JASON VOORHEES
Nama ini harus ditempatkan pada urutan pertama. Jason Voorhees adalah watak horor yang muncul dalam filem horror legenda Friday The 13th. Film ini telah memasuki sequelnya yang ke-11 setelah filem perdananya dirilis pada tahun 1980. Uniknya, pada filem pertamanya itu yang muncul sebagai karakter antagonis adalah Mrs Pamela Vorhees, iaitu ibu Jason. Jason Voorhees hanya muncul sebagai tokoh horor di sequel kedua dan seterusnya.
Jason Voorhees adalah seorang kanak-kanak yang tenggelam di Camp Crystal Lake. Dia adalah korban dari ketidakpedulian para pemuda yang sedang melakukan aktiviti di kem tersebut. Setelah dewasa dia membalas dendam terhadap semua orang yang melakukan kegiatan di tempat itu. Jason Voorhees memiliki ciri khas. Dalam pemunculannya dia kerap menggunakan topeng hoki dan membawa parang besar. Sejak kemunculannya yang pertama, Jason Voorhees telah 'mengerjakan' lebih dari 150 orang dalam semua filemnya. Salah satu adegan yang cukup berkesan adalah saat dia berpasangan dengan Tommy Jarvis dalam filem Friday 13th Part-4: The Final Chapter (1984).
FREDDY KRUEGER
Siapa yang tak kenal dengan setan yang satu ini. Dia bintang filem horor legenda A Nightmare on Elm Street. Filem yang dirilis perdana pada tahun 1984 ini telah memiliki modus operandi yang unik dalam melakukan pembunuhan. Dia melakukan do dalam mimpi.
Dalam kehidupan normalnya, Freddy Krueger adalah seorang pembunuh kanak-kanak. Dia mengundang kemarahan para ibu bapa hingga membakarnya hidup-hidup. Freddy akhirnya kembali menjadi mimpi yang paling mengerikan dalam tidur setiap korbannya. Berbeza dengan Jason Voorhees, Freddy Krueger cukup memiliki sense of humor. Dia juga cukup banyak cakap. Sengihan lebar dari wajahnya yang rosak dilengkapi dengan baju belang merah hitam serta sarung tangan lancip berkuku tajam yang diperbuat dari logam yang membuatkannya menjadi karakter horor yang unik.
MICHAEL MYERS
Michael Myers membunuh keluarganya dengan sadis ketika dia berumur enam tahun sehingga dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Seolah benar-benar menjadi hantu yang nyata, dia kembali mendatangi keluarganya ketika halloween untuk membunuh mereka yang masih hidup.
Filem Halloween dirilis pertama kali pada tahun 1978 oleh sutradara John Carpenter. Sehingga sekarang sembilan filen Halloween telah dibuat. Karakter Michael Myers akhirnya menjelma menjadi salah satu ikon horor yang menakutkan melalui filem tersebut. Meskipun penampilan tenang dibalik topeng dinginnya , jumlah korbannya tercatat sudah lebih daripada 70 orang.
CHUCKY
Chucky hanyalah sebuah boneka. Sebuah mainan kanak-kanak. Tapi siapa sangka boneka itu dirasuki roh jahat yang bersedia untuk membunuh siapa sahaja.
Filem Child Play pertama kali dirilis pada 1988. Itulah film pertama tentang boneka maut Chucky. Sehingga saat ini telah lima filem dibuat khusus untuk bercerita tentang keganasan Chucky. Bahkan pada tahun 2009 telah direncanakan filem Chucky berikutnya. Asal usul keganasan Chucky sebetulnya dimulai saat ada seorang pembunuh yang ditembak mati di sebuah kedai permainan kanak-kanak. Pengaruh ilmu hitam akhirnya membuat rohnya mampu bertranformasi ke dalam bentuk apapun. Hingga ia menemukan sebuah boneka sebagai tempat bersemayamnya sehingga saat ini.
FRANKENSTEIN
Sama seperti Dracula, Frankenstein muncul di zaman klasik melalui novel. Filem pertama yang mengangkat tema cerita karangan Mary Shelley itu adalah Frankeinstein (1931). Boris Karloff diberi kepercayaan untuk menjadi monster hasil karya Dr. Henry Frankeinstein. Monster Frankeinstein adalah gabungan dari pelbagai bahagian tubuh manusia yang telah mati. Obsesi Dr.Henry Frankenstein sebagai seorang ilmuwan yang akhirnya mencetuskan idea gila tersebut. Susunan tubuh lengkap monster ciptaannya kemudian hidup dengan bantuan tenaga elektrik dari petir. Idea gila itu berakhir dengab kengerian. Monster Frakenstein menjelma menjadi pembunuh dan memunculkan kengerian di kotanya.
SCREAM
Filem Scream (1996) saat dirilis mendapatkan sambutan luar biasa dikalangan penonton. Di Amerika filem tersebut berhasil mengaut kutipan lebih dari 100 juta. Scream juga mengibarkan trend baru filem-filem ganas. Kekerasan seorang pembunuh, dipadu dengan teka-teki siapa pembunuh sebenarnya, diracik dengan baik oleh sutradara Wes Craven yang juga mendunia dengan A Nightmare on Elm Street. Sukses tersebut berbuah menjadi trilogi, masing-masing Scream 2 (1997) dan Scream 3 (2000). Dari semua filem Scream, pembunuh berantai yang terhitung paling mengesankan adalah dari Scream yang pertama. Sosok anak muda yang benar-benar menjadi psikopat dan membantai siapapun dengan pelbagai cara. Dalam aksinya para pembunuh dalam filem Scream selalu mengenakan topeng dan jubah bermotif tengkorak menakutkan.