Sick

5.7K 600 24
                                    

Setelah membersihkan diri, Hyejin termenung seketika. Dadanya dipegang. Kenapa hatinya bergetar bagai nak rak semasa bertentang mata dengan Hoshi tadi? Ishh. Tak! Aku tak suka dia! Dia kawan baik aku.

"Tak!" Tanpa sedar Hyejin menjerit kuat. Panik seisi rumah mendengar jeritan Hyejin. Mereka meluru ke bilik S.coups.

" Adik! Kenapa ni? Kenapa menjerit?" S.coups orang pertama yang masuk ke dalam bilik itu bertanya.

" Hah? Errrr.. tadi Hyejin nampak lipas" Hyejin mencipta alasan.

" Laa lipas pun takut?!" Sinis suara itu bertanya. Siapa lagi kalau bukan kawan kesayangan Hyejin.

" Ek eleh. Kau tu sama je lah. Nampak lipas lari 100M." Balas Hyejin geram.

" Stop! Korang ni kalau dibiarkan sampai esok tak habis! Hoshi, keluar!" Belum sempat Hoshi membalas, Wonwoo sudah menarik tangan Hoshi. Dia sempat menjelirkan lidahnya.

" Eeeii childish!"

×××××

" Hyejin-ah, wake up!" Suara S.coups kedengaran. Tapi entah kenapa mata Hyejin terasa amat berat untuk dibuka.

" Adik?" Melihat Hyejin yang tidak bergerak, S.coups mendekati adiknya. Badan Hyejin dipegang bertujuan untuk menggoncang tapi lain pula yang terjadi.

" Damn, Kenapa panas sangat ni?! Adik?! Choi Hyejin?!" Muka Hyejin ditepuk lembut. Perlahan-lahan mata Hyejin dibuka.

" Op.. oppa.." Ujar Hyejin lemah.

" Adik demam ni! Dah lah tak payah pegi sekolah. Just rest." S.coups memberi arahan.

" Taknak! Adik nak pegi sekolah" Hyejin tetap berdegil.

" Jangan degil boleh tak?" S.coups berkata.

" Kalau adik stay kat sini, kan tak ada orang nak jaga adik. Kalau dekat sekolah ada Woozi Oppa, Wonwoo Oppa, Jun Oppa and Hoshi. Diorang kan satu kelas dengan adik." Balas Hyejin lagi.

" Emm. Ye lah! Tapi kalau sakit, datang kelas oppa. Oppa hantar balik." Akhirnya S.coups bersetuju. Dia membiarkan Hyejin membersihkan dirinya.

××××××

" Hoi!" Meja Hyejin ditepuk kuat oleh seseorang. Tersentak Hyejin dibuatnya. Dia mendongakkan kepalanya. Aishh, Kwon Soonyoung. Mahu sahaja dia memarahi Hoshi namun dia harus menyimpan tenaga untuk melakukan perkara lain.

" Eh? Kau taknak marah aku ke Hyejin?" Hoshi bertanya. Hairan melihat kelakuan Hyejin.

" Kwon Soonyoung! Kenapa kau kacau Hyejin?! Dia demam tau tak?" Jun berkata.

" What?! Demam? Tengok lipas semalam dah demam?" Ujar Hoshi.

" Aishh. Tu lah kau! Bangun lewat lagi. S.coups hyung dah amanatkan kita jaga Hyejin baik-baik especially kau!"

" Asal aku pulak?"

" Kau kan best friend dia!" Woozi tiba-tiba mencelah.

" Emm, yelah." Tempat di sebelah Hyejin diambilnya. Tangan Hoshi merayap di muka Hyejin. Pergh! Panas. Agak-agak kalau aku masak telur atas muka minah ni pun masak. Kenapa dia tak rehat kat rumah?! Degil betul! Hoshi membebel dalam hati.

×××××××

Kringgg

Mendengar sahaja loceng dibunyikan, Hyejin membuka matanya. Kelihatan Hoshi disebelahnya asyik memandangnya.

" Kau kenapa?!"

" Larat ke kau nak berjalan pegi kantin sekolah?" Hoshi bertanya prihatin.

" Kalau aku tak larat kau nak dukung aku ke?" Balas Hyejin.

" Sini aku piggyback kau."

" Semalam kan kau dah piggyback aku. Takkan harini pun nak buat jugak. Jangan risau, aku boleh jalan." Hyejin menjawab lemah. Baru sahaja selangkah Hyejin berjalan, dia sudah hampir rebah. Nasibnya baik apabila Hoshi yang berada di belakangnya sempat menyambutnya sebelum dia menyembah lantai.

" Hyejin? Choi Hyejin!!" Panik Hoshi dibuatnya.

" Oh my god! Hyejin!" Wonwoo, Woozi dan Jun yang baru sahaja ingin melangkah keluar terkejut melihat Hoshi memangku Hyejin.

" Korang, cakap dekat cikgu yang aku bawak Hyejin balik!" Ujar Hoshi.

" Tapi.. boleh ke kau nak bawak Hyejin sorang-sorang?"

" Boleh je." Hoshi menjawab lantas sekali lagi di piggybacknya Hyejin.

Kepanasan badan Hyejin turut dirasai oleh Hoshi. Kerisauan semakin terpancar di wajah Hoshi. Dia mempercepatkan langkahnya. Panas matahari langsung tidak dihiraukannya.

Sesampainya di rumah, dia membawa Hyejin ke bilik lantas membaringkannya di atas katil. Dia berlalu ke dapur dan kembali semula dengan mangkuk berisi air dan tuala kecil di tangan. Dengan berhati-hati dia mengelap muka Hyejin.

" Ho.. Hoshi.." Hyejin membuka matanya lantas bersuara lemah.

" Shhh.. kau rest sini!" Hoshi membalas. Baru sahaja dia ingin keluar dari bilik itu, tangannya ditarik lembut oleh Hyejin.

" Please.. jangan tinggalkan aku.." Hyejin berkata perlahan.

" Okay. Aku tak tinggal kau. Kau tidur ye?" Hoshi membalas. Dia duduk di atas kerusi sambil merenung wajah Hyejin yang tersenyum apabila mendengar jawapannya. Genggaman tangan Hyejin dieratkan lagi. Setelah 10 minit, mata Hoshi semakin memberat. Akhirnya, dia turut tertidur.

Yeaayy Update! Freedom! Wuhuu~ baru ja lepas exam. Sory readers, kalau tertunggu fanfic ni. Vote and comments juseyo. Thanks and Saranghae Readers ♥

Living With Seventeen (SEVENTEEN's Hoshi)Where stories live. Discover now