Bila

17 4 0
                                    

Kadang-kadang kita terlalu banyak persoalkan rezeki yang dilewatkan untuk kita.

"Bila aku nak nak hidup senang?"
"Bila aku nak ada anak?"
"Bila aku nak ada rumah?"
"Bila aku nak punya apa yang orang lain ada?"

Kita seolah-olah "mendesak" ALLAH s.w.t untuk bagi apa yang kita kehendaki.

Tetapi kita lupa untuk menunaikan hak-hak ALLAH s.w.t yang telah ditetapkan ke atas kita.

Kita lupa bermuhasabah. Kita lupa untuk lebih banyak "berhubungan" dengan DIA. Usaha kita lebih kepada luaran & keduniaan. Sehingga lupa untuk memperbaiki dalaman & lupa pada konsep ketuhanan iaitu "menyerah diri bulat-bulat kepada DIA."

Terjagakah waktu solat kita?
Terjagakah aurat-aurat kita?
Terjagakah batas-batas kita sebagai manusia?
Terjagakah hubungan dengan ibu ayah?
Terjagakah hubungan dengan suami?
Terjagakah hubungan sesama manusia?

Bila diuji dengan macam-macam ujian, kita sibuk mengatakan "Sudahlah, aku dah penat diuji" dan menganggap ALLAH s.w.t tidak sayangkan kita.

Sedangkan, ALLAH s.w.t itu Maha Baik. DIA sayangkan hambaNya sebab itu DIA berikan ujian agar hambaNya itu datang merintih & merayu pada DIA. Of course, as a result DIA akan bagi apa yang terbaik untuk hambaNya itu.

REZEKI DATANG PADA WAKTU YANG BETUL.

ALLAH itu Maha Mengetahui. DIA bagi sesuatu sebagai ujian & nikmat. DIA tak bagi sesuatu pun, itu adalah ujian & nikmat. Dan, selalulah BERSANGKA BAIK dengan TUHAN SENDIRI & CERMIN DIRI SENDIRI sebagai hamba.

Kita tak tahu mungkin ada musibah atau malapetaka yang ALLAH Taala cuba elakkan dari menimpa kita apabila keinginan kita tidak/belum dipenuhi. Wallahualam.

Apa yang penting; sentiasalah bersyukur & teruslah berusaha memperbaiki ibadah serta identiti sebagai Muslim yang baik. 😊

talbiah diriWhere stories live. Discover now