"Cuba ikat rambut kamu tu, menyerabai je. Nanti masuk dalam mata baru tahu"Fatimah mengeluh kasar. Ibunya tak habis-habis membebel menyuruhnya mengikat . Disebabkan dia malas mahu mendengar bebelan ibunya yang umpama rap tanpa noktah itu, dia segera mengikat rambutnya. Kemudian dia menyambung menonton drama korea di televisyen. Dia tertarik melihat hero dalam drama korea ini, tetapi dia tidak kenal kerana watak-watak didalam drama ini lebih kurang sama sahaja rupanya. Tipikal kolea.
"Fatim, dah pukul berapa dah ni! Pergi tidur, esok nak sekolah kan! Pergi tidur!!", jergah Ibu dari dapur. Fatimah akur dengan perintah ibunya, dia menutup televisyen dan berlari ke bilik tidurnya. Dalam fikirannya hanya terbayang wajah hero korea yang entah apa namanya itu.
--
"Hensemnyaaaaaaa!!!!!!!", Fasha menutup mulut Dinda apabila melihat Dinda hampir menjerit melihat artis lelaki korea yang menghiasi majalah EPOP edisi baru miliknya.
"Kau bodoh ke? Nanti si Salem tu dengar, dia rampas pulak magazine aku ni. Aku dahlah baru beli. Si Salem tu pun satu, kaki kipas, makan dedak!",marah Fasha. Matanya melilau memandang sekeliling, risau kelibat Si Salem ada di situ. Tiba-tiba Fatimah menerjah masuk.
"Woi buat apa sial?", tegur Fatimah. Fasha hanya tersenyum, Dinda pula semakin asyik membelek majalah kpop.
"Waaaaa, majalah baru ke?", tanya Fatimah pada Dinda. Disebabkan tiada balasan, Fatimah merampas majalah kpop dari tangan Dinda. Terkedu Dinda buat seketika sebelum dia cuba merampas majalah itu kembali dari Fatimah.
"Ehhh! Wei yang lelaki ni nama dia apa? Aku ada tengok dia kat tv semalam duh", tanya Fatimah. Fasha memandang sekilas sebelum termenung kembali ke luar.
"Itu Song Jongki. Dia lead DOTS", Fasha balas pendek. Dia masih risau kehadiran si Salem penjilat bontot. Dia memandang ke arah Fatimah yang bersinar-sinar matanya umpama gadis anime.
"Eh cer tengok minah tu", tiba-tiba Dinda bersuara. Jari runcingnya diarah ke suatu arah keluar kelas. Kelihatan seorang gadis petite sedang mengalas beg bermotifkan galaxy.
"Uwaina? Kenapa dengan dia?",soal Fasha pelik. Lesbian ke kawan aku ni?
"Tengoklah rambut dia, comelnyaaaa! Sekali pandang macam artis kpop. Kyaaa! Nak buatlah rambut macamtu!",Dinda menggedik. Fasha hanya menggeleng kepala.
"Kau kalau buat pun taknampak macam korea, kau tu gelap. Kalau Fatim ni takpelah, dia putih. Muka pun macam chinese look sikit. Sesuailah.", Dinda mecebik bibir. Dibelek-belek warna kulitnya dengan Fatimah. Fatimah hanya terpegun mendengar kenyataan Fasha tadi.
"Balik nanti aku nak pergi salon la!",jerit Fatimah tiba-tiba. Fasha dan Dinda memandang sesama sendiri melihatkan rakannya umpama dirasuk setan. Kemudian Salem datang dengan membawa buku ditangan.
"Dah dah! Duduk tempat masing-masing. Cikgu nak masuk kelas"
Fasha mencebik. Cilaka.
--
"FATIMAHHHHHH!"
Fatimah menutup kedua telinganya dengan tangan. Dihadapannya berdiri Ibu dengan wajah yang mencuka dan berapi-api umpama super saiya.
"Kenapa kamu buat rambut macamni! Nanti rambut depan tu masuk mata! Bahaya!!!",marah Ibu. Fatimah hanya mendiamkan diri.
"Ambik gunting ni, gunting rambut depan yang terjuntai tu sampai habis! Jangan biarkan rambut tu berjuntai atas mata! Bahaya tahu!", pekik Ibu lagi.
"Ibu ni kolot lah! Ini fesyen terkini la Ibu! Comel apa! Fatim buat mahal ni, takkan nak potong"
"Potonglah nak, dengar cakap ibu", rintih Ibu. Fatimah hanya membuat bodoh dan mula memanjat anak tangga.
"Esok sekolah, Fatim nak tidur"
--
"Waaa comelnya hang Fatim"
"Tim melnyaaaaa! Macam anak jepun"
"Lawa gilak siot, aku pun nak buat la ceni"
"Sesuai la gaya ni dengan kau. Cantik"
"Perghh artis kpop la. HAHAHAHAHA"
Fatimah membaringkan dirinya ke atas katil. Dalam fikirannya terbayang-bayang pujian yang dia dapat di sekolah tadi. Semua memujanya sehingga crushnya yang paling dia minat, Fared turut tersenyum melihatnya. Sedangkan sebelum ini pandang pun tak mahu.
Fatim berdiri dan menghadap cermin meja soleknya. Dia membelek rambutnya. Rambut pendek berwarna perang dengan rambut depan dipotong betul-betul di atas mata. Rambut belakang pula dilepas separas bahu. Sekali pandang seperti barbie doll. Dia cukup puas hati dengan penampilan barunya. Tiba-tiba dia terpandang gunting di atas mejanya.
"Mesti ibu yang letak. Haihh"
Dia mencampakkan gunting itu ke bawah katil. Dia mencapai tuala dan menapak ke bilik mandi.
Seusai mandi, dia mengeringkan rambutnya. Entah bagaimana sehelai rambutnya telah termasuk dalam mata kirinya. Saat mahu menarik rambutnya dari mata,tiba-tiba dia rasa perit. Matanya seakan terbelah. Fatimah menggelupur sebelum pengsan.
--
"Kadang-kadang rambut ni boleh jadi tajam walaupun halus. Macam kamu menyelak helaian buku baru, kadang-kadang bucu kertas itu dapat menghiris jari kita"
Fatimah menangis teresak-esak. Ibunya hanya mendiamkan diri.
"Sebenarnya nenek kamu pun pernah kena, makcik kamu. Mungkin keturunan kita ni sensitif pada rambut sendiri. Tapi itulah, kamu..."
Fatimah meraba matanya. Dia tersenyum.
"Kalaulah aku dengar kata Ibu.."
--
A/n : masa darjah lima aku pernah dapat buku teks bi baru. Punyalah excited selak-selak page sebab nak bau buku baru, entah macamana hujung jari terhiris kena helaian bucu page buku tu. Berdarah jugaklah. 😢😢😢😢