TANGGUNGJAWAB

6 1 0
                                    

Assalamualaikum semua,
Baguslah kalau kita sudah tahu akan
perkara ini sekurang-kurangnya kita
tidak cepat melenting jika berlaku
apa-apa isu antara kaum ADAM dan
HAWA dan saya juga ingin tambah
iaitu betapa beratnya menjadi
seorang lelaki, diantaranya adalah
seperti berikut:-
1. lelaki bujang kena tanggung dosa
sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya.
2. lelaki berkahwin kena tanggung
dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan
dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki
kena bertanggungjawab keatas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat tak baik
dosanya ditanggong oleh suaminya.
BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada
isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh
membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi
menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-
lebih lagi yang bergelar suami perlu
ditanggung. Kalau nak di bayangkan
beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya sepert gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian
nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat
kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi
orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak
tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

talbiah diriWhere stories live. Discover now