School

6.5K 710 50
                                    

" Hyejin, malam ni kita tidur sama-sama nak?" Hoshi tetiba bersuara ketika mereka semua sedang makan malam.

" Kau gila ke?!" Hyejin berkata kuat. Dia menyepak kaki Hoshi yang berada di sebelahnya itu. Hoshi ni kalau bercakap memamg main lepas je.

" Apa? Dulu masa kecik-kecik aku kan selalu tidur dengan kau." Hoshi menjawab bodoh.

" Dulu lain, sekarang lain. Tak paham-paham lagi?" Balas Hyejin.

" Ehemm!" Pergaduhan mereka terhenti apabila mendengar S.coups berdehem.

" Korang cute lah!" Itu suara si maknae.

" Euuewww!" Jawapan Hyejin.

" Thanks. Nanti hyung belanja makan." Itu pula jawapan Hoshi, siap kenyit mata lagi.

" Kau ni kan!" Bahu Hoshi ditampar.

" Sakitlah!" Hoshi berkata.

" Padan muka!"

×××××××

Cahaya mata yang menyilau langsung tidak menganggu tidur Hyejin sampailah satu saat...

" Choi Hyejin!!! Wake up!!" Suara nyaring oppanya kedengaran.

" Aishh, oppa ni! Jadi rapper sudahlah. Tak payah test suara nak jadi vocalist pulak! Tak pasal-pasal Pledis tendang Seungkwan keluar." Bebel Hyejin.

" Adik ku sayang. Awak dah lewat ke sekolah paham tak?" S.coups berkata lagi. Dia sudah siap memakai uniform sekolah.

" What?! Oppa! I hate you!" Sebaik berkata Hyejin cepat-cepat masuk ke dalam tandas.

" Aaaa.. i'm late!" Hyejin berlari untuk mengambil kasutnya.

" Wow! Relaks!" Tiba-tiba terdengar suara seseorang mencelah.

" Hoshi? Asal kau tak pegi sekolah lagi? Oppa aku mana?" Hyejin menyoal hairan.

" Oppa kau suruh aku tunggu kau. Dia cakap dia ada hal penting." Hoshi menjawab. Mukanya kelihatan tenang walaupun jam sudah menunjukkan jam 7.25 pagi. Sebenarnya dia sudah biasa datang lewat.

" Hoshi, cepat lah! Kau berangan apa?!" Hyejin menarik Hoshi.

" Weh! Bagi lah aku kunci rumah dulu."

" Aishhhh, kau ni kan! Cepatlah!"

" Done! Hyejin, relakslah!"

" Relaks kepala hotak kau! Cepatlah, kita kena lari!" Hyejin menarik tangan Hoshi lantas membuka seribu langkah. Eh, sweet pulak lari sambil pegang tangan.

Setelah 10 minit berlari, akhirnya mereka tiba dihadapan pintu pagar sekolah tetapi malangnya pintu pagar sudahpun tutup dengan rapat.

" Pintu pagar dah tutup! Kau punca segala-segalanya!" Hyejin menunding jari ke arah Hoshi yang masih lagi tenang. Aishh, mamat ni aku lempang juga kejap lagi!

" Dah jom ikut aku!" Tiba-tiba Hoshi menarik tangan Hyejin untuk mengikutinya.

" Eh, kita nak pergi mana?"

" Panjat pagar."

" Hah? Kau gila ke?!" Ujar Hyejin tidak percaya.

" Betul lah. Kau nak belajar ke tak?" Pertanyaan Hoshi disambut dengan angukkan kecil oleh Hyejin.

" Kalau nak, kau naik dulu." Hoshi memberi arahan.

" Tapi, tak apa ke buat benda ni Hoshi?" Soal Hyejin yang masih ragu-ragu.

" Don't worry. Aku dah try banyak kali dah." Hoshi menjawab bangga. Hyejin yang mendengar ayat itu mula memanjat. Dia sudah biasa bab-bab ni semasa kecil dahulu.

" It's pink!" Ujar Hoshi. Hyejin yang sedar perlakuan Hoshi menutup skirtnya. Tak guna kau, Kwon Soonyoung!

" Aku turun nanti, aku bunuh kau! Baik kau mengucap siap-siap!" Bebel Hyejin. Setelah 10 minit berhempas pulas akhirnya Hyejin dan Hoshi berjaya masuk ke dalam kawasan sekolah.

" Apa yang kau buat masa aku tengah panjat pagar tadi?!" Hyejin mula memarahi Hoshi.

" Apa? Dah orang buat free show, aku tengok je lah!" Hoshi buat muka tak bersalah.

" Free show mak kau!" Kaki Hoshi disepak kuat.

" Auch! Kau ni kan!"

" Dah jom masuk kelas!" Hyejin menarik Hoshi mengikutinya.

××××

Kringgggg~~

" Yeayy makan!" Hyejin bersorak gembira.

" Makan je yang kau tahu. Kau dah makin gemuk tau tak?!" Hoshi mengutuk selamba.

" Hoshi, sini kejap." Hyejin panggil Hoshi dengan nada yang agak mencurigkan.

" Kenapa kau?" Walaupun ragu-ragu, Hoshi tetap mendekati Hyejin.

" Toleh belakang!" Hyejin mengarah.

" Kena----- oh mak kau, anak gajah!" Terkejut Hoshi apabila tiba-tiba Hyejin naik atas belakangnya.

" Piggyback aku sampai ke kantin!" Hyejin berkata jahat.

" Kau tau tak berat kau berapa?" Ujar Hoshi mahu menyakitkan hati Hyejin. Sebenarnya gadis itu tak adalah berat sangat pun.

" Tak kisah! Go Hoshi!" Hyejin langsung tak kisah pandangan orang lain. Ada yang tersenyum-senyum memandang mereka. Tak lupa jugak yang memandang dengan pandangan dengki. Yang tu pasti fangirls Hoshi.

"Choi Hyejin!" Ops! Suara Jeonghan.

" Annyeong oppa!" Hyejin membalas ceria.

" Tak kesian ke dekat Hoshi? Awak tu dah besar. Asal tak jalan sendiri?" Dipendekkan cerita Jeonghan ni kawan baik S.coups so tak hairan lah dia pun suka membebel.

" Kan hyung? Hoshi rasa macam nak patah tulang angkat anak gajah ni!" Balas Hoshi.

" Ahhh tak kira! Kita belum sampai kantin. Hoshi go!" Sekali lagi Hoshi diarah.

Yeayy. Chapter 3. Huhuhu. Vote and comment. Saranghae readers.

Living With Seventeen (SEVENTEEN's Hoshi)Where stories live. Discover now