short

16 0 0
                                    

Pak imam singgah di rumah.

Malam tadi, member singgah. Malam ni, pak imam surau pula.

“ Tadi, ada seorang perempuan ni. Singgah solat di surau. Lepas tu, dia jumpa aku. Dia suruh aku doakan untuk dirinya. ”

Aku dengar saja cakap pak imam.

“ Doa apa? ”

“ Doakan supaya dia cepat dapat jodoh. ”

Aiseh. Jodoh lagi. Tak ada benda lain ke dalam dunia ni yang perlu dirisaukan? Boring kot. Jodoh. Jodoh. Jodoh.

Muak tahu tak, muak.

“ Aku terus doakan depan dia. Terus aminkan depan dia. Dia bukannya minta tolong aku dermakan duit 2.6 biliyun pun. Benda ringan, kita tolonglah. Dia pun menangis lepas aku doa. Aku tanya dia kenapa? ”

“ Ha, kenapa dengan minah tu? ”

“ Dia kata dia susah dapat jodoh sebab dia sejak kecil memang obesiti. Makan tak banyak, tapi badan naik. Memang keturunan. Lepas tu, jerawat resdung satu hal juga. ”

Oh. Aku pergi ke dapur. Basuh kuali. Kupas bawang putih, bawang merah. Sambil dengar cerita pak imam.

“ Aku pun cakaplah kat dia. Jangan risau. Gemuk bukan suatu kesalahan, yang salah adalah tak jaga kesihatan. Resdung tak salah, yang salah adalah tak jaga kebersihan.

Memang, dari dulu sampai sekarang, manusia menilai dari zahir luaran seseorang itu. Tapi, mereka mungkin terlupa meneroka ke dunia luar. Negara-negara yang Islam tidak dijadikan agama rasmi. Wanita-wanita Eropah, wanita di Russia dan lain-lain pelusuk benua cantik-cantik belaka. Malang, kecantikan mereka bukan sekadar dipuji, tapi dieksploitasi. Rupa dan badan pula diperjudi, malah kadang dijadikan suatu modal untuk mencari kekayaan duniawi.

Ini kerana, rupa luaran nombor satu. Agama entah nombor berapa. Natijahnya mereka lupa hal moral dan akhlak.

Bila kita lihat ke dalam negara sendiri. Wanita-wanita yang ada rupa, berlumba-lumba menayangkan diri. Ada rupa, mulalah nak jadi talent. Nak jadi model. Nak kumpul followers di media sosial. Kadang, kita pun tertipu dengan produk-produk kosmetik yang dibawa oleh mereka yang ada rupa. Sangka akan dapat rupa seperti mereka. Kita tipu diri sendiri. Sangka beli baju online akan jadi secantik model yang peraga, tapi rupanya cuma model itu yang cantik dalam busana yang dijual, kita tidak. Berkali-kali mata kita tertipu. ”

Fuh. Panjang. Aku dah start menggoreng. Kicap mana kicap?

“ Terus? ”

“ Aku cakap padanya, jadi saja diri sendiri. Janji, agama jaga. Akhlak jaga. Budi pekerti, jaga. Hubungan dengan orang tua, jaga. Kalau orang tak boleh terima seadanya kita, iya sudah. Biar orang itu berlalu. Kalau ada yang sanggup, alhamdulillah. Biar badan obes, janji aurat tutup. Jangan perut dah kempis, aurat buka luas-luas.

Pasti 'kan datang detik dan waktu, Allah jadikan pada pandangan seorang lelaki istimewa, bila melihat kamu dia merasa kamulah yang terindah. Yakin pada Allah. Yakin, yakin dan yakin. Doa, doa dan doa. Allah itu Maha Pengasih. ”

Pak imam kata, wanita tu akhirnya senyum. Tak nangis lagi. Berlalu dari surau dengan hati senang.

“ Siap! ”

Ku hidangkan bihun goreng masak kicap. Air tembikai blended. Untuk pak imam.

“ Kau dah kenapa asyik goreng bihun sekarang ni? ”

Aku menjeling ke arah pak imam.

“ Kan orang kata kalau nak yang slim maka bernikahlah dengan bihun. ”

PIAPPPPP!

Lubang hidungku hilang sebelah hasil lesingan pak imam. 😀😃😀😃

— Penulis Misteri

talbiah diriWhere stories live. Discover now