Hanya rekaan semata mata.Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Himeko melangkah kepenatan masuk ke bilik kongsinya.Penat dengan latihan besbol petang tadi.
Dia duduk di katilnya.Kepala didongak,melihat tingkat atas katil itu.
'Yabasawa dah balik ke?'Himeko berkira kira mahu menjenguk di tingkat atas tetapi mengantuk.
Jam menunjukkan pukul 10 malam.
Dia menguap lantas berbaring.
Kedengaran kuat benar Yabasawa berdengkur.Memang selalu pun dia berdengkur,tapi tidak sekuat ni.
'Dia pun penat agaknya.'
Himeko terlalu mengantuk,tak mahu tukar baju apatah lagi mandi.
Akhirnya dia tertidur dengan seragam sukannya.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi.Himeko terbangun dengan bunyi dengkuran Yabasawa yang makin kuat.Mahu pekak telinga.
Dia guling kiri kanan.'Ish,bising betul'.
Dia tutup muka dengan bantal.
Masih kuat lagi bunyi tersebut.
Dia sudah tak tahan lagi.
"Yabasawa-san!Boleh tak kawal sikit dengkur tu~"Wajah Himeko memerah.Geram.Sudahlah tadi,kumpulannya kalah teruk.Terasa malang sungguh hari ini .
Bunyi itu masih kedengaran.Malah makin kuat.Himeko geram tahap dewa.
"Oi,Yabasawa!"Himeko turun dari katil dan melihat tingkat atas katilnya.
Himeko terduduk.Terkedu.Tak mampu berbicara.
Di atas katil itu.Terdapat seorang gadis..Bukan Yabasawa.Dia sedang menarik narik kain merah yang mengikat tengkuknya.Kain itu bergantungan dengan tiang di siling.Dia terkapai kapai.Terseksa tak mampu bernafas.Matanya tajam merenung Himeko.
'Dengkuran' tadi semakin kuat kedengaran.Atau lebih tepat bunyi orang mahu putus nyawa.
Himeko tunduk.Memeluk kaki sendiri.Air mata berjuraian.Badannya menggigil.
"Himeko!Kenapa ni?"Dia terasa seseorang sedang memeluknya.
"Yabasawa!"Himeko peluk erat erat Yabasawa lantas pandangan di alih ke tempat wanita tadi tergantung.Tiada apa.
"Maaf,tadi aku keluar beli barang kejap.Tayar kereta aku pancit.Nasib baik ada orang tolong aku tadi."
Himeko tidak mahu tahu.Yang penting yang 'berdengkur' tadi bukan Yabasawa.
YOU ARE READING
SERAM DALAM KEPALAKU
HorrorAda artis Melayu ada artis korea ada watak anime apa apa je asalkan seram SERAM DALAM KEPALAKU