Hanya rekaan semata mata.Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Zizan dan Johan memang kawan baik.Ke mana saja mesti berdua.Lagi lagi kalau nak pergi memancing.
"Woi,Zan."Zizan terbangun dek ketukan di tingkap.
"Ha,kenapa?"Zizan menjenguk di tingkap bilik.
"Mancing jom."Ajak Johan dalam berbisik.Kalau ibu Zizan tahu dia mahu keluar dengan Johan,pasti dia tidak benarkan.
"Dah dekat senja,wei."Ujar Zizan.
"Ek eleh.Cam tak biasa pulak."Johan gelak.
"Ok,jap.Aku nak ambik pancing."Zizan membuat isyarat tunggu dengan tapak tangan.
"Cepat sikit,aku tunggu bawah pokok manggis depan tu."Arah Johan.Tidak mahu dia berlama lama di depan rumah Zizan ni.Mahu dihambat pulang nanti.
"Nanti aku sampai."Zizan angguk.
Sesampainya Johan di pokok manggis yang dikatakan tadi,dia bersandar di pokok tersebut.
"Johan,jom."Johan tertoleh.Terkejut ya amat apabila ternampak Zizan telah sampai.
"Kau lari pecut ke apa?"Johan mengurut dada sendiri.
Dalam perjalanan,mereka berbual bual.Namun hari ni Zizan pelik sikit,sepuluh ditanya,sepatah dijawab.Lain benar dengan kebiasaannya.Ditanya sepatah,seribu dijawab.
"Kau ok ke,Zan?"Johan menggoncang bahu sahabatnya.
"Aku ok je la.Tak sihat sikit."
"La,ye ke?Habis kau nak balik ke?"Johan berhenti berjalan.
"Kau kan suka memancing waktu senja?Jomlah.."Zizan tersenyum lalu berjalan ke hadapan.
'Apa hal pulak dia ni.'Hati Johan mula rasa lain macam.
Dia melambatkan jalannya.Mahu berkira kira lari balik.Dia yakin yang di hadapan dia sekarang bukan Zizan.Tapi kalau betul yang itu Zizan,tidak sanggup pula ditinggalkan sahabatnya sendirian senja senja begini.
"Zan,aku tak nak mancing la hari ni."Beritahu Johan.Zizan terhenti berjalan.
"Laa..kenapa pulak?"Zizan menoleh.
"Aku lupa,mak aku suruh beli belacan tadi."Johan ubah haluan,berjalan laju laju,sikit lagi mahu berlari.
Dia balik ke rumah dan menghembus nafas lega kerana telah terlepas dari jelmaan Zizan tersebut.Benarlah kata ayahnya,hantu raya yang boleh menyerupai orang lain itu memang wujud.Sesampainya di rumah,dia ternampak Zizan sedang duduk di kerusi luar rumahnya.
'Sahlah yang tadi aku jumpa tu bukan Zizan.'Johan yakin.
"Woi Zan."Panggil Johan.
"......"Zizan tak jawab.
"Woi,Zizan."Panggilnya lebih kuat.
"Ya..."
Johan terduduk apabila Zizan yang membelakanginya itu memusing kepala 90 darjah.Tegak bulu romanya,pucat jadi mukanya.
Dan,gelap.
=================================
Keesokkan,satu kampung kecoh,Johan kena sampuk hantu.Sampai pengsan pula tu.
"Tu la,senja senja jangan keluar."Nasihat ibu Zizan.
"Ya,makcik."Johan tersengih.
"Dah la tinggal aku semalam,kata nak memancing.Nak beli belacan la,apa la."Marah Zizan.
"Ni sorang lagi,memancing sampai senja!"Ibu Zizan piat piat telinga Zizan.Nasib baik tak piat hidung,kalau tak makin besar hidung dia.
"Maksudnya,yang aku ajak semalam tu betul kaulah?"Mata Johan terbeliak.
"Yalah,siapa lagi yang muka sama cam aku?"
Diam.
YOU ARE READING
SERAM DALAM KEPALAKU
TerrorAda artis Melayu ada artis korea ada watak anime apa apa je asalkan seram SERAM DALAM KEPALAKU