Hanya rekaan semata mata.Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati.
"Ha,kau duduk bilik ni.Bilik ni besar sikit dari bilik bilik lain,tapi kau bayar sama jela."Ewal tepuk bahu Aman.
"Terima kasih.Aku pindah masuk petang nilah." Aman sengih.
"Boleh.Tapi petang nanti aku ngan Zarif tu takde.Kau boleh ke angkat barang sorang sorang."Tanya Ewal.
"Boleh je.Barang aku tak banyak."Jawab Aman sambil menepuk nepuk tilam hapak di dalam bilik itu.
===========================
Petang itu,Aman masuk ke dalam rumah.Mujur dia tidak terlupa minta kunci dari Ewal tadi.
Memang sunyi rumah itu bila penghuni lain tak ada.
Aman masuk ke dalam bilik itu.Memang nampak suram,macam bilik berhantu tapi nak buat macam mana,bilik ini saja yang dia mampu bayar buat sementara waktu.
Setelah pasang cadar,kemaskan meja belajar dan masukkan baju dalam almari,Aman duduk di atas katil.Tersenyum lega kerana biliknya sudah dikemas.
Pandangannya terarah ke penjuru bilik.Ada bangku kayu kecil.
Nampak macam sudah usang.
"Untuk apa bangku ni?"Monolog dia sendiri.
"Bawak keluar jela."
Sedang dia mengangkat bangku itu untuk dibawa keluar,kedengaran Ewal memberi salam di pintu.
"Waalaikumsalam."Jawab Aman.Bangku ditinggalkan dahulu di tepi katil.
"Kau dah siap kemas bilik?"Tanya Ewal.
"Dah,kenapa?"
"Jom keluar kejap,beli barang dapur."Ajak Ewal.
"Boleh jugak,aku nak beli barang sikit."Aman ambil kunci rumah di atas meja.
===========================
"Aku mengantuk betul."Ewal menggosok gosok matanya.
"Kau tak boleh tidur,aku dah booking tiket wayang kau dengan aku."Zarif tenung Ewal.
"Alamak,lupa la pulak."Ewal sengih lebar.
"Duit aku pun lupa ke?"Zarif memerli sambil buat buat tengok siling.
"Ek eleh.Nanti aku bayar la."Ewal menampar bahu Zarif.Zarif mengolok olok wajah Ewal tadi.
"Kau macam mana,Man.Nak ikut?"Tanya Ewal.
"Takpelah,esok aku ada kelas pagi.Malas pula nak tengok midnight."Jawab Aman.Lagi satu sebabnya sebab sudah sengkek.Akhir bulan.Selesai makan malam,Aman masuk ke dalam bilik.Mahu tidur sebab kelopak mata dah macam digantung guni beras 10 kg.
Suasana sunyi sepi.Motor dan kereta sepertinya tidak lalu di situ malam ini.
Aman baring dan meletakkan kepala ke atas bantalnya.
Guling kiri,guling kanan.Punya mengantuk tadi,tiba tiba terang pula mata.
Dia menghadap dinding.Dari ekor mata,macam ada benda warna hitam di belakangnya.
'Aku penat kot.'Aman menutup mata rapat rapat.
Tiba tiba,bau wangi menusuk dalam hidung.Terfikir dalam otak,ibu pernah cakap,
"Kalau jauh dia busuk,kalau dekat dia wangi."
Lagilah Aman tak berani nak pusing.
"Kenapa alihkan......."
Aman tersentak.Tidak semena mena tekak gatal ya amat.Nak batuk.
"Kenapa alihkan......."
'Alihkan pebenda pulak ni.'Aman dah rasa nak terjun dari katil,lari ke luar rumah.Badannya tidak mampu bergerak.
Bau wangi makin kuat.Aman buka mata.Terasa bagaikan rambut mengerbang sedang dijatuhkan ke pipinya.
Mahu buka mulut,dia tidak mampu.Lantas dia membaca doa yang diingat dalam kepala.
Lama kelamaan,bau itu semakin memudar lantas terasa badan Aman sudah boleh bergerak.
Dia beranikan diri bangun dari katil.Malam ini dia mahu tidur di ruang tamu,tunggu Ewal dan Zarif balik.Lepas itu mahu buang malu kongsi bilik dengan mereka.Takut takut benda tu datang balik sekejap lagi.
Sebaik dia bangun dari katil,dia terus lari keluar dari bilik.Tanpa berfikir panjang dia menoleh,seseorang sedang duduk di kerusi sebelah katilnya yang dia mahu keluarkan petang tadi.
Rambut panjang,muka tak nampak.
'Huish,mau demam seminggu ni' Lembik lutut jadinya.
"Apa hal pucat muka kau?"
Alangkah lega Aman rasa bila nampak Ewal dan Zarif sudah sampai.
"Aku..tidur dengan kau malam ni.."
YOU ARE READING
SERAM DALAM KEPALAKU
HorrorAda artis Melayu ada artis korea ada watak anime apa apa je asalkan seram SERAM DALAM KEPALAKU