Bab 17 (Akhir): Misi baru ?!

297 33 7
                                    

SungKyu , Hyuna, Hoya, L dan Woohyun telah bersama sejak berjumpa di Glade . Apabila ada masa , mereka akan berjumpa dan lepak sama-sama . Selepas tamat belajar di Highschool, mereka telah membuka sebuah cafe milik mereka sendiri dengan bantuan kerjasama ibu bapa .

Setahun kemudian..

Kedai Hadiah

Sungkyu tercari-cari barang yang menarik untuk rakan-rakan sempena ulang tahun cafe mereka. Cari dan cari, dia jumpa barang yang menarik perhatiannya iaitu gelang. Dia mengambil lima utas gelang itu dengan pelbagai warna. Semuanya warna kegemaran dia dan rakan-rakan .

Setelah bayar , SungKyu pun keluar dari kedai . Semasa Sungkyu keluar , dia terlanggar dengan seseorang dan kotak hadiah gelang tersebut terjatuh. Orang tersebut yang memakai pakaian serba hitam itu mengambil kotak dan beri kepada Sungkyu , " Maaf" katanya lalu masuk ke dalam kedai hadiah . Sungkyu memandang lelaki itu sekilas , kemudian beredar.

Glade Cafe
(Mereka menamakan cafe mereka Glade )

"Yo!" sapa Sungkyu kepada rakan-rakannya apabila membuka pintu cafe . Semasa itu tiada pelanggan .

"Kau beli apa?" soal L . "Adela " jawab Sungkyu . L mengangguk lalu meneruskan tugasnya iaitu lap meja . "Hyuna dah beli kek , dia dh letak kat peti ais" kata Hoya . "Ouh okay" kata Sungkyu . Kemudian Sungkyu pergi ke stor untuk menyimpan hadiah ke dalam beg lalu terus sambung kerja.

.......

10:00 p.m

Hyuna mengunci pintu cafe dan menukar papan label 'open' kepada 'close' . Kemudian dia duduk bersama dengan yang lain . Semua menarik nafas dan menghembus . Hari ini hari yang memenatkan kerana sempena ulangtahun , mereka mengadakan promosi , jadi setiap masa, ramai pelanggan yang datang .

"Jom makan kek!" kata Woohyun . Hyuna pun pergi mengambil kek dan Sungkyu mengambil hadiah.

.........

"1,2,3! "

Mereka meniup lilin di atas kek itu . "Wuuuuuu!" . Hyuna memotong kek lalu meletakkannya di atas setiap pinggan . Kemudian, mereka pun makan sambil berbincang tentang cara untuk memajukan cafe .

Setelah berbincang, bersembang dan mengemas semula ..

" Hadiah ni biasa-biasa je , tapi bagi aku , ianya bermakna untuk kita semua ." kata Sungkyu lalu membuka kotak hadiah itu .

"Tadaaa! " . SungKyu mengambil gelang berwarna putih dan tunjuk kepada yang lain . " Haa ni aku punya" kata Sungkyu sambil memakai gelang itu pada tangannya . Lepas tu, Sungkyu beri gelang yang lain kepada L , Hyuna, Hoya kemudian Woohyun.

"Thanks beb!" ucap mereka kepada Sungkyu . Sungkyu membalasnya dengan senyuman .

SungKyu pun menutup kotak hadiah . Sebelum Sungkyu menutupnya , Sungkyu terperasan ada sehelai kertas kecil di dalamnya lalu mengambil kertas tersebut. "Guys, look ! " kata Sungkyu sambil menunjuk kertas tersebut . "Bila pulak ade kertas ni ?" .

"Kertas apa tu beb? Resit?" soal Hoya . "Bukan resit la " jawab Sungkyu lalu membuka kertas itu .

' Ready for the next '

"Huh?" Semua blur.

Tiba-tiba semua lampu dimatikan seolah-olah bekalan eletrik terputus . Cafe menjadi gelap . "Jap aku pegi tengok." kata L lalu membuka torch light dari handphone nya dan pergi ke kotak fius iaitu berdekatan dengan kaunter .

L membuka penutup kotak fius dan menolak fius utama yang dimatikan . Tetapi tidak berfungsi walaupun berkali-kali L menolak fius tersebut .

"Tak boleh la beb, banyak kali dh aku tolak fius ni !" kata L . Keadaan tiba-tiba menjadi senyap . L curiga dan dia menyuluh lampu ke arah rakan-rakannya namun tiada siapa pun yang berada di meja . Kemudian dia menyuluh lampu ke setiap sudut dan tetap tiada kelibat Sungkyu dan lain-lain. L mula cuak.

Tiba-tiba , ada seseorang di belakang L dan sedang mendekati tanpa disedari oleh L. Lalu dia memukul badan L dengan kayu menyebabkan L pengsan. Dia menarik L sampai ke pintu belakang kemudian mengangkat L masuk ke dalam kereta lalu beredar dari situ .

...................................... .................................

Sungkyu tersedar dari pengsan dan terkejut melihat sekelilingnya . Dia berada seperti dalam bangunan . Kemudian dia menuju ke tingkap dan melihat di luar . Dia terkejut . Di luar , banyak bangunan yang roboh , tingkap pecah-pecah, jalan rosak, kepingan kaca tingkap bertaburan dan sebagainya.

Woohyun, L, Hyuna dan Hoya juga berada di kawasan yang sama tetapi duduk di tempat yang berbeza. Mereka semua berseorangan.
Sungkyu dan lain-lain terjumpa sehelai kertas kecil yang berdekatan dengan mereka lalu mengambilnya .
Mereka melihat kertas tersebut .

"MISSION 2 ?!"

...................................................

The end

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih atas sokongan , vote and comment korang .

Kalau ada saya buat story lg , hope korang baca jugak xD .

Thanks for all <3

Loveee youuu :*

Don't forget for vote and comment this last chapter

Annyeong!


Pelari Maze (2015) [COMPLETED]Where stories live. Discover now