"Aku geram betul dengan Wak Anshour tu!", kata Azrul sambil memetik gitar kapoknya."Ada ke dia tuduh aku conteng lori ayam dia. Apa dia ingat aku takde kerja lain ke? Baik aku cat jamban rumah aku lagi baik!", sambung Azrul lagi. Jarinya pantas menari-nari di atas gitar kapoknya yang dihiasi dengan pelekat Awie dan Erra Fazira.
"Apa yang kau nak geram sangat? Biasa la Wak Anshour tu pelik sikit. Sayang bukan main dengan lori ayam dia. Pernah jugak aku nampak dia bercakap dengan lori tu. Bersembang pasal persiapan raya tahun depan agaknya. Yang kau tu tak payahlah petik lagu cinta time ni. Aku baru je putus cinta ni",balas Jemi sambil termenung jauh ke angkasa. Teringat kenangan geli-geli bersama bekas kekasih gamaknya.
Azrul yang rancak memetik lagu 'Dendang Perantau' , berhenti apabila Jemi bersuara. Celah mana irama dari gitarnya berbunyi seperti lagu cinta sedangkan dia memainkan lagu kegemaran warga kota yang tidak dapat pulang ke kampung semasa hari raya. Azrul kira-kira mungkin teknik memetik gitarnya masih ditahap rendah ataupun rakannya sudah mengalami masalah otak akibat putus cinta.
"Ah! Pegi mampos sama kau punya putus cinta. Bukannya aku taktau kau menjalinkan hubungan dengan janda anak kembar tiga yang jual karipap 30sen dekat hujung jalan Sekolah Bakti sana. Bapak aku dah pinang janda tu jadi bini baru dia. Har har har.", kata Azrul. Apabila dia sedar bahawa dia sudah tersasar jauh dari topik asal, dia kembali kepada perbincangan awal.
"Aku bengang dengan Wak Anshour, aku tak kira dia pelik ke hidung dia kat kaki ke, aku tetap nak balas dendam. Kau tau tak sebab tuduhan dia kata aku conteng lori ayam dia, Cikgu Suraya reject aku. Aku mesti balas dendam, mesti! Demi maruah dan cinta!!!", kata Azrul sambil berdiri di atas tembok itu dengan tangan kanannya di dada manakala tangan kirinya dijulang ke angkasa. Jemi hanya menggeleng kepala melihat sahabatnya itu dirasuk setan.
Malam itu, kepala otak Azrul hanya memikirkan dendam yang patut dilakukan ke atas Wak Anshour.
"Yes, sudah dapat!", Azrul bingkas bangun dari katilnya dan menyarung pakaian serba hitam. Tidak mungkin dia akan membalas dendam dengan hanya memakai kain pelekat Gajah Duduk yang koyak sebesar penumbuk di bahagian pinggul. Seusai menyarung pakaian, Azrul melompat dari tingkap rumahnya seperti orang minyak. Tanpa membuang masa kerana masa itu emas, dia segera menuju ke tempat parking lori ayam Wak Anshour. Terhendap-hendap seperti mentibang laut gagal UPSR. Dia segera melakukan aktiviti balas dendamnya. Apa yang dilakukannya tidak diketahui oleh sesiapa tapi yang pasti mesti perkara yang tak best akan terjadi ke lori pondan Wak Anshour ini.
"Esok dengan ayam, lori ayam dengan engkau sekali masuk parit! Har har har!", kata Azrul sebelum hilang dalam kepekatan malam.
Pagi yang indah seindah Indah Ruhaila, Wak Anshour bangun dari tidurnya. Lena tidurnya dengan mimpi bermain ice skating bersama Dayang Nurfaizah. Dia segera menuju ke bilik air untuk mewajibkan mandinya. Seusai menikmati semangkuk coco crunch, Wak Ashour memulakan perjalanan menghantar ayam ke pasar di Kanada. Tanpa mengetahui apa yang bakal menimpa dirinya, Wak Anshour bersukaria dia dalam lori sambil menikmati lagu Demon dendangan Imagine Dragon. Naga imaginasi. Naga masturbasi. Ayam- ayam di belakang lori juga tidak terlepas dari bersukaria seakan lupa bahawa mereka bakal menjadi bahan utama dalam masakan kari esok.
Di kampung yang hening, seperti biasa Azrul dan Jemi akan bersidai di tembok jalan masuk kampung.
"Har har har!", tak habis-habis Azrul gelak.
"Padan muka dia. Sekarang dia mesti tengah berenang kuak lentang dengan ayam-ayam dia kat parit! Har har har!", kata Azrul sambil menumbuk-numbuk perutnya sendiri tanda puas dengan perbuatan musibatnya itu. Jemi hanya menggeleng kepala melihat kelakuan sahabatnya yang tak ubah seperti badut sarkis.
Sebagai kaki lepak yang profesional lagi angkuh, aktiviti lepak mereka mestilah diiringi dengan serangkap dua lagu. Azrul memetik gitar memainkan lagu She's Gone nyanyian Steelheart diikuti dengan suara tanpa halkum dari Jemi dan dirinya sendiri.
Sedang Azrul menarik suaranya kepada key yang lebih tinggi dari Gunung Kinabalu, dia ternampak kelibat lori yang amat dikenalinya. Lori ayam Wak Anshour bergerak perlahan menuju masuk ke kampung. Kelihatan Wak Anshour sedang menjulang lori ayam kesayangannya yang kehilangan keempat-empat tayar."Siapalah yang loosekan nat tayar lori aku ni, engkau yer?", tanya Wak Anshour kepada Azrul dengan pelat jawanya yang pekat. Kemudian dia terus menjulang lorinya hingga sampai ke rumah.
Masuk hari ini, sudah 88hari Azrul demam tak kebah-kebah. Jemi hanya menggeleng kepala melihat keadaan sahabatnya itu.
"Biasalah Wak Anshour ni pelik sikit. Tak sanggup dia nak biar lori ayamnya lemas dalam parit, tu yang dia pergi angkut bawak balik. Biasalah" , kata Jemi sambil menepuk bahu Wak Anshour yang khusyuk membaca Yassin