#Bangunan

1.3K 31 7
                                    

Aku, Zam dengan Fiq bercadang nak jalankan projek malam ni. Projek tangkap gambaq hantulah , hang pikiq projek padia ?

"Hanat , aku rasa elok kita buat projek gemilang kita ni dekat bangunan lama hujung jalan sana"kata Fiq.

"Haa , betui betui. Kitorang dah survey. Pergh tiptop bhai , macam rekahan cinggey!"celah Zam sambil memetik gitar . Acah acah man kidal kononnya.

Aku malas nak layan lebih lebih setan berdua ni kang pelbagai variasi carutan keluar dari mulut.

"Ikut koranglah, janji tempat tu ada hantu ke ,entiti ke . Kalau setakat ada kelawar , cicak tokek, biawak komodo , baik kita pegi rumah Zam . Sama je kotoqnya " kata aku . Pernah sekali aku suruh diorang pergi survey untuk projek ni , endup diorang bawak aku tengok cinggey . Mapundek bukan ? Sebenaqnya projek ni bukan terikat dengan mana mana tesis ataupun segala haramjadah duniawi ini , projek suka suka . Remaja macam kitorang mana reti duk diam diam . Remaja .

"You jangan risau sayang , bukan setakat hantu , penyanyi Nenesheme hantu atau buaya pun ada bebeh" kata Zam sambil menyanyi korus lagu tu . Binawe

Malam tu , lebih kepada pagi kitorang bertolak pergi bangunan tu . Tak jauh pun dari tempat aku . Kalau ngesot pun boleh sampai. Sampai je depan bangunan tu , terkedu pakhang . Memang seram. First time aku respek Zam dengan Fiq. Aku tengok Zam dengan Fiq pergi belakang bangunan . Aik projek lain ke ? Aku still teguh berdiri bak tugu depan bangunan tu . Aku nampak papan tanda , "Rumah Anak Anak Yatim Sayang Dsyg". Kalau Tak silap rumah anak yatim ni yang terbakar dua tahun lepas . Sayu jugak hati rempitz aku ni . Bangunan ni ada 3 tingkap . Banyak kesan terbakar . Halaman dia pun besar .

Aku keluarkan kamera . Kachiak!
Aku tangkap scenery dulu . Ingat nak selpiaq tapi tak apalah. Aku snap gambar pemandangan luar dulu . Masa aku nak tangkap gambaq pemandangan luar tingkat 3 . Aku perasan ada someone berdiri depan tingkap . Lepastu dia lari. Aku syak dia tengok aku.Getaq!!

Aku ajak Zam dengan Fiq masuk dalam bangunan walaupun aku tahu dema dok sebok buat haram kat belakang . Aku nak tahu siapa yang tengok aku tadi dari tingkap tingkat 3.

"Nanasheme kut"kata Zam perlahan. Aku memang nak carut tapi tak apalah . Kelibat tu lagi penting dari mencarut dekat Zam.

"Hang gila ka hanat ?, ini bangunan kosong kot, mana ada sapa sapa"kata Zam . Aku tau dia takut sebenarnya .

"Srsly doh , aku nampak ade orang ngintai aku , macam budak perempuan . Tapi sekejap ja , lepastu dia lari" aku kata beriya .Beriya sangat sampai aku sendiri meluat.Aku nampak muka Zam dengan Fiq pucat . Sejuk gedi

Dengan berbekalkan torchlight henpon tenenenet Fiq. Kitorang berjaya sampai dekat tingkat 3 . Aku terus berlari pergi dekat bilik yang aku yakin sangat nampak budak tu. Sampai bilik tu baru aku sedar , dalam tingkat tiga ni , mana ada tingkap. Aku tengok Fiq dah berpeluk dengan Zam macam gay tua . Tiba tiba aku dengar pintu terhempas kuat . Pintu utama dah tertutup dan aku taktau nak kata apa ...

-end-

Cerita Satu MalamWhere stories live. Discover now