Hanya rekaan semata mata.Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Sekarang waktu prep.Kebanyakkan pelajar Sekolah Asrama ***** sedang mengulangkaji.
Sufi menguap.Pelajaran kimia yang sedang ditelaah samar samar sahaja dalam fikiran.Yang nyata sekarang,dia mengantuk tahap dewa.
Pen hitam di tangan ditojah tojah ke meja kayu menghasilkan lubang kecil beserta bunyi ketukan perlahan.
Farouq toleh. "Kau pun mengantuk ke?"
Sufi mengangguk sambil tersengih.
"Aku dah rasa nak duduk bawah meja lepas tu tidur."
"Jomlah pegi tandas,basuh muka."Ajak Farouq.
"Ok."Sufi setuju.
Farouq dan Sufi berlainan kelas namun rapat juga kerana kelas mereka bersebelahan.
Ikut kan hati,mahu saja dia tidur pada waktu itu namun peperiksaan akhir semakin dekat.Tidak tergamak pula sengaja membuang masa belajar demi melayani rasa mengantuk.Tambahan lagi,dia tidak mahu menolak tawaran Farouq untuk ke tandas.Takut takut dia pula yang kecemasan mahu ke tandas sekejap lagi.Sudahlah,rakan rakannya yang lain tidak datang ke bilik prep malam ini.
Sufi jalan di depan sambil menggeliat.
"Farouq,kau yakin ke boleh skor exam akhir ni?Aku rasa aku tak boleh la.."Ujar Sufi tanpa menoleh.
"......"Farouq diam.Sufi menoleh. 'Tak dengar kot.'Fikir Sufi.Malas pula mahu mengulang soalan tersebut.Oleh itu dia diam sahaja.
Sampai di tandas,mereka masuk.
Sufi nampak Farouq masuk ke tandas hujung sekali.
'Tadi kata nak basuh muka je..'Fikir Sufi.Selesai basuh muka,dia menunggu di luar tandas.Sudah lebih sepuluh minit juga dia menunggu Farouq.Tidak keluar juga.Terasa juga mahu pulang seorang ke bilik prep namun terasa gerun pula mahu pulang seorang diri dalam gelap gelap begini.
"Ish,budak ni tidur ke apa?"Sufi masuk semula ke dalam tandas.
"Woi Farouq,kau tidur ke apa?"Sufi ketuk pintu tandas paling hujung sekali.Tengok tengok,tandas tu kosong.Semua tandas kosong.
Mulalah Sufi tidak sedap hati.Tengok jam pukul 11.30 malam.Tengok kiri kanan gelap.Tengok tangan,bulu roma dah meremang.
'Ahh,aku balik jela.'Sufi angkat kaki balik ke bilik prep.Dalam perjalanan balik,jangan cerita lah punya lembik lutut jadinya.
"Woi Sufi,kau buat apa sorang sorang jalan ni?"Panggil seorang bersuara serak di sebelahnya.Rupa rupa Syamel dengan Sharul.Sufi lepas nafas lega.Inilah pertama kali dia rasa sebegini gembira melihat mereka berdua.
"Kau buat apa sorang sorang?"Ulang Sharul.
"Aku pergi tandas."Sufi garu kepala.
"Kau prep kat mana?"Tanya Syamel dalam perjalanan.
"Bilik prep la."Jawab Sufi.
"Kau sorang je ke?"Shahrul pula tanya.
"Taklah.Dengan Farouq."
Syamel pandang Shahrul.Shahrul pandang Syamel.
"Kau dah sewel ke?Kan Pakcik Farouq sakit pagi tadi?Dia dah balik dah tengahari tadi."Ujar Syamel.
Sufi terhenti berjalan.
"Kau melawak kan?"
Shahrul angkat kening.
YOU ARE READING
SERAM DALAM KEPALAKU
HorrorAda artis Melayu ada artis korea ada watak anime apa apa je asalkan seram SERAM DALAM KEPALAKU