" Apa kau buat kat sini?" Mencerlung mata S.coups memandang Hoshi. Mesti Hoshi mendengar semua perbualan mereka sebentar tadi.
" Hyung.. dia.. Hyejin.. cintakan aku?" Soal Hoshi perlahan. S.coups diam. Dia hanya memerhati Hoshi yang kelihatan amat sedih. Kenapa dia sedih sangat? Dia.. rasa bersalah ke?" Hoshi, kita cakap kat tempat lain" S.coups mengorak langkah. Memang sengaja dia membawa Hoshi jauh dari adiknya. Sesampainya di rooftop, sekali lagi S.coups disoal dengan soalan yang sama.
" Hyejin cintakan.. aku ke hyung?"" Yes! Hyejin cintakan kau Hoshi! Kau ni kenapa buta sangat?! Kau tak nampak ke hint yang dia bagi selama ni? Kenapa kau jadi kejam sampai macam tu sekali?!" Sekali lagi kolar Hoshi ditarik kasar. Namun, pegangannya terlepas apabila melihat Hoshi menitiskan air matanya.
" Hyung.. aku tak layak! Aku langsung tak layak nak terima cinta dia! Hyejin.. dia baik. Dia cantik. Aku cintakan dia hyung.. aku sayang dia!" Pertama kali. Ya pertama kali air matanya jatuh kerana seorang perempuan." Kalau kau cintakan dia, kenapa kau buat semua tu? Kenapa?! Kau sedar tak kau dah lukakan hati dia? Kau seksa hati dia?! Kau sedar tak?!!" Jerkah S.coups. Hatinya sakit melihat penderitaan adik perempuannya. Entah apa salah Hyejin sampaikan dia mendapat balasan seperti itu.
" Aku kena ugut! Jiyoon ugut aku yang dia akan bunuh Hyejin kalau aku putuskan hubungan dengan dia! Aku terpaksa! Aku betul-betul terpaksa!" Hoshi berkata sambil tersedu-sedan menahan tangis. Akhirnya, rahsia itu dibongkar. Tergamam S.coups mendengar balasan Hoshi.
" Kenapa kau tak cerita? Kenapa kau tanggung semua ni sorang diri?!" S.coups menyoal. Sungguh dia tak sangka penderitaan yang ditanggung Hoshi lebih berat.
" Aku tak boleh! Kalau semua orang tau, tak mustahil Jiyoon boleh bunuh dia!" Hoshi berkata.
" Hyung.. aku merayu! Tolong jangan bagitau sesiapa pasal benda ni. Aku merayu! Tolong lah!"" Tapi Hoshi.."
" Tolong jaga Hyejin baik-baik. Aku akan pastikan semua ni berakhir. Buat masa ni perhatikan Hyejin. Kalau apa-apa jadi dekat aku nanti, cakap dekat Hyejin aku betul-betul cintakan dia. Dan tolong hyung.. aku percayakan kau. Jaga rahsia ni" Sebaik berkata sedemikian air mata lelakinya gugur. Dia melangkah meninggalkan S.coups yang masih ragu-ragu dengan keputusannya.
********
" Oppa pergi mana tadi?" Soal Hyejin apabila melihat S.coups yang baru masuk ke bilik rawatannya." Ah tadi.. oppa pergi beli makanan then baru ingat yang oppa tak bawak dompet. Tapi oppa dah call Mingyu suruh belikan" Tipu. Ya dia berhasrat untuk merahsiakan perkara itu.
" Oh okayy!" Hyejin membalas tanpa mengesyaki apa-apa.
*********
" Hoshi! Kau baru balik? Lewatnya" Hyejin menyoal apabila melihat Hoshi yang baru masuk ke dalam dorm. Sebentar tadi dia dibenarkan pulang dari hospital. Memang agak memalukan apabila tidak sampai sehari balik dari hospital dia sudah 'check-in' semula. Doktor pun dah muak layan Hyejin.
" Haah. Aku.. baru hantar.. Jiyoon. Kau dah okay?" Hoshi cuba beriak biasa.
" Alah sikit je. Em.. Jiyoon okay?" Teragak-agak Hyejin hendak bertanya." Dia okay" Balas Hoshi pendek.
" Kau.. betul-betul cintakan dia?"
" Yes.. aku bahagia dengan dia. Ermm aku masuk bilik dulu" Setelah berkata sedemikian Hoshi berlalu dari situ.
Jawapan Hoshi itu membuatkan Hyejin hampir terjelopok di atas lantai, namun ada tangan yang sempat memautnya." Joshua oppa..?"
" Sabar ye Hyejin. Kitorang semua sentiasa ada di sisi Hyejin. Jangan lemah" Joshua berkata sambil tersenyum.
" Thanks.. I'll try" Balas Hyejin.
********
" Korang perasan tak sekarang, Hoshi dah tak kawan dengan Hyejin?"
" Dia kan dah couple dengan Jiyoon"
" Ish. Kesian Hyejin. Apa yang istimewa sangat Jiyoon tu? Hyejin cantik lagi kan?"
" Hurm. Maybe Hoshi dah bosan kot dengan Hyejin. Diorang kan dah lama kawan"
Sewaktu Hyejin berjalan melalui koridor sekolah, dia terdengar-dengar suara berbisik.
" Hyejin, buat tak dengar je" Wonwoo memeluk bahu Hyejin. Hyejin hanya tersenyum dengan perbuatan Wonwoo. Dia bertuah kerana sokongan rakan-rakannya menguatkan lagi dirinya.
Sebaik masuk ke kelas, Hyejin tidak lagi duduk di tempatnya. Dia mengambil tempat di sebelah I.M yang sememangnya kosong. Semalam dia sudah buat keputusan yang dia akan menjauhi Hoshi. Biarlah Hoshi menemui kebahagiannya sendiri." Kenapa awak duduk sini?" Soal I.M hairan. Ya lah, mana pernah Hyejin tukar tempat.
" Saja.. " Balas Hyejin selamba.
" Okay.." I.M tidak pula ingin menambah soalannya. Dia dapat agak yang Hyejin cuba untuk menjauhi Hoshi. Hurmm.. mungkinkah ini peluangnya?
*******
Hyejin duduk di rooftop seorang diri. Dia mahu menenangkan fikirannya. Dalam kelas tadi, hatinya bagai disiat melihat kemesraan Hoshi dan Jiyoon di depannya.
" Hey.." Hyejin tersentak apabila disapa seseorang. Dia mengangkat kepalanya. Berderau darahnya apabila Hoshi berdiri dihadapannya.
" Em.. He.. Hey..?" Tergagap-gagap Hyejin membalas.
" Apsal tak makan?" Hoshi menyoal. Dia cuba mengawal perasaanya.
" Tak lapar. Kau? Asal tak makan? Kau kan ada gastrik" Hyejin pula bertanya.
" Takde selera. Tak sangka kau still ingat yang aku ada gastrik" Hoshi membalas.
" Takkan semudah tu aku lupa.." Gumam Hyejin perlahan namun cukup jelas pada pendengaran Hoshi.
" Aku mintak maaf"
" Untuk apa?"" Nanti kau akan tahu. Jaga diri kau dan jaga makan minum kau Choi Hyejin" Kepala Hyejin diusap lembut lantas dia berlalu dari situ.
" Semua ni akan berakhir.. aku janji.." Hati Hoshi bermonolog.
*********
hello readers! finally upd yuhuu. author demam rn hukhuk. vote and comment for this chap. aranghae readers! ♡ OH ONE MORE! PLS DON'T BE SILENT READERS ㅠㅠ I HATE SILENT READERS 😭
YOU ARE READING
Living With Seventeen (SEVENTEEN's Hoshi)
RandomChoi Hyejin iaitu adik kepada Choi Seungcheol ataupun S.coups seorang leader kepada 12 orang manusia paling susah untuk dikawal. Degil dan perangai mengalahkan budak-budak. Berbalik kepada Hyejin, dia telah dipaksa oleh abangnya untuk menjadi 'maid'...