Hanya rekaan semata mata.Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Shikamaru tersenyum sinis melihat jasad yang terkulai lemah di atas tanah.Kiba tersenyum lalu menarik rambut lelaki itu supaya dia bangun.
"Lain kali,jangan masuk campur hal kami.Faham?"Bisiknya tajam di telinga lelaki itu.
Lelaki itu diam.Menahan sakit dibelasah tadi.
"Faham,Uzumaki Naruto??"Seorang gadis menunjal kepalanya,iaitu Ino.Seorang lagi pelajar perempuan di situ sekadar melihat.Namanya Hinata.Dia simpati dengan Naruto tapi tak berani membantah.
"Faham."Naruto menjawab akur walaupun dia tidak sesekali bersetuju dengan mereka.
Kiba ingin menumbuk wajahnya sekali lagi.Tetapi ditegah Shikamaru.
"Kalau dia mati,kita yang susah nanti."Shikamaru berlalu pergi diikuti Ino di belakangnya.Kiba sempat menendang perut Naruto sekali sebelum berlalu pergi.Hinata telan air liur lalu berbisik,"Gomenasai,Naruto.."Mata Hinata berkaca.
"Oi,Hinata,cepatlah~"Ino memanggil."Saya datang!"Hinata berlari lari anak meninggalkan Naruto yang terjelepok di atas tanah.
Naruto menggenggam tangannya."Mereka akan terima balasannya nanti."
***************************
"Shikamaru,kau nampak Naruto tak?"Kiba mencucuk kepala Shikamaru yang sedang tidur di mejanya.
"Tak."Jawabnya pendek sebelum tidur semula.
"Shikamaru,jomla cari dia.Aku nak pakai duit hari ni.Nak beli beg tangan."Ino mendesak lelaki pemalas itu.
"......"Shikamaru tidur.
"Ish,budak ni."Ino mendengus geram.
"Hinata,sini kejap."Kiba memanggil.
"Ya,ada apa?"Tanya Hinata.
"Kau nampak Naruto?"Ino renung Hinata.
"Tak."
"Ish..Baru aku nak paw duit dia hari ni."Ino bercekak pinggang.
********************************
Seminggu selepas itu,mereka masih belum berjumpa Naruto lagi.Dia tak datang sekolah.Kiba pun tak datang hari ini.
"Sakit kot."Jawab Shikamaru malas setelah didesak Ino yang tak berhenti bertanya mana Kiba.
"Perhatian,pelajar."Guru mereka masuk.Ino kembali ke tempat duduknya semula.
"Dukacita saya dimaklumkan sebentar tadi,rakan kita,Kiba telah mati semalam di rumahnya."Mata Shikamaru terbeliak.Sama dengan Ino.Hinata telan liur.
"Kenapa dia mati,sensei?"Tanya Ino.Pelajar lain turut sama mengangguk kerana tertanya tanya hal yang sama.
"Dia mati kerana kehilangan darah.Dia cucuk dadanya sendiri dengan pisau."Ino terketar ketar sebelum menangis di mejanya.Hinata datang untuk menenangkannya.
*********************************
Keesokkannya,sekolah kecoh lagi bila mereka menjumpai mayat Ino yang tergantung di siling kelas mereka.Polis menyifatkan itu kes bunuh diri tapi Shikamaru tahu itu salah.Hinata menggigil.
"Hinata,Naruto yang buat kita macam ni.Dia nak balas dendam."Dahi Shikamaru berkerut.Hinata mengangguk.
"Hati hati,Shikamaru."Pesan Hinata dengan mata berkaca.
"Baik."Shikamaru mengangguk.
*********************************
Mata Shikamaru tak mampu diangkat.Dia sekadar melihat bayangan Naruto memandangnya yang sedang kesakitan di lantai biliknya dengan leher yang berdarah setelah tangannya sendiri mencucuknya dengan pen berulang kali.Ibarat tangannya tak mampu dikawal.Naruto tersenyum.
"Tolong,jangan apa apakan Hinata..Dia tak bersalah dalam hal ni."Shikamaru mencari nafas.
"Tak payah risaukan aku,Shikamaru."Bayangan Naruto tadi perlahan lahan membentuk jasad lain.Hinata.
"Hinata?Kau.."Shikamaru terbeliak.
"Kau ingat aku nak maafkan segala kesilapan korang?Pada Neiji dulu?Korang buli dia sampai dia bunuh diri.Kau ingat aku memang nak sangat masuk kumpulan kau ni?Aku pun tahu korang terima aku sebab duit je kan?"Hinata ambil pen di tangan Shikamaru lantas diacukan ke mata Shikamaru.
"Ni untuk semua orang yang korang pernah buli dulu!!"Hinata mencucuk mata Shikamaru berulang kali.Darah terpancut ke wajahnya yang naif sebelum dia tersenyum puas di birai katil.Dari luar tingkap,Naruto sedang tersenyum.Akhirnya dendamnya terbalas walaupun bukan dengan tangan sendiri.
***************************
YOU ARE READING
SERAM DALAM KEPALAKU
HorrorAda artis Melayu ada artis korea ada watak anime apa apa je asalkan seram SERAM DALAM KEPALAKU