Siber~Lee Kwangsoo

667 50 7
                                    

Hanya rekaan semata mata.Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Lee Kwangsoo kepenatan.Hari ini dia terpaksa berhempas pulas menyiapkan laporan untuk aktiviti kelabnya memandangkan yang lain berkeras ada kerja lain perlu disiapkan.Mentang mentang,dia ahli termuda dalam kelab,dia yang perlu siapkan semuanya.
Trut-Tut
Trut-Tut
Notification di telefon bimbitnya berbunyi.Dia malas malas menyeluk poketnya dan mengeluarkan telefon itu.
"Song Jihyo send a friend request"
Dahi Kwangsoo berkerut.Dia menyentuh notification itu.
"Wah,lawa jugak awek ni~"Bersemangat tiba tiba muka Kwangsoo.Lantas dia menekan butang approve.
Setelah mandi dan bersiap untuk tidur,dia ternampak telefonnya berkelip kelip menandakan ada mesej masuk.
Entah entah,Song Jihyo tadi.Kwangsoo melompat ke atas katil sambil memeriksa mesejnya tadi.
"Betullah!!!"Kwangsoo teruja,Song Jihyo memang mesej dia.
"Hai,boleh berkenalan?"Butir mesej itu.
"Boleh.Saya Lee Kwangsoo.Pelajar tahun kedua di Sekolah Tinggi Nara.Selamat berkenalan"
"Selamat berkenalan.Boleh kita jadi kawan?"Song Jihyo membalas.Pipi Kwangsoo memerah.
"Mestilah boleh."
Kemudian,Song Jihyo tidak membalas lagi walaupun dia memang online.
"Oklah,saya nak tidur dah ni.Selamat malam."Kwangsoo mesej dia semula setelah tiada respon.
"Mimpikan saya."Balas Song Jihyo.Mata Kwangsoo terbeliak.Macam tak percaya,awek lawa ni cakap macam tu.
"Ok~"
---------------------------------
Keesokannya Kwangsoo bangun sambil tersenyum girang.Telefonnya berbunyi.
Song Jihyo menghantar mesej.
"Selamat pagi~"
Kwangsoo sengih.
"Macam tau tau je,saya dah bangun."Kwangsoo membalas .
"Saya kan selalu ada dengan awak..."Song Jihyo hantar emotikon arnab comel.
"Uisssssh,sweeeeeeetnya."Kwangsoo monolog sambil hantuk kepala ke dinding.
Kwangsoo tergerak hati mahu melihat wall Song Jihyo di Facebook.Kosong.Memang kosong.
"Takkanlah...Biasanya pompuan lawa macam ni mesti banyak gambar selfie."Kwangsoo fikir mungkin Song Jihyo bukan macam gadis lain..
Dia tengok friend list gadis itu,dia seorang saja..
Biar betul.
"Awak tengah buat apa?"Kwangsoo terkejut apabila mesej Song Jihyo tiba tiba masuk.
"Tak buat apa apa.."Jawab Kwangsoo.
"Awak,saya ada benda nak cakap.."Song Jihyo menghantar mesej.
"Apa dia?"
"Saya rasa saya cintakan awak.."
Kwangsoo teruja.Pipinya merah macam baru kena tampar.
"Sudi tak,awak jadi teman lelaki saya?"
Kwangsoo cepat cepat balas.
"Mestilah saya nak~"
Dengan itu,terjalinlah ikatan percintaan antara Kwangsoo dan Jihyo.
Namun,setelah sebulan mengenali Jihyo,jikalau ditanya tentang rumah,umur,sekolah pasti Jihyo mengelak.Kwangsoo mula sangsi.
"Sayang,bagitau la betul betul.."Desak Kwangsoo.
"Buat apa awak tahu???"Jihyo seperti marah.
"Saya nak jumpa awak.Saya serius dengan awak.Takkan kita nak berhubung macam ni saja?"
"MALAM NI SAYA DATANG RUMAH AWAK!"Balas Jihyo.
"Macamana awak tahu rumah saya?"Tanya Kwangsoo.
Soalannya tak terjawab,walaupun Jihyo memang sedang online.
Kwangsoo malas mendesak lagi dan menyifatkan perempuan ini memang gila.
Malam itu,Kwangsoo bersiap untuk tidur dan naik ke katil.Tiba tiba pintu diketuk.
"Ish,siapa datang ni??"Kwangsoo mengeluh.Tiba tiba dia teringat dengan mesej Jihyo tadi..Tapi macam mana dia tahu Kwangsoo tinggal di sini.
Kwangsoo melihat ke lubang di pintunya.Tiada siapa.Namun,dia masih mendengar dan merasa gegaran ketukan seseorang di pintu.
Mesej Kwangsoo berbunyi,
"Kata nak jumpa,bagilah saya masuk.."Mesej dihantar Jihyo.
Kwangsoo menelan liur.Bulu romanya tegak.
"Siapa sebenarnya perempuan ni?"Kwangsoo duduk di katil walupun ketukan masih kedengaran.
Dia menaip di Google, Song Jihyo.Tidak sampai berapa saat,keluar banyak hasil carian menceritakan tentang gadis yang mati kerana membunuh diri kerana dikecewakan teman lelaki.Lebih sadis,telefonnya masih dalam genggamannya ketika mayat ditemui..
Kwangsoo pucat.Selama ni,dia bercinta dengan hantu????
Kwangsoo berselubung dalam selimut.Berharap matahari menjelma lebih cepat ataupun sekurang kurangnya ketukan di pintu dihentikan.
"Mana awak............"Mesej dihantar Jihyo.
Tangan Kwangsoo menggigil.
"Bagilah saya masuk........."Mesej diterima lagi.
Kwangsoo ketakutan mematikan telefon namun tidak berjaya.Dia ambil keputusan mengeluarkan bateri dari telefonnya.
"Jangan mengelak dari saya!!!!!"
Jihyo menghantar mesej lagi walaupun bateri sudah dikeluarkan dari telefon Kwangsoo.
Kwangsoo menutup mata ketakutan,pada masa itu juga,kedengaran pintu dibuka perlahan,
Shreiiiiiit
Kwangsoo menggigil..Diselak sedikit selimutnya,mahu melihat gerangan yang hadir.Tiada siapa.
Nafas dihembus lega..
Dia menggaru kepala yang rasa gatal sangat.Mungkin kerana runsing.Tapi..kenapa kasar sangat rambut ni...
Dia mendongak,
"Saya cintakan awak..."Kwangsoo hilang nafas,bagai dicekik.Segalanya kembali senyap..
---------------------------

SERAM DALAM KEPALAKUWhere stories live. Discover now