End

5.1K 413 43
                                    

" Wait.. Puan Im? Kenapa bukan Puan Kwon?" Pertanyaan itu hanya disambut oleh senyuman hambar Jiyoon.

" Sebab aku bukan isteri Hoshi" Jawapan Jiyoon itu betul-betul memeranjatkan Hyejin.

" Tapi.. hari tu..?"

" Hyejin, kau dah salah paham. Masa tu suami aku ada hal, jadi dia minta Hoshi untuk temankan aku untuk pergi ke hospital. Lagipun Hoshi rapat dengan anak aku"

" Ma.. macam mana semua ni boleh berlaku? Bukan ke kau cintakan Hoshi?" Hyejin bertanya hairan. Sungguh dia betul-betul keliru dengan situasi sekarang.

" Sini Hyejin. Aku akan ceritakan semuanya pada kau. Dan kalau kau masih ada niat untuk teruskan majlis kau, aku tak boleh halang. Itu keputusan kau" Jiyoon berkata lantas meraih tangan Hyejin. Dia menarik Hyejin ke sofa.

" Hyejin, sebenarnya Hoshi cintakan kau. Dia sangat-sangat cintakan kau. Kau nak tau kenapa dia pilih aku?"

" Ke.. kenapa?"

" Sebab aku ugut untuk bunuh kau! Aku ugut Hoshi kalau dia putuskan hubungan kami, aku akan bunuh kau! Dan demi kau, dia sanggup teruskan hubungan kami. Dia sanggup korbankan cinta dia demi keselamatan kau. Hyejin, lepas kau pergi, Hoshi dah macam mayat hidup. Tiap-tiap minggu dia akan pergi rumah parents kau. Dia akan berkurung dalam bilik sampai tak mahu makan. Kau tau apa yang dia buat dalam bilik? Dia peluk baju kau! Dia peluk baju kau sambil tak henti menangis. Aku rasa bersalah kau tahu tak?! Orang yang aku sayang hampir jadi gila. Jadi, aku tarik diri. Lepas tu, aku jumpa suami aku. Kami berkahwin dan dikurniakan cahaya mata. Nama dia Jihyun. Sejak Jihyun lahir, Hoshi semakin pulih. Dia suka main dengan Jihyun. Dia sayang Jihyun macam anak dia. Jihyun pun panggil dia 'daddy'. Hyejin, tolong kembali pada Hoshi. Aku merayu Hyejin. Dia dah banyak terseksa. Aku akan rasa bersalah sampai mati kalau kau dan Hoshi tak bersama" Walaupun kebenaran sudah terungkap namun, Hyejin masih lagi keliru. Dia berasa menyesal dengan semua keputusan yang dia buat.

" Noona.." Suara Mark mengejutkan mereka berdua. Tidak menyangka bahawa Mark mendengar segala isi perbualan mereka.

" Noona balik lah.."

" Balik?"

" Balik lah pada dia. Mark lepaskan noona. Dia betul-betul cintakan noona. Kalau Mark sendiri pun belum tentu dapat buat semua tu untuk noona. Majlis ini tetap akan berlangsung tapi bukan Mark pengantinnya" Mark berkata sambil tersenyum.

" Mark, are you serious?" Hyejin menyoal. Mark hanya mengangguk. Melihat anggukan itu terus sahaja tubuh Mark dipeluk Hyejin erat.

" Mark, thanks. Thanks sebab paham noona. Terima kasih sangat-sangat" Hyejin amat bersyukur kerana mengenali seseorang seperti Mark. Setelah itu wajah Jiyoon dipandang. Jiyoon hanya mengangguk sambil berkata..

" Pergi lah Hyejin" Tanpa melengahkan masa, dia berlari keluar dari butik itu. Oleh sebab dia memakai high heels, pergerakannya mula terbatas. Akhirnya dia membuang kasutnya itu ke dalam tong sampah. Dia langsung tidak mengendahkan mata-mata yang memandangnya. Sudah la memakai gaun pengantin, berkaki ayam pulak tu. Hyejin menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.

" Ahjussi, tolong cepat. Tolong sangat-sangat!" Hyejin berkata. Dalam masa 10 minit sahaja, dia sudah sampai di destinasi. Setelah membuat pembayaran, Hyejin lantas turun dari teksi dan memasuki bangunan di hadapannya itu. Destinasinya hanya satu. Dorm Seventeen.

Sebaik sampai di dorm Seventeen, loceng dibunyikan. Tak cukup dengan loceng, pintu juga diketuknya.

" Sabar! Sabar! Buruk perangai tu bila datang rumah orang ketuk pintu banyak kali" Dari dalam rumah sudah dengar suara DK membebel.

Living With Seventeen (SEVENTEEN's Hoshi)Where stories live. Discover now