Rancang

1K 100 1
                                    

"Malam esok, aku nak kau panggil raja Vampie dan juga Raja Serigala. Kita mulakan peperangan malam esok" kata Bomi pada burung gagak kesayangan. Buruk gagak yersebut mengangguk faham.

"Baiklah, tuan puteri" burung gagak tersebut pergi dari tempat tersebut.

Bomi memandang Yuin sambil mengangkat keningnya. "Ada apa tuan hamba datang kemari?" tanya Taeyeon pada Yuin.

"Pandai kau berlakon,Taeyeon" kata Yuin sambil menyilangkan tangannya.

"Siapa kau? Macam mana kau kenal aku?" tanya Taeyeon terkejut apabila Yuin mengenalnya.

"Aku seorang boleh nampak kau tapi tak ada sesiapa nampak aku" kata Yuin tersenyum sinis.

"Eloklah tu hanya kau seorang je boeh nampak aku" Taeyeon melangkah masuk ke dalam rumah.

"Tapi hanya seorang dapat nampak aku dan kau" kata Yuin. Taeyeon berhentikan langkahnya. Dia menoleh belakang.

"Siapa?" tanya Taeyeon kepastian.

"Dia juga boleh nampak masa depan atau lebih dikenali meramal masa depan" kata Yuin. Taeyeon mendekatkan dirinya pada Yuin.

"Beritahu siapa dia?"

"Dia hanya dari keluarga Vampire" kata Yuin tersenyum sinis.

"Beritahu siapa!!" Taeyeon mahu memegang bahu Yuin tetapi tidak boleh. Ia seperti halimunan. Yuin tersenyum.

"Kau tak boleh sentuh aku sebab aku Roh" kata Yuin terus menghilang. Bayang-bayang Yuin masih berada di dalam kepala Taeyeon.

"Siapa yang punya ada kuasa meramal masa? Salah seorang dari anak-anak Key?" fikir Taeyeon.

"Ah! Jangan fikir pasal tu! Lebih baik aku merancang macam mana mahu menarik perhatian Hyori masuk ke dalam hutan dan terus ambil darah dia. Tak perlukan pedang. Hisap darah dia je" kata Taeyeon tersenyum sambil menyilangkan tangannya.

-SKIP-

Hyori mimpi buruk,

Di dalam sebuah hutan yang gelap,
Hyori dapat melihat Vampire menunjukan gigi taringnya yang baru sahaja lepas menghisap darah. Matanya merah.

"Si-Siapa kau??" tanya Hyori ketakutan.

"Esok adalah masanya untuk kau pergi. Pergi dari dunia ini. Darah kau milik aku" kata Vampire tersenyum.

"Tak boleh! Darah tu milik Serigala" namun puak Serigala membantah.

"Takkan!!"

Hyori makin pening dengan keadaan yang dihadapinya. Dia berundur badannya. Tiba-tiba terasa pada perutnya pedih sekali. Melihat seorang lelaki menikamnya sambil menangis. Dia memegang pedang tersebut.

"Ahhhh!!! Sakit!!" jerit Hyori.

"Mian.... Hyori!!" pedang tersebut makin lama ditolak ke dalam. Air mata hampir jatuh ke tanah.

"Hyorii!! Kenapa ni??" ditepuk pipi Hyori berkali-kali. Melihat kakaknya sedang menepuk pipinya. Hyori memeluk kakaknya dengan erat. Dia menangis di dalam pelukan kakaknya.

"Unnie, adakah esok Hyori akan mati?" tanya Hyori dalam dakapan kakaknya. Jaehee membalas pelukan Hyori.

"Kenapa cakap macam tu? Tulah... Tak basuh kaki sebelum tidur" pesan kakaknya lalu keluar dari biliknya.

Hyori duduk diatas katil. Dia memikirkan mimpinya. Otaknya masih berfikir tentang apa yang berlaku pada dirinya. Perutnya dipegang.

"Sluurrpp.... Darah kau milik aku" kata seseorang. Melihat sekeliling tiada sesiapa. Bulu roma Hyori naik. Dipegang lengannya.

Darah Berkuasa [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang