Kita Kawan Kan

41 5 2
                                    

Saya cemburu dengan awak.
Tapi....

Kita masih kawan kan??



Suatu hari Sarah sedang berbual-bual
dengan Farzana dibawah rendang pohon
yang redup.

" Mesti seronok kan dapat jadi
awak? "

" Kenapa pulak? "

Farzana pelik, lalu bertanya kepada Sarah sambil membetulkan tudung labuhnya
yang ditiup angin.

" Sebab awak adalah awak, dan
saya jealous dengan awak. "

" Boleh saya tahu sebabnya? "

Sarah menjawab

" Sebab awak baik semacam... kalau solat awak khusyuk, solat sunat pulak selalu awak lazimi, baca Al-Quran awak fasih.. siang awak nampak gembira, bergelak
ketawa, tapi malam saya selalu nampak awak menangis di tikar sejadah. Awak cantik, tapi awak sikit pun tak perasan awak cantik. Awak sangat humble. Muka awak tenang je.. lembut, penuh dengan senyuman sampai orang tak puas tengok awak. Kalau nak buat ape- apa, mesti awak jaga niat.. awak cuba faham semua orang dan baik dengan semua orang. Mulut awak
tak pernah lekang sebut nama ALLAH..semua awak bedal 'subhanallah, Alhamdulillah, masyaALLAH, insyaALLAH'... semualah.. Sunnah rasulullah semua awak buat, satu pun takde yang awak tinggal.. Saya jelous sebab mesti ALLAH sayang awak.. mesti Rasulullah rindu awak...

Kesedihan terpancar pada wajah Sarah.

" Ooo..macam tu. Kalau macam
tu, sayalah orang yang akan lebih
jealous dengan awak... "

" Eh kenapa?? "

" Sebab awak ada cita-cita nak jadi baik macam saya. Bila ALLAH bagi awak hidayah dan awak betul-BETUL grab, awaklah orang yang paling beruntung saat itu. Masa tu, ALLAH ingat awak. Kalau awak baca Al-Quran gagap-gagap, ALLAH gandakan pahala dengan usaha awak tu lebih. Awak lagi cantik dan humble dari saya sebab awak rasa saya cantik dan
tak rasa diri awak lagi cantik. Awak selalu jaga niat jugak, niat awak nak buat baik dan menuju kearah kebaikan. Awak juga selalu faham orang lain sebagaimana awak sedang fahami saya sekarang. Kalau mulut saya selalu sebut nama ALLAH, tapi hati awak mesti selalu tersentak dengan nama ALLAH. Saya tahu sebab awak selalu perhati bila saya sebut nama ALLAH. Saya lagi JEALOUS dari awak.. sebab ALLAH lebih ingat dan sayangkan awak lebih dari saya. Rasulullah mengalukan awak untuk
mengingati baginda. Betul-betul SAYA JEALOUS DENGAN AWAK... "




* I don't care what you are doing, but respect who you are. You know why? Because maybe who you are tomorrow will be better than who I am today.. *









Buat Kamu.

talbiah diriWhere stories live. Discover now