HaNdFhOne

8 0 1
                                        

"SAYA MAHU JADI TELEFON PINTAR"
Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu
karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu
karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia
menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka
hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu
ditanya oleh suaminya
'Kenapa menangis ni?'
'Lihatlah karangan budak ni..'
Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
Jadikan Saya Sebuah telefon pintar
"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu
sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah
telefon pintar.
Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar...
Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah n
ibu.. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati
keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa
melihat saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya
ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon
pintar.
Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari
tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-
sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan
seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan
kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-
sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup
mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan
waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu
yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya
menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih
dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar
pada setiap masa."
Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya
berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya
terlalu teruk!'
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
'Abang, itu karangan anak kita!'
Jika diperhatikan skrg ni.. suami & isteri masing2 dok
sibuk belek n focus hp masing2..layan email..facebook..
whatsapp..wechat.. kdg2 anak2 dok tgk je dri jauh
sambil main mainannya..
Sama2 la kita berikn prhatian pd insan2 dsekeliling yg
perlukn perhatian n kasih syg kita.. insyaALLAH"
Meh baca org2 yang ada smart fon, we chat, fb, twitter,
wasapps, etc2...

talbiah diriTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang