Kuasa?

1.2K 108 1
                                        

Badan V berpeluh. Dia mengerang kesakitan. Tangannya berurat.
Dahinya berpeluh.Dia dapat menggambarkan sesuatu.

Ada satu pedang yang panjang menusuk perut seorang perempuan.
Jungkook menikam seorang perempuan kerana mukanya ditutup.
Jungkook tak sanggup lakukan dia cuba menarik balik pedang tersebut kerana dia sangat kesiankan gadis tersebut.

"Jangan,Jungkook! Nilah masanya kita akan dapatkan kuasa tu" Baekhyun menghalang Jungkook untuk menarik balik pedang tersebut.

"Vampire dan Serigala takkan berperang" Baekhyun menolong Jungkook untuk menolak balik pedang tersebut.

"Aku tak sanggup nak tengok dia kena tikam dengan tangan aku sendiri Baekhyun"Jungkook cuba melepaskan tangannya dari pedang tersebut.

"Jungkook, jangan sia-siakan peluang yang ada ni.Aku tahu kau cintakan dia tapi kau takkan tak boleh lakukan disebabkan cinta,Jungkook. Kau kena teruskan"

Jungkook mendengar kata-kata Baekhyun,dia terus teruskan menolak pedang tersebut(Seperti menikam orang tetapi menggunakkan pedang yang panjang)

"Jungkook!! Baekhyun!!!" jerit gadis tersebut lalu mengeluarkan air matanya.

"Arghhhh!!!" V bangun daripada tidurnya.Nafasnyaa turun naik.

"V,kenapa ni??" Key menjenguk anaknya.

"Ayah!! V mimpi buruk!!" V memegang lehernya yang rasa sakit.
Peluh dibadannya mula hilang.
Dia mengelap peluhnya didahi.

"Mimpi ape??"

"Jungkook dengan Baekhyun tikam seorang perempuan guna pedang!!! Baekhyun kata itulah peluang untuk dapatkan kuasa tu" V melihat sekeliling biliknya.

"Pedang? Tikam? Kuasa?" Key mula memikirkannnya.

"Kamu betul mimpi pasal ni?" tanya Key untuk kepastian. V meengangguk laju.

"Dah pergi sambung rehat. Kamu masih sakit lagi"

V mula tenangkan dirinya dan cuba menutup matanya untuk rehat. Key berlari menuju ke bilik bacaannya.

"Mimpi! Mimpi!!"

Key mencari satu buku yang amat penting baginya. Dia terjumpa buku 'Kisah Kuasa Vampire'

Dia membaca isi kandungan dalam buku tersebut.

Gigitan dileher m/s 156

Di muka surat muka 156 dari perenggan pertama.Ayat yang ketiga.

'Apabila Vampire digigit oleh Vampire sendiri,ada banyak berlaku perubahan pada Vampire tersebut

Sama ada:-

a) Vampire tersebut kelihatan tidak sihat padahal dalam dirinya SIHAT dan KUAT.Itu bermaksud dia mendapat kuasa barunya iaitu
KUASA MENYEMBUHKAN PENYAKIT

b) Vampire kelihatan jahat selepas digigit mempunyai kuasa yang paling KUAT.

c) Vampire yang digigit disebabkan benci antara satu sama lain bermakna kuasanya akan hilang dan kuasa diberi kepada Vampire yang menggigitnya.

d) Vampire yang bermimpi macam-macam bermakna dia akan dapat kuasa hanya Vampire yang terpilih sahaja mendapat kuasa yang unik iaitu dapat melihat kuasa  MASA HADAPAN.

*Kuasa yang dapat melihat MASA HADAPAN adalah kuasa yang diidamkan oleh semua Vampire tetapi hanya orang terpilih sahaja yang dapat. Kalau mahu tahu selanjutnya.
Sila pergi ke muka surat 234 ada banyak maklumat.

Key membuka helaian m/s 234.

Ada mimpi benda pelik? Pembunuhan? Terjumpa cinta sejati atau lain lain. Itu bermakna anda mendapat kuasa yang diidamkan semua makhluk tak kira Vampire,Serigala dan lain-lain.

Darah Berkuasa [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang