" Welcome back my dear!" Sebaik sahaja kaki Hyejin melangkah masuk ke dalam dorm itu, beberapa suara kedengaran bersorak riang.
" Home sweet home!" Hyejin turut bersorak riang.
" Eh kejap! Mana Hoshi? Kenapa balik dengan I.M?" S.coups menyoal kehairanan. Ya lah, kelibat Hoshi langsung tidak kelihatan sedangkan Hoshi sudah berjanji bahawa dia akan membawa Hyejin pulang.
" Dia.. ada hal! Haa dia ada hal tadi. Kebetulan pulak Changkyun datang melawat so Hoshi mintak tolong dia untuk bawak Hyejin balik" Balas Hyejin. Tidak pula dia memberitahu bahawa hal Hoshi itu berkaitan dengan Jiyoon.
" Aish budak ni! Haritu dia dah janji nak bawak Hyejin balik kan?"
" Alah Oppa ni. Hyejin dah sampai rumah kan?"
" Hurm ye lah. Nasib baik ada I.M"" Hoi perempuan! Sini kau!" Dari jauh kedengaran Jiyoon memekik ke arahnya.
" Dah kenapa kau ni?" Soal Hyejin apabila Jiyoon mendekatinya.
" Tolong lah jangan kacau hubungan aku dengan Hoshi. Kitorang dah cukup bahagia tanpa kau. Semalam sepatutnya Hoshi keluar dengan aku! Tapi dia datang, ni mesti sebab kau kan?" Jiyoon berkata marah. Jarinya telunjuknya ditunding tepat ke arah Hyejin. Haish! Masuk lubang hidung aku kang.
" Wait! Bila masa aku kacau hubungan korang? Tolong sikit eh, kali terakhir aku jumpa Hoshi pun lepas dia ikut kau dekat hospital semalam so jangan nak tuduh aku yang bukan-bukan" Memang benar dia langsung tidak terserempak dengan Hoshi sejak semalam. Tengok lah sekarang. Dia sedang berjalan seorang diri menuju ke sekolah.
" Tak kisah la bila pun. Tapi ini amaran aku! Jangan pernah kau ganggu hubungan kitorang" Terus Jiyoon melangkah tanpa melihat kiri kanan setelah berkata sedemikian. Hyejin mengeluh perlahan. Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju ke arah Jiyoon. Terbuntang mata Hyejin apabila melihat situasi berikut.
" Jiyoon!!! Kereta!" Pantas Hyejin berlari ke arah Jiyoon lantas menariknya. Kedua-dua mereka jatuh di atas jalan.
Kebetulan pula Hoshi yang lewat ke sekolah melihat kejadian berikut. Pantas dia berlari ke arah mereka. Namun langkahnya terhenti di tengah jalan. Siapa yang patut dia tolong dahulu? Hyejin atau Jiyoon.
" Oppa! Help me!" Hoshi perasan akan isyarat Jiyoon itu. Dengan terpaksa dia melangkah ke arah Jiyoon. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia memeluk erat Hyejin yang sedang menahan kesakitan. Entah untuk kali ke berapa dia terpaksa mengucapkan ini. Hyejin, mianhei.
" Jiyoon, gwenchana?" Soal Hoshi. Berkecai hati Hyejin menyaksikan situasi itu. Stop Hyejin! Tak hairan lah kenapa dia tolong Jiyoon, Jiyoon kan girlfriend dia. Think positive! Hyejin bangun perlahan-lahan dan berjalan ke arah mereka dengan kaki yang terhencut-hencut.
" Kyaa Yoon Jiyoon, gwenchana? Lain kali kalau nak lintas jalan tu, tengok lah kiri kanan" Hyejin bersuara.
" Hyejin, tangan kau and kaki kau. Bleeding!" Hoshi bersuara panik.
" Jangan tengok...!" Namun Hoshi terlambat. Hyejin sudah rebah di atas tanah. Satu lagi fakta yang tersemat elok dalam fikiran Hoshi. Hyejin takut darah.Pandangannya yang kabur sebentar tadi mulai jelas. Dia ada dimana? Macam familiar je tempat ni? Wait! Hospital? Again?!!
" Hyejin!" Seperti biasa suara nyaring S.coups kedengaran.
" Oppa, macam mana Hyejin boleh ada kat hospital ni? Hyejin tak luka teruk pun" Hyejin berkata lantas bangun dari katil.
" Eh eh nak pergi mana? Rest lah kejap kalau nak balik pun.." S.coups menegur.
" Mana member lain? Mana.. Hoshi?" Soal Hyejin.
" Member lain dah balik, Hoshi.. dia.. emm.." Kelihatan S.coups serba salah untuk menjawab.
" Jaga Jiyoon?" Soal Hyejin. Dari riak wajah Oppanya, dia sudah dapat agak. S.coups mengangguk perlahan.
" Oh.." Hyejin bersuara.
" Adik okay?"
" Huh? Kenapa pulak tak okay?"
" Ye lah, Hoshi kan sekarang ada dengan Jiyoon"
" Lah biarlah diorang.." Di akhir ayat Hyejin, dia ketawa.
" Can you just stop deny your feeling towards him?" S.coups berkata. Dia kenal adiknya. Dia tahu Hyejin cintakan Hoshi. Dia tahu Hyejin terluka apabila tahu yang Hoshi menjalin hubungan dengan Jiyoon. Dia tahu semuanya.
" Oppa.." Tubuh Seungcheol dirangkul. Sekali lagi air matanya meluncur laju.
" Wae? Kenapa dia tak cintakan Hyejin? Kenapa dia sayangkan perempuan tu? Teruk sangat ke Hyejin ni? Oppa, i love him! I really in love with him" Luah Hyejin hiba.
" No! Hyejin tak teruk. Maybe dia yang buta. Dia tak pandai menilai adik. Just forget him! Forget your feelings towards him. He didn't deserve for your love" S.coups mula teringatkan perbualannya dengan Hoshi semalam.Flashback
" Hoshi, kau dah janji dengan hyung kan nak bawak Hyejin balik? Tapi apsal dia balik dengan I.M tadi? Kau pegi mana?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut S.coups.
" Aku ada hal dengan Jiyoon tadi.." Perlahan Hoshi menjawab.
" Kau dengan Jiyoon ada apa-apa ke?" Hairan S.coups apabila Hoshi sanggup meninggalkan Hyejin untuk Jiyoon.
" Haah. Aku dengan dia sekarang couple"
" Wait, wait! Apa kau mengarut ni? Kau cintakan Hyejin kan?" Soal S.coups hairan.
" Takde lah. Aku anggap dia tak lebih dari seorang kawan!" Serentak itu kolar baju Hoshi ditarik kasar oleh S.coups.
" Habis tu selama ni kau sengaja permainkan perasaan adik aku?! Kau ni lelaki jenis apa hah?!" Marah S.coups. Sungguh dia marah dengan kelakuan Hoshi itu. Jadi selama ni memang dia sengaja bagi harapan palsu untuk Hyejin?!
" Kau dah kenapa hyung? Hyejin tak ada apa-apa perasaan pun dekat aku so tak payah lah kau marah sangat" Ujar Hoshi lantas mengorak langkah dari situ. Sungguh dia sudah tidak tahan untuk meneruskan lakonannya. Berpura-pura tidak mencintai Hyejin memang payah.
S.coups yang masih tidak mengetahui kebenaran yang sebenar-benarnya hanya meraup mukanya kasar. Dalam fikirannya timbul juga rasa hairan macam mana Hoshi boleh berubah macam tu.End Flashback
" Kenapa member lain balik awal sangat?" Soalan Hyejin itu menghentikan lamunan S.coups. Hyejin juga sudah berhenti menangis apabila dipujuk oleh Oppa kesayangannya.
" Awal? Adik tau tak adik tak sedarkan diri dah satu hari?"
" What?!"
" Yes! Adik pengsan pagi semalam dan pagi ni baru adik sedar" S.coups menjawab.
" Tapi Hyejin pengsan sebab takut darah je"
" Eh bukan sebab tu je. Tengok lah kaki dengan adik yang berbalut tu. Nasib baik tak luka dalam" Bebel S.coups.
" Aish Oppa ni bising lah! Dah la adik nak mandi" Hyejin bangun perlahan-lahan lantas menuju ke pintu bilik air.
" Adik.." Hyejin menoleh apabila mendengar suara S.coups.
" Jangan pikirkan sangat perasaan tu" Sambung S.coups. Hyejin hanya tersenyum sambil mengangguk paham.
Setelah melihat Hyejin masuk ke dalam tandas, S.coups mengorak langkah untuk keluar membeli makanan, namun niatnya itu mati apabila melihat Hoshi sedang tegak berdiri di hadapan bilik Hyejin dengan mukanya yang pucat dan matanya yang merah. Wait! Hoshi.. menangis?Annyeong readers! Update yeayy! Finally my exam already over! Freedom lmao 😂 Author dengar-dengar gossip yang svt nak kambek? Omfggg! I'm not ready yet. Our boys must fcking slay! Vote and comment for this chap. Saranghae readers! ♡♡♡♡
YOU ARE READING
Living With Seventeen (SEVENTEEN's Hoshi)
AcakChoi Hyejin iaitu adik kepada Choi Seungcheol ataupun S.coups seorang leader kepada 12 orang manusia paling susah untuk dikawal. Degil dan perangai mengalahkan budak-budak. Berbalik kepada Hyejin, dia telah dipaksa oleh abangnya untuk menjadi 'maid'...