Salah satu tips nk istiqomah dalam penghijrahan adalah memiliki teman yang selalu mengingatkan kita kepada agama
Nak tahu perangai kita macam mana ?
Lihatlah dengan siapa kita berkawan. sebab ? sahabat adalah cerminan kepada kita.Kadang2 Allah hadirkan bermacam ragam perangai sahabat kepada kita.
Cuba bersangka baik .. Mungkin ada hikmah yang Allah tak tunjuk.
..Allah nak uji sejauh mana tahap kesabaran kita nak layan karenah sahabat
..Allah nak uji tahap ukhuwah kita, sampai mana kita boleh bertahan
..Allah nak eratkan balik tali persahabatan kita, saling kasih mengasihi.
sedikit persoalan❓ :
..macam mana nak kurangkan ego seseorang(sahabat) ?
..kenapa orang selalu salahkan agama kalau perangai kita yang tak elok ? Contoh..'pakai tudung labuh/ kopiah..tapi perangai..'
............
kesimpulan➡:Bila dapat kawan yang ajak kita kearah kebaikan. Please jangan biarkan dia lari. Bersahabatlah dengan dia sebab kalau nak tahu sahabat tu Allah yang hantar. Allah yang aturkan segalanya. Allah nak kita berubah dengan cara kita bersahabat dengan dia.
Kalau dia buat salah..cuba berlapang dada..Allah sedang uji. Maafkan dia. Cuba turunkan ego. Niat bersahabat kerana Allah. Jangan salahkan pakaian dia bila dia buat salah atau bila kita buat salah. Itu urusan dia dengan Allah.
Percaya atau tidak❔❓
Bersahabat dengan orang yang beragama lagi banyak cabarannya.
Syaitan sentiasa cari jalan untuk hancurkan persahabatan ini
Nauzubillahi minzalik
.... tepuk dada tanya iman❤. Teguran ni khasnya untuk kita semua bersama .
Pesan ana,
.hargai sahabat yang ada sekarang, jangan membanding bandingkan sahabat. Semua ada hikmah. Kita saja tak nampak.
Minta maaf kalau ada salah silap.
moga istiqamah di jalan Allah ya..Wallahu'alam.
YOU ARE READING
talbiah diri
Poesíatalbiah diri ini dipenuhi dengan kata kata nasihat yang sentiasa mengingati kita.. andai kata ianya dapat membuatkan kita dari keadaan yang lagha berapa beruntungnya kita. bersama kita manfaatkan..