Cinta halal

276 10 1
                                    

Cinta Halal


"Ulang baca Al-Fatihah sekali lagi"

"Baca Al-Fatihah macam budak tadika."

"Huruf ni baca kena jelas!"

Satu demi satu peluru ditembak tepat kepada Lysa.

Headshot!

Huarghhh. Kena hentam dengan pak ustaz ini pulak dah. Dia ni tak faham ke aku dah berkurun tak baca Al-Fatihah. Last time aku baca masa tadika. Itu pun ramai-ramai. Ramai-ramai baca dengan member tadika, itu pun aku kumat-kamit je mulut aku.

"Termenung apa!?" Ustaz Ameer memecahkan dunia angan Lysa.

"Ye la ye la baca laa ni"

Ameer mengeluh panjang.

"I'll be back next week. Make sure baca lancar bila saya check!" Pesanan ditinggal Ameer sebelum meninggalkan banglo 3 tingkat itu.

"Kalau tak saya nak report kat Daddy" Sedikit ugutan diselit.

Lysa mencebik. 'Ada aku kisah?' Bagi Lysa itu ialah kemerdekaan selama seminggu since pak ustaz hanya datang seminggu sekali.

'Dugaan oh dugaan' Ameer getus dalam hati.

Terpaksa.

Kalau tidak memang dia tidak mahu menjadi "Ustaz Personal" keluarga Tan Sri Fayyaz. Semuanya bermula sejak 2 minggu lepas, masa kat kedai makan. Masa itu Ameer beratur untuk membayar makan minumnya.

"15 ringgit dan 60 sen kesemuanya" cashier kedai tu cakap kat Uncle depan dia.

Pak cik tu hulurkan credit card.

'Amboi, makan kat kedai kecil seciput ni pun guna credit card?'

Tapi malangnya tiada pembayaran menggunakan credit card disediakan. Muka Uncle tu berkerut risau. Dia check dompet. Ada sekeping not merah dan sekeping not hijau.

"Err... ini sahaja saya ada"

Kasihan. Gelisah semacam. 60 sen dihulur daripada belakang.

"No worry Uncle, saya belanja" Ameer hulur.

Niat Ameer nak sedekah. Sedekah yang mampu upgrade pahala, upgrade rezeki dan upgrade opportunity nak masuk Syurga Allah.

Bukankah Allah kata dalam Quran:
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.Surah Al-Hadid : 18

Tergamam.

Uncle tu hanya mampu ucap terima kasih.

Ucapan 'sama-sama' dibalas.

Kemudian mereka berpisah. Menuju ke arah tujuan masing-masing.

---

Azan.

Sedap muazzin yang laungkan azan.

"Terima kasih jadi bidan terjun bilal tadi" Tok Imam mohon maaf dan terima kasih diberikan kepada Ameer.

Tok Bilal datang lambat dan kebetulan ketika itu hanya Ameer sahaja yang ada dalam surau itu.

Ameer volunteer menggantikan Tok Bilal dek kerana waktu Asar sudah masuk.

"It's not a problem laa" Ameer bajet speaking Inggeris dengan Tok Imam.

Terkial-kial campur tergagap-gagap Tok Imamnya membalas, cuba nak speaking juga . Ameer gelak, tok imam pun gelakkan dirinya sendiri.

talbiah diriWhere stories live. Discover now