bilik pejabat aku tu aku akan potong gaji korang bulan ini!..."
"oh... janganlah macam tu tuan... kalau tuan..."
"sudahlah siew lin... jangan banyak cakap lagi... korang harus ikut perintahku sebab aku ni boss korang, faham tak?!..."
"faham...."
Irfan segera melangkah masuk ke dalam lif yang pintunya kebetulan terbuka saat itu lalu meninggalkan mereka di situ. dania hanya menggetapkan bibirnya. geram...

*** *** ***

Irfan segera melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya itu. kata kata dania tadi masih terngiang ngiang di cuping telinganya.
"sebab dia malas nak buat kerjanya sendiri dan dia nak orang lain jadi hamba abdinya... jangan haraplah aku akan jadi hamba abdinya... aku bukannya gadis bodoh yang harus ikut segala perintahnya...", Irfan menggetapkan bibirnya. "kau tak nak jadi hamba abdi aku, eh?... kalau kau tak nak jadi hamba abdi kat sini, siapa suruh kau bekerja kat sini, perempuan bodoh!?...", marah irfan seorang diri. dia mula membuang semua sampah sarap dari dalam bakul sampah di atas lantai. selepas itu semua file dan buku di sepahkannya sana sini. semua kertas di buang merata tempat. meja dan kerusi di tunggang terbalikkan. akibatnya suasana di dalam bilik pejabatnya itu berantakan macam terkena puting beliung pula. setelah dia selesai menyepahkan bilik pejabatnya itu dia pun berdiri memerhatikan panorama di luar jendela sambil menghisap rokok di tangannya. Tidak lama kemudian dia terdengar pintu bilik pejabatnya itu di ketuk orang. "masuk...", katanya sepatah.

Kelihatan Dania dan siew lin melangkah masuk ke dalam bilik pejabat itu. langkah kaki mereka terhenti sebaik saja mereka melihat keadaan di dalam bilik pejabat yang berantakan itu. "oh my god... apa dah jadi dalam bilik pejabat dia ni? terkena puting beliung ke?", bisik siew lin pada dania di sebelahnya itu. "Entahlah...", balas dania sepatah. "apa lagi korang tercegat kat situ pula? Buatlah kerja korang!...", perintah irfan dengan garangnya. mau tidak mau mereka pun terpaksa membersihkan bilik pejabat itu. irfan hanya tersenyum sinis melihat mereka bekerja membersihkan bilik pejabatnya itu."sekarang siapa yang jadi hamba abdi di sini? aku ke atau korang?...", sindir irfan sambil beredar dari situ. berdesing telinga dania mendengarnya. belum pun sempat dia bersuara, irfan sudah pun pergi dari situ...

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now