Botak sedang baring di katil di biliknya.Apek sedang main daun terup dengan Ayam (nama orang,ok.><) sementara Daim sedang lipat origami bentuk apa pun dia tak tau.
"Bosaaan!"Jerit Botak.Semua yang disitu toleh memandang dia.
"Tadi kau yang ajak ponteng prep.Lepas tu nak merungut pulak."Bidas Apek.
"Prep lagi bosan wei."Balas Botak.
"Sinilah join."Panggil Apek dengan tangannya yang bagai mengajak kucing makan.
"Tak nak aku."Botak letak bantal atas muka.
"Kalau cikgu Raja datang,macam mana?"Daim pandang luar takut takut.Almaklumlah,pertama kali ponteng prep.
"Kau relaks la,Daim.Bukannya kita je ponteng prep."Ayam tepuk tepuk kepala Daim.Macam tepuk kepala kucing yang tolong tangkapkan tikus.
"Haaa~Datang dah pengubat bosan kau,Botak."Apek tepuk kaki Botak yang sedang berbaring lantas ditunjuk gerangan budak lelaki lingkungan 13 tahun di luar bilik.
"Junior baru~"Mata Ayam bersinar sinar.
"Apa korang ni?Kesian dia."Daim kerutkan muka.
"Adik~~~"Botak dah memanggil manggil budak tu.Daim geleng kepala.
Budak tu menoleh.Pucat lesi muka dia.Takut agaknya.Mana taknya,Botak nikan gangster sekolah.Pantang nampak Junior,ada jelah yang dia nak buat.
"Woi,sinilah!Yang kau tenung macam nak makan tu apahal?"Ayam naik berang melihat muka toya budak tu renung mereka.Mukanya ada parut di dahi.Entah entah bergaduh pagi tadi.
Budak itu berjalan.Perlahan.Macam siput dah.
"Tolong belikan air empat.Milo ais."Arah Apek.
Budak tu diam tidak berkutik.Dia hulur tangan.Mintak duit.
"Guna duit kau dulu.Sedekah amal jariah."Apek senyum mengejek sebelum budak tu berlalu pergi.
"Sedekah amal jariah."Botak ketawa.
"Tak baik la korang ni.Kesian budak tu."Daim renung Apek.
Apek mengajuk kata kata Daim dengan mulut senget benget sebelum Botak tunjal kepala budak skema tu.Ayam sekadar gelak.
************************************************
Beberapa minit berlalu,budak tu datang balik.Dengan empat bungkus milo ais ikat
tepi.
"Wahh,efisyen sungguh."Puji Apek.
"Ada chance jadi balaci aku ni."Ujar Ayam sambil senyum sinis.
"Dah pergi balik."Halau Botak sebaik sahaja dia ambil milo ais miliknya.
"Nah,adik."Daim hulur duit sepuluh ringgit.
Budak tu tenung muka Daim.Pucatnya belum hilang.Wajah sugulnya tak berubah.
Budak tu berlalu pergi meninggalkan Daim terkebil kebil dengan not sepuluh ringgit di tangan.Apa lagi,Apek ,Botak dan Ayam gelak sampai merah muka.
"Duit kau ni tak laku,weii."Ujar Apek.Daim garu kepala.
************************************************
Esoknya,Daim,Apek,Botak dan Ayam tak dapat pergi sekolah.Keracunan makanan.
Bila kawan diorang balik,diorang terdengar kawan kawan mereka berbual.
"Semalam ada orang nampak, budak yang mati jatuh tangga tahun lepas tu berkeliaran kat blok kita ni."
"Camne wei muka dia?"
"Muka dia pucat lesi.Lepas tu ada parut kat dahi dia.Seram weiii."
Botak pandang Ayam.Ayam pandang Apek.Apek pandang Daim.
Milo ais ke apalah yang diorang minum semalam?
************************************************
YOU ARE READING
SERAM DALAM KEPALAKU
HorreurAda artis Melayu ada artis korea ada watak anime apa apa je asalkan seram SERAM DALAM KEPALAKU