#Katil

725 28 9
                                    

Aku perhati je jam ayam depan aku ni, kenapa masa cepat sangat berlalu ni. Tadi aku rasa baru pukul 8 sekarang dah pukul 11.30 malam. Binawei.

"Qai, pergi tidur . Dah malam"

"Ye mak, kejap lagi Qai tidur" kata aku sambil menutup buku Sejarah . Bukannya aku baca pun. Aku main coc je tadi. Kalau mak tahu konpem kena RKO. Aku tarik nafas dalam dalam . Dalam sangat sangat sampai aku rasa peparu dah kecut tahap parecium .Aku paling tak suka waktu malam , terutama waktu nak tidur .Kenapa malam mesti kena tidur , cubalah malam main congkak ke , cat rumah ke . Masa aku kecik (sekarang aku tetap kecik , cuma lensa mata je menipu. Pakeliao) , aku pernah tanya kat mak kenapa malam mesti tidur tapi mak aku tak jawab sebab dia tengah tidur. Aku bukannya tak suka tidoq tapi aku tak suka katil aku . Aku pernah mintak mak katil baru tapi endup dengan kena nasihat kaw punya . Dahlah hari jumaat , tak pasal pasal kena dengar khutbah 2 kali

Dah pukul 12 , aku terus naik atas katil . Katil aku ni katil bujang biasa je . Tapi bahagian bawah dia tebal maksudnya segala nakharam monster bawah katil memang tak boleh bermaustatin kat bawah tu . Sebab ruang bawah katil tu sempit. Tapi tu pendapat aku dulu , sebelum aku nampak segalanya . Aku ingat lagi masa darjah 6 , aku bangun sebab nak pergi kencing . Masa aku hulurkan kaki untuk turun , aku terpijak something . Macam karpet , tapi sejuk . Bila aku tengok , aku nampak susuk lembaga nipis keluar dari bawah katil . Aku nampak separuh badan dia dari kepala ke pinggang . Nipis sangat macam kertas A4 . Mata dia besaq gila . Aku tengok dia , dia tengok aku .Kaki aku still atas dada dia . Getaq .Masa aku mula nak angkat kaki , dia terus menyusup bawah katil . Laju , macam hang masukkan duit kertas kat mesin minuman. Bunyi dia macam daun kering , berkeriuk .Sejak hari tu , hari hari dia datang tengok aku dari bawah katil . Maybe sebab aku dah tersentuh dia kot ? Bukannya aku sengaja .

Shkk , Shkk

Tengok tu , dia datang lagi . Aku nampak dia tengok aku . Aku taktau nak kata apa .

-end-

Cerita Satu MalamWhere stories live. Discover now