Hanya rekaan semata mata.Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Eren dan Armin berkawan baik.Walau di mana mereka berada,mereka tidak pernah berenggang.Di asrama rumah anak yatim mereka,mereka tidur bersebelahan.
Mereka selalu dimarahi penjaga mereka kerana tidak tidur hingga lewat malam kerana sibuk berbual dan bermain.
Suatu hari,peristiwa paling menyedihkan terjadi pada Eren.
Pagi tersebut,seperti biasa Eren mengajak Armin ke dewan makan untuk sarapan.Namun,Armin menolak.Katanya dia kurang sihat.Oleh itu,Eren pergi ke dewan makan sendirian.Apabila dia kembali ke asrama,kelihatan ramai rakan rakannya mengerumuni katil Armin.Fikirannya mula berfikir yang bukan bukan.
Betullah apa yang difikirkannya,Armin mati kerana sesak nafas.Air matanya mengalir.Satu satunya manusia yang dianggap saudara telah pergi meninggalkannya.
Eren berubah menjadi seorang yang pendiam dan bengis.Tiada siapa berjaya membuatnya tersenyum.Setiap malam,dia akan berbual dengan seseorang atau 'sesuatu' yang tidak kelihatan di katil sebelah nya.Semua rakan mula menjauhinya.
****************************************
Setahun berlaku,kawasan rumah anak yatim itu dilanda banjir teruk.Asrama penghuni perempuan terpaksa dipindahkan ke asrama lelaki buat beberapa hari sementara penghuni lelaki tidur di dewan.
Mikasa duduk di katil paling hujung.Dia melihat nama di katil tersebut. Eren Jaegar .Mikasa tersenyum.Memanglah Mikasa kurang bercakap dengan Eren,namun dalam hatinya masih ada rasa suka pada jejaka itu.
Setelah semua bersiap untuk mandi,Mikasa berbaring di katilnya.Dia tertidur lena.
Beberapa jam selepas itu,dia terasa angin meniup pipinya.Dia terbangun.
"Siapa main dengan aku ni?"Dia menggosok pipinya sendiri.
Kiri kanan ditoleh,mencari gerangan rakan yang mengacau tidur lenanya.Pandangannya teralih ke katil sebelah.Seseorang sedang tidur mengiring.Dia mencebik sebelum kembali berbaring.Terngiang ngiang dalam kepalanya tiba tiba ,
"Tak nakla aku tidur dekat katil sebelah kau tu.Bukan ke katil tu milik Armin yang mati tu?"Mata Mikasa terbuka bila teringat kata kata rakan rakannya siang tadi tentang katil sebelahnya.Liur ditelan.Rasa ingin tahu merasuk fikirannya sebelum dia menoleh untuk tahu gerangan siapa tidur di situ.
Seorang budak lelaki,berwajah pucat,biru ..sedang merenung dengan mata yang putih.Hanya satu titik kecil di tengah matanya.
Mikasa menggigil. Budak lelaki itu berbisik,
"Sembanglah dengan aku,Eren..."
*********************************************
YOU ARE READING
SERAM DALAM KEPALAKU
HorrorAda artis Melayu ada artis korea ada watak anime apa apa je asalkan seram SERAM DALAM KEPALAKU