#Mama

3.9K 16 0
                                    

Hari ni Mama balik lewat. Masa tu aku dengan Papa tengah layan drama apa entah dekat astro. Hero kacak berstatus Tengku ada syarikat dengan saham berjuta-juta kena kahwin paksa dengan anak orang gaji yang cantik dan takde rupa orang miskin langsung. Pengarah drama ni dah boleh kambus diri dalam tanah dan pura-pura mati sampai kiamat. Aku lihat jam pada dinding, sudah masuk pukul 11 malam, lewat betul Mama balik.

"Sorrylah abang, saya balik lambat sebab jumpa client tadi", kata Mama. Papa hanya tersenyum lalu mengangguk. Papa suruh masuk tidur dan berehat. Aku lihat badan Mama menggigil, mungkin sejuk kena angin malam. Lepas Mama naik atas, Papa suruh aku tidur. Aku pun turut perintah. Aku salam tangan Papa dan naik atas.

Jam dah hampir pukul 1, tapi aku masih tak boleh tidur. Aku keluar bilik untuk panaskan susu supaya aku boleh lena tapi aku dengar Mama batuk. Batuk Mama kuat. Aku takut dan terus berlari masuk bilik.

Esok pagi, aku lihat Mama tidak bersarapan bersama aku dan Papa. Papa kata Mama tak sihat. Demam. Papa minta aku jaga Mama sementara Papa pergi berkerja. Aku menurut perintah Papa. Selepas Papa keluar, aku panaskan sup ayam untuk Mama. Kemudian aku bawak terus ke biliknya. Aku lihat Mama masih berselubung di dalam selimut. Aku panggil nama Mama, dan Mama menyelak sedikit selimutnya. Muka Mama pucat, hidungnya merah dan mata mama berair. Aku ingin suapkan Mama sup ayam tapi sebelum itu Mama mintak izin untuk ke tandas. Semasa Mama di dalam tandas, telefon Mama berdering dengan nama 'Abang Kim' di skrin. Aku ingin slide untuk jawab tapi deringan mati. Entah macamana aku terbuka gallery dan kelihatan gambar Mama bersama seorang lelaki. Mungkin lelaki ini adalah abang kim, aku juga terjumpa video Mama bersama lelaki yang aku pasti namanya Kim itu sedang berdua di atas katil. Saat video itu bermain selama 12saat, Mama keluar dari tandas. Cepat-cepat aku letakkan telefon kembali seperti sedia asal. Aku suap Mama sup ayam dan Mama sukakannya. Mama minta aku masakkan untuknya lagi nanti.

Papa pulang awal, katanya risau akan keadaan Mama.

"Kan Sarah ada boleh jaga Mama. Papa tak percaya Sarah ke?", kata aku. Papa tergelak kecil.

"Selagi Sarah sentiasa menuruti perintah Papa dan Mama, Sarahlah anak yang paling Papa percayai", kata Papa sambil mengusap rambutku. Aku tersenyum lebar.

Aku sedang masakkan Mama bubur ikan bilis untuk makan malam. Papa terpaksa kembali ke kantor selepas mendapat panggilan kecemasan tadi. Papa meletakkan sepenuh kepercayaan kepada aku. Aku naik ke bilik Mama untuk menyuap Mama seperti biasa. Aku dengar Mama batuk kuat. Aku suapkan Mama bubur yang panas itu perlahan-lahan. Mama makan dengan lahap. Tiba-tiba muka Mama berubah. Muka Mama menjadi merah dan berkerut. Tangan Mama memegang lehernya seakan tercekik. Muka Mama berkerut menahan kesakitan. Mama batuk dan mulut Mama mengeluarkan buih serta darah. Mama diam tidak berkutik. Mama juga sudah tidak batuk-batuk lagi. Aku senyum. Racun tikus juga berkesan untuk manusia. Aku turun dan membasuh pinggan. Aku tidak sabar menunggu Papa pulang, mesti Papa bangga dengan aku. Aku telah menuruti perintahnya lagi. Aku masih ingat lagi, malam itu dimana malam balik lambat, aku dan Papa menonton astro bersama. Sebelum kami menonton drama cinta cliche itu, kami menonton berita. Berita tersebut memaparkan seorang lelaki yang ditahan kerana telah membunuh isterinya yang dikatakan curang. Aku ingat lagi apa yang dikatakan Papa ;

"Kalau Papa jadi lelaki ni pun, Papa pun akan bunuh isteri Papa. Suami mana yang tak marah kalau isteri dia curang kan?"

Papa jangan risau. Sarah dah ikut perintah Papa. Sekarang Sarah anak yang Papa paling percaya kan?

Cerita Satu MalamWhere stories live. Discover now