THE END

1.3K 103 5
                                        

Hyori dibawa keluar dari rumah untuk berjalan-jalan bersama dengan Bomi. "Bomi nak bawak kita pergi mana?" tanya Hyori.

"Tempat paling seronok bagi Bomi" kata Bomi sambil memegang tangan Hyori. Hyori pula ikut sahaja Bomi pergi ke mana.

Hari semakin lama, semakin larut. Batang hidung Hyori dan Bomi masih belum nampak. Jaehee sudah risau. "Mana pulak Hyori ni pergi??" kata Jaehee risau sambil mengelap pinggan.

"Awooo!!!" terdengar suara Serigala. Terus pinggan dijatuhkan akibat terkejut.

"Serigala" Jaehee mengambil kot bajunya. Dia pergi terus kearah pintu. Apabila membuka pintu terlihat keluarga Vampire BTS berada di depan pintu.

"Hyori mana?" tanya Key.

"Dia pergi dengan Bomi. Tapi sekarang tak balik-balik" kata Jahee risau.

"Dengar sini, malam ni ada peperangan akan berlaku. Antara Vampire dan Serigala dan sekarang Hyori hilang. Mungkin Hyori kena culik oleh Taeyeon" kata Key sambil memegang tangan Jaehee cuba tenangkan hati Jaehee.

"Perang? Vampire? Serigala? Taeyeon? Culik?" hampir mahu pengsan mendengar semua tu.

"Mari kau sebagai kakaknya kena sertai sekali" Jaehee terus menutup pintu dan mengunci. Dia ikut keluarga Vampire BTS dari belakang.

Nampaknya Keluarga BTS dan Keluarga Exo bertemu di hutan. "Kau bawa siapa?" tanya Minho pada Key.

"Dia kakak Hyori dan dia juga ahli sihir paling handal" terang Key.
Jaehee hanya mampu berdiam. Dia melihat kedua-dua keluarga muka ketat.

"Jaehee"panggil Baekhyun. Jaehee memandang Baekhyun.

"Baekhyun, a-apa yang bakal berlaku pada Hyori nanti?!!" tanya Jaehee sambil memegang muka Baekhyun.

"Hyori takkan apa-apa"

Serigala dapat bau Hyori dan mengekori bau tersebut. Melihat langit pada waktu malam. Awan yang menutup bulan bergerak perlahan-lahan.

"Cepat!! Bulan mahu menunjukkan diri dia!!" kata Key. Minho mengangguk perlahan. Semua menggunakkan kuasa mereka untuk menjejak Hyori dan Taeyeon.

Manakala situasi lain,

Malam bulan mengambang, semua puak-puak dari Vampire dan Serigala berkumpul. Masing-masing menunjukkan kepakaran mereka.

Raja Vampire dan Raja Serigala memandang antara satu sama lain. "Kita tengok sama ada Vampire atau Serigala akan menang" kata Raja Serigala.

"Heh, darah berkuasa pada Taeyeon. Selepas dia mengambil darah tu, kemenangan akan menjadi milik Vampire"kata Raja Vampire bangga.

"Boleh kita mulakan peperangan? Bulan sudah mengambang" kata Raja Serigala.

"Mari" Raja Serigala menepuk tangannya. Semua Serigala keluar dari tempat persembuyiannya mereka. "Aaawooofff!!!" jerit Serigala.

Raja Vampire juga tersenyum sinis.

"Bomi, mana kau? Aku dah sesat kat tengah hutan ni!!" jerit Hyori ketakutan. Hutan gelap disekelilingya. Bulan mengambang menerangi tempat dia berdiri.

Taeyeon menunjukkan dirinya yang seberna sebagai seorang Vampire. "Kesian kau, menjadi mangsa Vampire" ejek Taeyeon. Matanya merah.

Hyori terkejut lalu jatuh. "Awoooffff!!!" terdengaar jeritan Serigala memulakan peperangan.

"Dengar tak suara tu? Vampire dan Serigala sedang berperang demi merebutkan darah kau. Disebabkan kau, mereka merebut darah kau. Tetapi hak itu akan menjadi milik Vampire"

Darah Berkuasa [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang