Part 7

6.6K 424 54
                                    

"Yahh!! Mingyu , gwenchana?!"

Mata Chanyeol terbeliak luas. Dia menjadi semakin panik. Chanyeol tidak tahu apa patut dibuatnya sekarang. Kepalanya yg tidak gatal digaru.

Jika dilihat pada keadaan Mingyu sekarang , dia memang serupa sangat macam orang yg dah nak beranak kembar.

Mengarut , bukan?

Chanyeol memegang kedua dua belah lengan Mingyu. Dahinya berkerut menahan sakit. Chanyeol pula masih dengan wajah bingung nya.

Aduhaii , takde ke muka lain? --"

"Mingyu , awak dah nak beranak ke?" Chanyeol mengajuk ayat dalam drama yg baru ditontonnya beberapa hari lepas.

Kononnya , nak jadi pelakon?

Mingyu menoleh kepalanya dan memberi pandangan maut pada Chanyeol apabila ditanya soalan merepek sebegitu.

Boleh dikatakan , soalan paling merepek di dunia.

Disikunya kepala Chanyeol itu. "Beranak apa?! Aku bukan perempuan lah!!" Herdik Mingyu membela dirinya.

Giginya diketap. Woww , nampaknya Mingyu begitu marah sekarang. Ayokk , Yeol..

Chanyeol tersengih sengih seperti orang tak siuman sambil meraba raba bahagian kepalanya yg baru sahaja disiku Mingyu.

Senang cerita , memang otak dia tu dah tak betul. Mungkin kalau diketuk , elok sikit agaknya. Yalah , takut makin parah pulak nanti.

Yalah. Ada pulak dia pergi cakap Mingyu tu dah nak beranak. Nak beranak ikut mana woii?! Dia mengandung sebab apa pulak?!

Aduihh , parah sangat dah otak Chanyeol ni.

"Masalah perempuan je pun." Bisik Mingyu pada dirinya sendiri namun dapat ditangkap jelas di telinga capang si galah itu.

Nak tahu sebab apa aku panggil dia galah? Dia tu tinggi sangat. Sesuai sangatlah untuk diguna bagi mengait buah rambutan di atas pokok. --"

"Apa? Masalah perempuan?" Soal Chanyeol dengan raut wajah penuh tanda tanya. Dia terkebil kebil. Mingyu menjadi tak keruan.

Susahlah kalau ada kawan bertelinga capang macam ni. Semua benda boleh didengar. Agak² semut bercakap pun dia boleh faham , kah?

Huishhh , parah tu...... entah² si capang ni datang dari planet V yg baru muncul dalam sistem suria planet kita tu. Waaa , best tu. Aku join!!

"Erkk , Chanyeol..saya nak pergi tandas dulu!!" Mingyu berlari laju meninggalkan Chanyeol di belakang dengan bawah perutnya yg sakit.

Tandas pelajar lelaki dirempuhnya.

Chanyeol pelik. Sekali lagi , dia menggaru kepalanya itu. Sudah² lah tu Chanyeol. Nanti aku botakkan kepala kau tu baru tahu. --"

[Sementara itu....]

'Susah jugak jadi perempuan ni. Bila remaja , sakit. Bila nak buat benda alah tu pun sakit. Ni apatah lagi nak beranak!'

Mingyu membebel bebel dalam hatinya tanpa henti. Nasib baiklah hanya dalam hati. Kalau tak , koma setahunlah orang yg mendengarnya.

Mingyu menggeleng gelengkan kepalanya. Rambutnya yg berwarna hitam keperang perangan disikat ke belakang dengan tangan.

Setelah berpuas hati dengan gaya rambut dan kekemasan dirinya itu , dia menghala ke muka pintu pula. Pintu tandas itu dibuka.

Belum sempat dia hendak melangkah keluar dari tandas itu , dua orang lelaki yg berada betul² diluar menghalang laluannya.

"Ke tepilah sikit." Mingyu bersuara dengan beraninya. Dua orang lelaki dihadapannya ketika itu tersenyum sinis memandang Mingyu.

Jimin memberi isyarat mata pada seorang lagi lelaki yg memakai tag nama 'Kim Taehyung'. Ditahannya kedua dua tangan Mingyu.

Mingyu ditolak masuk ke dalam tandas semula. "Apa ni? Lepaslah!!" Mingyu meronta ronta untuk dilepaskan.

Namun begitu , kekuatan kedua dua orang lelaki itu jelas sekali membataskan pergerakannya. Dia masih tak cukup kuat.

Mingyu tidak pasti mengapa dia susah untuk melawan mereka. Sedangkan , dia pemegang tali pinggang hitam dalam Taekwondo.

Mingyu panik apabila bahunya ditolak kasar ke dinding. "Kau ni...budak baru tu kan?" Soal Jimin sambil mengangkat keningnya.

Mingyu hanya mendiamkan dirinya , membiarkan soalan namja itu tidak berjawab.

Taehyung tersenyum sinis. "Kau degil , huh? Ke..nak kitorang guna cara lain?" Ugut Taehyung sambil tersenyum nakal.

Tali leher yg dipakai Mingyu ditarik perlahan lahan. Taehyung dan Jimin memandang sesama sendiri dan mula menjilat bibir.

Mingyu menekan perit liurnya. Dia semakin takut. Jika rahsianya terbongkar pada kedua dua lelaki itu , tentunya dia tidak akan selamat.

Butang baju Mingyu dibuka satu persatu. Matanya terpejam. Dia tidak dapat berbuat apa² oleh kerana tangannya digenggam erat.

Mingyu seperti mahu menangis ketika itu. Tiba² , Taehyung jatuh terduduk di atas lantai. Matanya dibuka perlahan lahan , cuba melihat apa yg berlaku sekarang.

Taehyung meramas pipinya yg baru sahaja ditumbuk tadi. Tangan Mingyu ditarik ke muka pintu. Baekhyun berhenti seketika.

"Mingyu is MINE. Remember that." Baekhyun menarik tangan Mingyu keluar dari tandas itu. Dipegangnya kedua dua bahu Mingyu.

"Kenapa kau ni suka buat aku risau , hah? Dahlah ponteng kelas." Marah Baekhyun , cuba menyembunyikan rasa risaunya.

"Saya tak apa² sekarang. Apa² pun , terima kasih." Mingyu tersenyum manis. Baekhyun menoleh kepalanya , memandang tempat lain.
Mukanya sudah merah padam. Apabila dia menoleh ke belakang semula , Baekhyun mendapati Mingyu sudah hilang.

"Ehh²? Hilang pulak dia." Baekhyun menggaru belakang lehernya beberapa kali. Dia mengorak langkah kembali ke kelas.

Yalah , siapa tak takut kena denda?

-------------------------

"Ni semua salah kau. Kalau tak , aku mesti tak kena kelas tahanan. Memalukan je." Keluh Baekhyun kedengaran kesal.

Mingyu dari tadi hanya tunduk memandang mejanya. Dia tak tahu apa nak cakap. Mingyu rasa bersalah yg teramat.

Baekhyun pada mula masuk kelas tahanan tu pun tak boleh berhenti salahkan Mingyu. Mingyu pun tak boleh buat apa².

Yalah , dia bukannya boleh tutup mulut Baekhyun yg kadang² main cakap lepas je. Mata Mingyu berkaca.

"Kalau awak tahu benda ni akan jadi , kenapa selamatkan saya?" Mingyu bersuara lemah. Baekhyun memandangnya.

"Kebetulan aku masuk tandas. Takkan aku nak biarkan je?" Mingyu tersenyum sinis. Begnya dicapai. Mingyu bangun dari kerusinya.

"Sudahlah." Mingyu berjalan keluar dari kelas kosong itu. "Haishh , budak ni teruk betul!!" Baekhyun mengambil begnya.

Keluar sahaja dari kelas itu , kelibat Mingyu sudah tidak kelihatan langsung. Baekhyun melepaskan keluhan berat.

'Dia ni kan , tak boleh kena marah sikit. Dasar budak manja.'

-----------------------------

Pliss KOMEN and VOTE juseyo. Papaii!!

Byuntae Jerk (Baekhyun)Where stories live. Discover now