Pak Akob meletakkan neslo panas di atas meja. Pak Akob lihat Sukiman sedang termenung dengan posisi menongkat dagu. Wap dari neslo panas membuatkan muka Sukiman berkerut-kerut menahan kepanasan."Panas panass!", jerit Sukiman sambil menutup mukanya dengan tangan. Pak Akob dan beberapa pelanggan setia di warung itu menjadi panik melihat Sukiman yang tiba-tiba histeria.
"Apesal kamu ni Sukiman, tiba-tiba menjerit. Terkejut aku", marah Pak Akob.
Sukiman mengusap mukanya. Dia mengeluh berat. Tadi dia menyangka dia telah dibakar dan diazab dalam neraka.
"Kena gigit tungau ke Kiman", tanya Fifi atau nama betulnya Alfifi yang sedang bermain daun terup bersama Che Ros, Fitri dan Cik Rogayah Takeshi.
"Tungau kepala bapak kau", balas Sukiman sambil menghirup air neslonya.
"Bapak aku dah lama mati",balas Fifi pendek sambil mengocok daun terup. Sukiman hanya memandang Fifi dengan jelingan garang dan sedikit unsur manja.
"Hoi Kiman, mana pergi lama tak lepak", tanya Jidin yang baru sampai. Dia mengambil tempat di sebelah Sukiman sambil mengangkat tangan kepada Fifi dan mengenyit mata kepada Rogayah Takeshi yang sedang menarik kad diamond 7 dari tangan Fitri.
"Aku busy sekarang ni. Kan taklama lagi puasa. Aku ingat nak bukak gerai dekat bazaar kampung kita ni tapi itulah, aku tak fikir lagi nak jual apa. Serabut aku rasa", kata Sukiman. Jarinya mengentel rambut. Sungguh manja perlakuan seorang Sukiman ini.
"Apa susah hang jual la makanan. Nasi lemak ka, soto ka, takpun ayam percik. Haa ayam percik laku time puasa ni Kiman", balas Jidin memberi pendapat. Taklama lagi, hanya dua hari sebelum bulan suci itu bertandang.
"Eh takboleh! Kat kampung ni hampir 14 orang dah plan nak bukak gerai ayam percik. Tu anak Cik Siti yang pakai kebaya nampak G-string tu, apa nama dia?", Sukiman bertanya kepada Jidin. Jarinya pula sekarang sedang mengentel baju t-shirt 'Saya Sayang Pm' yang dia peroleh secara percuma semasa Pilihan Raya Kecil tempoh hari.
"Curt Mahmod yang rambut sebelah kaler hijau zamrud sebelah kaler coklat tu?", Jidin berkata sambil mengenyit mata lagi kepada Rogayah Takeshi. Rogayah Takeshi hanya membuat bodoh dan membuat muka selipar asadi.
"Haaa, Curt tula. Dia dah update status kat fesbuk, dia kata dia nak jual ayam percik. Dia kata lagi nama ayam percik dia "Ayam asmaramu cintaku tetapi terkambus di tasik tandus". Siap ada logo ayam main gitar berapi-rapi macam dalam neraka. Tu Si Zaiton Habibi tu, dia pun nak jual ayam percik sumbat produk kecantikan. Siapa makan ayam percik dia, nanti raya jadi lawa macam Janna Nick. Habis kalau aku jual ayam percik jugak, konfem bisnes aku melingkup wei', Sukiman bernada sesal. Jauh disudut hatinya bermain irama syahdu ost cinta si welder papan lapis. Dia sungguh minat dengan heroin drama itu iaitu Jaafar Onn. Eh tidak hero maksudnya. Maaf Sukiman bodoh tapi dia manja.
"Em habistu, jual air?", kata Jidin acuh tidak acuh. Dia masih memandang Rogayah Takeshi yang sedang bersila dia atas kerusi plastik. Jidin sudah jatuh cinta kepada Rogayah Takeshi. Padanya Rogayah Takeshi berbeza dengan gadis di kampungnya. Iyalah, mana ada gadis yang keluar memakai boxer,sudahlah itu siap bermain pakau bersama budak belia yang lain. Itu pun tidak dipastikan lagi yang Rogayah Takeshi tidak terlibat dalam kes pencurian selipar di masjid baru-baru ini.
"Uish, lagi payah. Makcik aku sendiri dan plan nak jual air. 38 jenis air dia nak jual, siap ketum ais lagi. Lagipun dia dah warning aku awal-awal, kalau aku copy dia jual air nanti dia nak bagitau mak aku yang aku pernah ponteng mengaji masa darjah 4 dulu. Mak aku garang Jidin", Sukiman berkata. Sekarang umurnya sudah mencecah 26 tahun dan bodohnya sudah melebihi tahap bodoh rakan sebayanya yang lain.
"Em apa kata hang jual something yang luar biasa. Maksud aku jual barang yang orang lain tak jual. Mesti laku punya sebab hang sorang ja yang jual benda tu? Amacam?, kata Jidin dengan mengangkat kening kanannya. Sukiman memandang wajah Jidin, kepalanya disengetkan ke kiri sedikit. Wajahnya seolah-olah sedang berfikir. Tiba-tiba dia menepuk meja dengan kuat. Tersembur keluar air dari hidung Jidin dan tercampak daun terup dari tangan Che Ros.
"Yes, aku sudah dapat. Thankyou Jidin, aku dah tau aku nak jual apa! Aku gerak dulu", kata Sukiman. Dia melangkah keluar dan jarinya menunjuk fuck kepada Fifi kemudian dia menghidupkan kapcainya dan blah dari situ. Jidin hanya mengeleng kepala sambil mengetuk-ngetuk lutut melihat peha Rogayah Takeshi yang putih gebu disebalik boxer pokok kelapa hawai itu.
"Eh mana budak Kiman tu?", kata Pak Akob. Di tangannya terdapat mi goreng yang panas.
"Dah balik Pak Akob", balas Jidin.
"Ah cilake budak Kiman ni, tadi order mi goreng lepastu blah gitu aje. Dahtu duit air tak bayar lagi, nasib baik mak dia Si Janda Leha tu mantap kalau tak dahlama aku letak racun rumpai dalam neslo dia. Cilake cilake", bebel Pak Akob sehingga ke dapur. Jidin hanya menggeleng kepala. Jarinya menekan voice note di wassep, suara Pak Akob tadi telah dirakam dan selamat dihantar ke Sukiman. Alhamdullilah.
---
Seminggu kemudian.
Motor Jidin bergerak laju ke kedai Pak Akob, dia lihat jam sudah hampir pukul 1 petang.
Dia hentikan motor dibelakang kedai Pak Akob. Walaupun dari mata kasar kedai Pak Akob kelihatan tutup tapi dari mata halus sebenarnya warung itu masih beroperasi seperti biasa. Jidin melangkah masuk dari pintu belakang, kelihatan muka-muka yang sama sahaja. Fifi, Rogayah Takeshi kesayangannya, Che Ros, Fitri dan Sukiman. Jidin duduk disebelah Sukiman yang cemberut wajahnya.
"Amboi ketatnya muka bisnesman kita ni, apehal? Berak tak lawas ke?", Jidin cuba berjenaka hambar. Sukiman memandang Jidin dengan sorot mata yang menyeramkan.
"Bisnesman apa, bisnes aku melingkup. Muflis! Ini semua cadangan hang tau tak!", bentak Sukiman. Terbit air di kolam matanya.
"Bangkrap? Haa apa salah aku?", Jidin serba salah. Apa lagi melihat Sukiman menangis serupa pondan disontot. Rogayah menjeling Jidin.
"Hang kata jual benda orang lain tak jual! Aku ikut apa hang kata! Sebab tu aku bangkrap! Salah hang", Sukiman histeria. Dadanya dicakar-cakar perasaan kecewa.
"Yee aku cakap macamtu tapi apa hang jual?", soal Jidin. Dia tidak berkesempatan lagi untuk mengunjungi bazaar ramadhan di kampungnya kerana sibuk membantu ibunya membuat ketayap dan kuih melaka. Jadi dia tidak tahu apa yang dijual Sukiman.
"Aku jual kad"
"Eh okaylah tu, hang jual kad raya", jawab Jidin. Tetapi kenapa sampai bangkrap? Sebab jual terlalu awalkah?
"Tak, aku jual kad deepavali, kad krimas, kad harijadi, kad pengantin baru dan kad hari bapa. Oh, ada kad valentime dan kad wishing you all the best ", kata Sukiman. Air matanya diseka.
Jidin hanya tersenyum mendengar jawapan Sukiman. Di kepalanya sudah berkira-kira untuk menghentak perut Sukiman, kemudian memijak kerandut telurnya dan disudahi dengan meludah kahak hijau ke mukanya. Tetapi semuanya terbatal apabila jabatan agama islam menyerbu. Akhirnya Jidin, Sukiman dan rakan-rakan yang lain dibawa mengelilingi pekan kedah dengan menaiki van jenazah. Setel