"Good step" kata Hoya seolah-olah memperli Sungkyu. "Apa dah jadi dengan Dongwoo?" tanya Sungkyu. "Cer kau lihat" kata Hoya . Sungkyu pun melihat keadaan Dongwoo.
Sungkyu menarik baju Dongwoo dan ternampak kesan-kesan garisan biru kemerahan. "Changing.." kata Sungkyu perlahan . "Erm." Hoya mengeluh.
Tiba-tiba terdengar bunyi ngauman raksasa. "*muka terkejut* Griever..?!" kata Hoya perlahan lalu mengangkat Dongwoo. "Palli! Angkat dia!" tegas Hoya kepada Sungkyu. Mereka pun bergegas mengangkat Dongwoo dan cuba melarikan diri.
Beberapa minit kemudian
"Stop." arah Hoya lalu meletakkan Dongwoo."H..Hoya , raksasa tu.." . "It's Griever. Kita mesti segera melarikan diri sebelum dibunuh oleh Griever tu!" terang Hoya ."Khaja" kata Hoya. "Eh wait. Dongwoo? Kita tak boleh tinggalkan dia" kata SungkyuHoya mengeluh. "Ok . How?" tanya Hoya. "Sembunyi?" cadang Sungkyu. Hoya kelihatan geram mendengar cadangan Sungkyu lalu memegang baju Sungkyu dan menolaknya ke dinding , "Ya!! Kau tengok! Ada ke tempat sembunyi?!!.. Takde! " marah Hoya. Sungkyu menarik nafas dalam-ii .
..Sungkyu perhatikan dinding di belakang Hoya. Dinding tersebut penuh dengan ranting dan daun. Sungkyu pun menolak Hoya dan melihat dinding tersebut .
"Iyarhh!".. Sungkyu dan Hoya menarik ranting yang kuat itu. Rupa-rupanya Sungkyu ingin meletakkan Dongwoo ke atas.Sungkyu mengikat Dongwoo dengan ranting kayu lalu menariknya ke atas.
"Uarrrrhhhh!!" ngauman Griever semakin jelas kedengaran. Hoya mengintai di hujung dinding dan ternampak raksasa Griever itu. "Griever dah muncul!" Hoya resah. " Hah?! Kk tarik sikit lagi" Kata Sungkyu. Sungkyu dan Hoya tarik ranting kayu itu sedaya upaya yang termampu.
"Uarrrhhhh!" Griever semakin hampir. Hoya terkedu dan menarik nafas dalam-ii .
"Sungkyu" -Hoya
"Huh?" -Sungkyu
"Mian"-Hoya
"???"-SungkyuHoya terus melarikan diri dan meninggalkan Sungkyu. "Hoya!! Hoya!! " jerit Sungkyu tetapi dihiraukan. Sungkyu mula gelabah. Sungkyu pun terus mengikat ranting tu pada kayu keras . Terketar-ketar Sungkyu mengikatnya . Kemudian dia terus menyorok di celah semak ranting - ranting kayu dan daun itu.
Sungkyu POV
Griever mula muncul depan aku. Aku betul-betul takut kalau Griever nampak aku. Griever yang aku lihat ini sama seperti kala jengking dan sungguh besar.Griever merangkak satu langkah ke satu langkah. Aku perhati je raksasa tu.Kemudian raksasa itu merangkak ke laluan lain. Aku pun dengan berhati-hati keluar dari semak dan berlari ke laluan bertentangan dengan laluan yang raksasa tu pergi.
Ada satu kawasan kecil di laluan yang aku lalui ini lalu aku bersembunyi di situ. Aku menarik nafas dan hembus semula.
Tiba-tiba ada cecair jatuh di depanku. Aku pun mendongak ke atas. Alangkah terkejutnya bahawa Griever di atas! Griever mula mengaum dan segera aku melarikan diri daripadanya.
Aku berlari selaju-lajunya. Entah laluan mana aku lalu sekarang. Aku main selok - belok je. Sedang aku asyik berlari, aku bertembung dengan Hoya.
"Sungkyu!" tegur Hoya. "Ggrrr..griever" kataku. "Jom ikut aku!" arah Hoya. Aku pun ekori dia.
Akhirnya Hoya menjumpai laluan yang selamat. Hoya pun masuk laluan tersebut. Tiba-tiba dinding mula bergerak menutup laluan itu manakala Griever semakin menghampiriku.
Aku mempunyai rancangan untuk membunuh Griever. "Ya!! Sungkyu!!" jerit Hoya tapi aku hiraukan jeritannya. Aku pun berlari dari satu laluan ke satu laluan. Griever mengekoriku.
Kemudian aku lari pecut ke laluan selamat itu. Griever pula masih mengejarku. Sedikit sahaja lagi laluan itu ditutup.
Nasib aku sempat masuk laluan selamat ni. Griever? Hahaha raksasa tersebut telah dipenyekkan oleh dinding.
"Kau bunuh Griever?!" Hoya tak sangka dengan apa yang aku lakukan lalu dia memelukku. "Wah! Good idea" puji Hoya. "Erm. Let's take Dongwoo" arahku. Aku dan Hoya pun menuju ke tempat di mana kami berdua letakkan Dongwoo.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih banyak-ii sapa dah vote dan promote ff ni. Saya betul-ii hargainya.
Erm..sebarang soalan? Comment je.
Jangan lupa tekan butang Vote ye ihikss..
YOU ARE READING
Pelari Maze (2015) [COMPLETED]
FanfictionMengisahkan kehidupan penduduk Glade. Glade ialah kawasan yang dikelilingi banyak dinding yang sungguh tinggi dan kukuh serta juga pagar sesat . Mereka perlu mencari jalan keluar sebelum terbunuh. ( Mengikut filem The Maze Runner tapi diubah sedikit...