Part 14

6.1K 352 13
                                    

-----------------------

"Kau kat mana sekarang ni? Kata nak balik rumah.. aku tunggu kau ni.."

"Memang aku nak balik pun.. kita jumpa nanti , ya? Aku akan sampai dalam beberapa minit lagi. Aku janji."

"Iyelahh."

Sehee menekan punat merah pada skrin telefonnya. Telefon itu kemudiannya diletakkan kembali ke dalam beg silang yang dibawanya.

Rambutnya yang sedikit berjurai di hadapan ditiup sehingga terangkat. Rambutnya yang telah disikat diserabaikan semula.

Satu keluhan dilepaskan. 'Mungkin dah sampai masanya untuk aku hentikan semua ni.' Fikirnya. Pandangan dibuang ke luar tingkap.

Hatinya masih tidak tenang walaupun sudah meninggalkan sekolah itu. Mungkin dia sudah biasa dengan persekitaran di sana.

Tanpa dia sedar , matanya sudah bergenang dengan cecair jernih. Inilah hati seorang wanita. Hati yang lembut dan mudah tersentuh.

Teksi yang dinaiki Sehee berhenti betul² di hadapan pagar besar rumah banglo dua tingkat yang bernombor 29.

Selesai memberi duit tambang pada pemandu , Sehee membawa bagasinya ke dalam rumah banglo itu. "Noona!!" Jerit seseorang.

Sehee sedikit terperanjat apabila Hoshi memeluk tubuhnya dengan erat sekali. Rindu yang teramat pada Sehee , nampaknya.

"Rambut blonde sekarang , huh?" Rambut Hoshi dikusutkan. Sengaja dia mencari pasal dengan adik lelakinya yang manja itu.

"Noona betul² macam lelaki lah sekarang. Tengok lah tu.. Cantik style rambut." Sempat lagi Hoshi memuji. Sehee tersenyum bangga.

"Eunju dah sampai?" Sehee bertanya. "Dia ada kat ruang tamu , tengah tunggu noona." Jawab Hoshi dengan senyuman.

"Geomawo." Sehee membalas kembali senyuman adik lelaki kesayangannya itu. Dia membuka langkah ke ruang tamu.

"Eunju.." Sehee menyapa Eunju yang sedang duduk termenung di sofa empuk itu. "Bilik." Eunju mengangguk lalu bangun dari sofa.

[SKIP]

"Kau memang nampak macam lelaki walaupun cuma pakai rambut palsu. Takde sesiapa perasan?" Soal Eunju ingin tahu.

"Tak.." Eunju mengecilkan matanya memandang wajah Sehee. "Kau balik sini mesti ada masalah kat sana , kan?" Eunju menduga.

"Eung.." Wajah Sehee tertunduk. Eunju mencapai tangan sahabat baiknya itu. "Ceritalah..." pujuk Eunju. Sehee menarik nafas dalam.

---------------------

"Baekhyun... kenapa kamu tak bagitahu yang kamu ada penyakit bahaya macam ni... omma risau tahu tak?" Kepala Baekhyun diusap.

"Omma..boleh tak kalau Baekhyun buat permintaan?" Suara Baekhyun kedengaran lemah. Air matanya sudahpun gugur di atas bantal.

Pn.Byun terus memasang telinganya. "Baekhyun nak berkahwin dengan yeoja pilihan hati Baekhyun sendiri." Katanya terhenti di situ.

"Dengan siapa?" Soal Pn.Byun pula. "Yoon Sehee...kawan baik Baekhyun masa kecil dulu." Baekhyun tersenyum pendek.

Memang dari mula lagi , Baekhyun tahu yang Hwang Mingyu adalah Yoon Sehee , iaitu rakan sepermainannya semasa kecil.

"Kamu masih fikir pasal kahwin?" Pn.Byun mengangkat kening seolah olah tidak percaya dengan permintaan tidak masuk akal itu.

"Tolonglah omma..Baekhyun janji akan teruskan pembedahan tu secepat mungkin.." Rayunya lagi. Pn.Byun menarik nafas panjang.

"Baiklah.. Baekhyun nak omma buat apa?"

--------------------------

"Omma nak kamu kahwin , Sehee.. kamu tak kesah , kan?" Soal ibu Sehee atau lebih mesra dengan panggilan Pn.Yoon.

Dia tidak mahu mendesak anak perempuan kesayangannya itu. Pn.Yoon cuma mahu Sehee menjadi lebih matang dalam dunia barunya.

Ya , dunia rumah tangga.

Hoshi yang sedang sibuk menyuap semua makanan ke dalam mulutnya berhenti mengunyah seketika. "Kahwin?" Hoshi ternganga.

"Sehee tak kesah pun.. tapi dengan siapa omma?" Sehee bersuara malas. Otaknya masih berserabut tentang apa yang berlaku tadi.

Baekhyun. Apa yang dia buat sekarang agaknya? "Kamu kenal anak Pn.Byun kan? Kawan baik kamu masa kecil dulu?" Soalnya.

Sehee menghempas batang penyepit yang dipegangnya ke atas meja makan , membuatkan Pn.Yoon dan Hoshi terperanjat.

Hoshi tersedak makanan di dalam mulutnya secara tidak sengaja. Terbatuk batuk dia di situ. Sehee terus naik ke biliknya.

"Hoshi?? Hoshi!! Sehee , adik kamu ni.." Kepala Hoshi yang sudah terkulai lemah di atas lantai dipangku. Dia sudah tidak sedarkan diri.

[SKIP]

"Tulah kau. Dah tau Hoshi tu lemah jantung , buat dia terkejut jugak. Kan sampai dah masuk hospital. Kesian dia." Bebel Eunju.

"Aku tahulah kau ada hati dengan Hoshi. Tak payah nak kesian sangat dengan buah hati kau tu." Balas Sehee dengan tangan di atas dadanya.

"Hehehe..aku nak sangat jadi adik ipar kau. Nanti mesti kitorang dapat anak comel²." Eunju tersengih sendirian.

Apalah yang tengah dia fikir tu. First night , mungkin?

"Belum apa² lagi dah cakap pasal anak. Kau tahu tak , Hoshi tu tak miang macam kau!" Kepala Eunju ditunjal. Dia tersengih sengih.

"Kalau noona dia gatal , tentu adik dia pun sama." Eunju sengaja menyiku lengan Sehee. "Yahh!! Aku tak byuntae lah!" marah Sehee.

Merah padam pipinya apabila dilabel sebagai byuntae oleh rakan baiknya sendiri. Bertuah punya kawan. Haisshh.. --"

"Kau nak kahwin nanti , kan? Aku pesan ni.....buat anak banyak² tau.. aku teringin nak banyak anak buah.." usik Eunju. Bibir Sehee diketap.

'Suka jiwa dia je suruh aku buat anak banyak². Dia ingat aku larat ke nak layan nafsu bakal suami aku yang 'horny' tu tiap² hari? Aku bukannya kilang!!'

"Sehee....... itu.. awak ke?"

Eunju dan Sehee beralih pandangan pada seorang manusia yang sedang dibawa berjalan dengan kerusi roda. Mata , hidung dan bibirnya.....

Sehee kenal sangat.

"Bb..Baekhyun?"

~TBC~

Semakin dekat exam , semakin aku sibuk berkepit dengan phone. Aku tak tahu kenapa. Phone ni seakan akan menggoda aku. Agagaga.. bye , nak pergi study!! (Sangat)

-Hwang Areum-

Byuntae Jerk (Baekhyun)Where stories live. Discover now