Dayana mengelap peluh didahinya. Setelah seharian kehulur kehilir akhirnya dia menemui apa yang dia cari. Rumah teres setingkat tak jauh dari kereta vivanya itu terpampang karbod dengan tulisan tertulis 'BILIK UTK DISEWA. CALL SUE 0176589012'. Dayana segera mendail nombor tersebut, mencuba nasib mana tau bilik tu kosong lagi. Deringan pertama tiada jawapan, hanya diiringi dengan caller ringtone lagu Ariana Grande yang satu hampeh pun Dayana tak paham apa yang gadis petite ni sebutkan. Deringan ketiga bunyi talian dijawab.
"Hello, ni Sue ke? Saya Dayana, saya nak tanya pasal bilik untuk disewa tu still kosong ke?"
"....Ye, masih kosong lagi. Cik Dayana ye? Ha, cik nak sewa bilik tu ke? Pasal bayaran semua kita boleh bincang kat wassep. Cik Dayana ada wassep tak...? "
"Ha, ye saya nak sewa. Saya ada. Nanti saya contact dari wassep jela ye. Assalammualaikum"
"......Okay. Waalaikummussalam..."
Talian diputuskan. Dayana tersenyum. Mudah kerjanya, dapat bilik sewa pun biliklah.
--
"Haa Dayana, ni bilik kau. Kau sorang je sebab kau bayar lebih kan", kata Sue. Nama penuhnya Suria.
"Kau duduk bilik mana?", tanya Dayana. Beg galasnya diletakkan di tepi pintu bilik. Naik kebas ketiaknya mengalas beg, nasib baik tidak tercabut. Tidak berketiaklah Dayana nanti.
"Okay macamni, kat rumah ni ada 5 orang. Masuk kau 6 la. Aku sebilik dengan Najua depan bilik kau ni. Lagi dua Nurain dengan Fiyu diorang duduk bilik tengah. Sorang lagi Deqna, dia duduk bilik belakang sekali. Rumah ni ada dua bilik air, satu kat dapur, satu dalam bilik kau, sebab kau bayar lebih kan."
"Eh jap, yang Deqna tu duduk bilik sorang jugak? Kenapa tak sekalikan dengan aku je. Aku tak kisah", tanya Dayana.
"Eer cane nak cakap eh, Deqna ni lain sikit. Lagipun dia tak suka share bilik. Kau rehatlah. Diorang semua kerja sekarang. Petang nanti baru balik. Bye", kata Sue sambil menutup pintu bilik Dayana.
Dayana terlalu penat dan dia terus terlelap.--
Satu satu saya sayang ibu
Dua dua saya sayang ayah
tiga tiga sayang adik abang
satu dua tiga sayang semuanya
Dayana tersentak. Bulu romanya merinding mendengar alunan halus yang entah datang dari mana. Matanya dikesat-dikesat, dia lihat jam pada skrin telefonnya.
"Pukul 9.40 malam! Lamanya aku tidur!", Dayana bergegas ke bilik air. Dia mahu berkenalan dengan housemate yang lainnya.
Selesai mandi, dia keluar dari bilik. Kelihatan beberapa orang gadis sedang menonton tv.
"Hai! Aku Dayana. Panggil Day je"
Kesemua gadis memandangnya. Mereka tersenyum dan menarik Dayana ke kelompok mereka.
"Hai, saya Farah Ayuni. Panggil Fiyu je", kata seorang gadis berkaca mata.
"Aku Nuun", balas seorang gadis berambut pendek. Matanya masih tertancap pada skrin tv. Tiba-tiba dia menjerit apabila seorang gadis berambut pendek berwarna perang mencubit pehanya.
"Sakitlah!", marah Nuun.
"Cuba mesra sikit, kesian dia", marah gadis berambut perang.
"Yela, aku Nurain. Panggil Nuun je. Okay Najua sayang, cukup mesra tak?", kata Nuun. Mukanya dirapatkan kepada muka Najua.
"Hihi, aku Najua! Selamat berkenalan Dayana!", kata Najua. Mukanya dipaling ke arah Dayana. Dayana hanya tersenyum. Belum sempat dia berkata, seorang gadis memegang bahunya. Terkejut ya amat.
"Maaf buat kau terkejut. Aku Deqna. Nuradenasarwati", kata seorang gadis yang bagi Dayana cukup cantik. Mukanya seakan kacukan cina dan orang putih. Kulitnya mulus, matanya bundar dan giginya tersusun. Tahi lalat di bawah bibirnya mungil menarik perhatian Dayana.
"Ha takpe, tu nama penuh awak?", Dayana memulakan bicara. Tapi gadis itu hanya mengangguk. Di tanganya terangkul seekor kucing gemuk berwarna hitam. Deqna duduk di atas sofa sambil menyisir bulu kucingnya.
Satu satu saya sayang ibu
Dua dua saya sayang ayah
tiga tiga sayang adik abang
satu dua tiga sayang semuanya
Deqna menyanyi dengan gemersik suara yang halus. Tangannya menyisir bulu kucing hitam dengan lembut.
Najua mendekat, mulutnya disua ke telinga Dayana.
"Day, dia ni pelik sikit. So kau buat donno je la eh."
Dayana hanya mengangguk. Dayana lihat Deqna sedang mendukung kucing hitamnya dan berlalu ke tepi tingkap 2panel dengan langsir bercorak floral. Deqna duduk di atas kerusi malas yang berukiran cantik dan Dayana pasti harganya mesti mahal.
"Anak-anak jom kita makan",kata Su dari arah dapur. Fiyu, Nuun dan Najua bersorak keriangan, masing-masing berlari ke arah meja makan yang terletak diantara dapur dan ruang tamu. Dayana turut bangun tapi dia sempat menoleh ke belakang dan mengajak Deqna untuk turut serta makan sekali.
"Takpelah Dayana, saya tunggu kawan saya. Kami nak makan sama-sama, kami dah janji", balas Deqna sebelum dia kembali memandang keluar rumah dari tingkap.
Dayana hanya mengangkat bahu sebelum membuntuti kawan-kawannya yang lain dimeja makan. Dayana lihat housematenya yang lain sedang makan dengan berselera. Apalagi Fiyu, cukup berselera. Dayana mengambil tempat disebelah Nuun. Saat dia mahu mengambil pinggan, matanya tertancap ke arah lauk pauk yang terhidang di atas meja. Memang banyak dan memang banyak yang Dayana taktahu apa lauk yang dihidangkan. Di atas meja terdapat semangkuk besar daging yang dipotong kiub dan kuahnya berwarna merah darah, semangkuk kecil tali-tali(?) berwarna coklat dan ditabur bawang goreng mungkin, sepinggan ikan bergigi tajam goreng bersalut tepung disiram sos berwarna hijau dan ulam-ulaman daun-daunan yang berwarna merah jambu dan ungu kuat. Dayana meneguk liur direngkung.
"Pebenda lauk dia masak ni duh?",gumam Dayana dalam hati. Terkejutnya dia melihat lauk pauk yang dihidangkan, tersedut semula seleranya.
"Day? Tak makan ke? Banyak aku masak ni",kata Su apabila melihat Day melopong memandang makanan di atas meja.
"Eh, em aku carik nasik, aku tak selera kalau tak makan nasik. Haahaha",kata Day sambil menolak pinggan. Su hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Su bangun dari meja dan berlalu ke dapur dan kembali ke meja dengan mangkuk berisi butir-butir putih.
"Nah, makan! Orang melayu ni makanlah apa pun, last-last mesti carik nasik jugak! Ni special tau!", Su tersenyum bangga. Fiyu dan Nuun berebut-rebut mahu mengambil nasi special Su. Dayana menceduk sedikit dan meletakkan ke dalam pinggan. Nasi special Su memang special dari mata Dayana, butir nasinya besar dan berisi. Putihnya juga amat cantik, umpama dimasak dengan air susu. Dayana menghidu sedikit, wangi bak haruman bunga dan bila ditekan, amat berair. Selera Dayana timbul kembali, dia mula menceduk kuah merah daging dan mencolek sedikit ikan sos hijau. Tangannya pantas menyuap ke dalam mulut. Saat ingin menelan, muka Dayana berubah. Ditekaknya bermain-main rasa hanyir, berlendir, masin dan berbau kuat. Hampir terbelahak Dayana tapi ditahannya. Dia segera meneguk serai ais. Lega sedikit. Su pelik melihat Dayana. Keningnya dijungkit ke arah Dayana seolah bertanya, 'kenapa?'. Dayana hanya menggeleng.
"Aku tak sihat la, tekak sakit. Aku masuk tidur dulu",kata Dayana.
"Alaa sikit sangat kau makan, aku masak banyak ni Day",Su hampa. Keruh mukanya. Dayana sudah tidak dapat menahan muntah, dia segera meminta diri untuk tidur. Ketika dia mahu melangkah ke bilik, dia nampak Deqna sedang memandang kearahnya sambil tersenyum. Mulut Deqna bergerak seperti ingin memberitahu sesuatu tetapi seakan dihalang, tiba-tiba sahaja kepala Deqna kembali berpaling ke arah tingkap. Dayana menoleh ke arah belakang dan kelihatan Nuun sedang memandangnya dengan sorot mata menyeramkan sebelum kembali kepada makanannya. Perut Dayana kembali merenyut, mahu memuntahkan isi perut. Dengan pantas Dayana berlari ke bilik. Saat mahu membuka pintu, seseorang memegang bahu Dayana.
"Dayana..."
Dayana berpaling dan...
--
Sambungannya akan dibukukan, itupun kalau aku rajin. Jadi bersabarlah sayang saat indah kan tiba jua