Hanya rekaan semata mata.Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Chitanda tersenyum seorang diri melihat rantai yang Mayaka hadiahkan buatnya.Berbentuk hati diperbuat dari kaca.
"Terima kasih,Mayaka.Saya janji akan simpan rantai awak ni sampai saya mati."Senyuman Eru manis.Mayaka terharu.
"Chitanda~Awak buat apa tu?"Satoshi,rakan mereka menyapa.
"Tengok~Mayaka hadiahkan untuk saya."Chitanda menayang rantai tersebut.
"Wah,cantik betul."Puji Satoshi.
"Ini rantai persahabatan kami."Chitanda kelihatan amat bahagia.
"Baguslah awak suka.Eh,saya kena balik awal hari ni.Saya minta diri dulu,Chitanda."Mayaka mengambil begnya di lantai.
"Nak saya teman kan?" Tanya Satoshi pada gadis yang sudah menjadi teman wanitanya itu.
"Satoshi,awak boleh tolong pinjamkan buku ni dari perpustakaan?"Chitanda menghulur kertas yang tertulis tajuk buku.
"Tapi.."Satoshi keberatan.
"Tak apa,saya boleh balik sendiri."Mayaka tersenyum tawar.
Satoshi berlalu ke perpustakaan dan Mayaka keluar untuk pulang ke rumah.
"Selamat tinggal~"Chitanda meneruskan kerja sekolahnya di bilik kelab.Dia terasa malas mahu pulang awal hari ini.
Tiba tiba dia terdengar bunyi ketukan di tingkap.
Dia telan air liur.Bilik kelab di tingkat empat.Macam mana boleh orang ketuk.Tingkap yang ditutup langsir itu direnung penuh ingin tahu.
"Mungkin angin."Monolog dia sendiri.
Dia menyambung menyiapkan kerjanya.Ketukan kedengaran lagi.
Dia tak tahan lagi.Dia mesti tahu apa yang menyebabkan tingkap itu berbunyi.
Dia berjalan takut takut ke tingkap tersebut lantas membuka langsir.Hambar. Tiada apa yang berada berdekatan tingkap itu yang boleh menyebabkan ia berbunyi.
Tiba tiba,dia merasa sekelilingnya gelap.Bayang bayangnya kelihatan besar.Dia mengangkat tangannya sedikit.Bayang bayang itu tidak berubah.Bermaksud,
Ia bukan bayangnya sendiri.
Dalam keadaan takut yang teramat,dia menoleh.Tiada siapa.
"Ish,balik jelah."Chitanda mengemas barang barangnya dan berlalu pulang ke rumah.
Dia turut tinggalkan nota untuk Satoshi di meja mengatakan dia perlu pulang cepat.
***************************
Setelah bersiap untuk tidur malam itu,dia duduk di didepan cermin untuk menyikat rambut. Pandangannya teralih pada lehernya sendiri.Ada kesan merah seperti jerutan.Dia menelan liur.
"Mungkin aku tertarik talinya tadi."Ujarnya sendiri menyedapkan hati.Dia teruskan menyikat rambut lurusnya.Terasa sesuatu menyentuh bahunya.Dia tertoleh.Tiada siapa di belakangnya.
Nafasnya terasa amat tidak stabil kerana terkejut.Matanya berkaca.Dia terasa seperti sesuatu yang buruk bakal terjadi.Sikat di tangan diletakkan di atas meja lalu dia bangun.
Rantai kaca di lehernya tiba tiba bergetaran.Angin menghembus kuat membuatkan rambutnya tidak terurus.
Satu daya menarik dirinya ke tingkap rumahnya.
Terasa bagai lehernya dijerut kuat dan ditarik kasar.
Dia mencuba sedaya upaya menahan daya yang menariknya kala ini.
Namun dia tewas.
Dia jatuh dari tingkat lapan apartmentnya itu.Rantai kacanya masih terpakai namun kacanya sudah pecah.
Kelihatan asap hitam keluar daripadanya.
Semua orang yang lalu lalang mendekatinya.Cuba menolong kalau dia masih boleh diselamatkan namun..Tidak. Kepalanya pecah.Matanya terbeliak
Dari kejauhan,Mayaka tersenyum puas.
YOU ARE READING
SERAM DALAM KEPALAKU
KorkuAda artis Melayu ada artis korea ada watak anime apa apa je asalkan seram SERAM DALAM KEPALAKU