'Urrghhh , bencinya!!'
Mingyu menjerit geram di dalam hati kecilnya. Kalau diikutkan , mahu saja dia meroyan di situ. Tapi kalau dia yg meroyan , boleh lain jadinya.
Rambutnya yg elok disikat tadi dikusutkan semula. Maklumlah , takde kerja nak dibuat. --" Dia bermundar mandir di sekitar bilik itu , kononnya sebab takde kerja.
Badan kecilnya itu dihempas ke atas katil. Rambutnya yg menutupi mata ditiup sedikit. Mingyu mencemik. Kakinya dihentak hentakkan di atas katil beberapa kali.
Haishh..kalau dilihat semula , perangai Mingyu ini boleh dikatakan seperti kanak² yg kalah dalam peraduan menjadi duta ribena. (Apalah aku merepek ni --")
Benci!! Hatinya penuh rasa benci dan meluat yg teramat terhadap lelaki yg begitu menjengkelkan itu. Wajahnya merah padam menahan geram.
Giginya diketap. Entah kenapa , sekarang ini...mahu sahaja ditempek tempek wajah Baekhyun yg kononnya cantik sangat tu dengan sambal belacan.
Ehh² , Mingyu ni cemburu ke apa? Sampai nak libatkan sambal belacan dalam hal remeh temeh macam ni? Takde kelas , katanya.
Mingyu makin meluat tengok muka Baekhyun tu. Meluat , tahu?! Pintu bilik itu dikuak dari luar. Cepat² Mingyu memejamkan matanya.
Elehh , nak berlakon pun agak² lah. Sekarang bukan masanya. --" Ada hati nak menang award ni. Bermimpilah kau sampai ke planet V sana , Mingyu~~
Chanyeol mengintai di celah² pintu bilik itu. Senyuman lebar sehingga ke telinga terukir di bibirnya apabila mendapati Mingyu sedang tidur di atas katil.
Chanyeol sekali lagi bertindak seperti penyangak. Haissh budak bertuah ni. Bila dah tahu password bilik tu , mula lah selamba badak dia je masuk ke dalam.
Mingyu baru perasan sesuatu yg agak pelik lagi aneh. (Apakah? --") Katil yg berada di bawah badannya itu adalah milik Baekhyun!! Aduh , sengal lah kau ni Mingyu!!
'Kenapa dia tidur kat katil Baekhyun?' Chanyeol menggaru belakang lehernya beberapa kali seolah olah sedang bingung. Dahinya berkerut seribu.
Boleh bayangkan tak betapa huduhnya Chanyeol bila muka dia berkedut macam tu? Haha. Aku kejam. Tak habis² nak kutuk orang. Tagunaa~
Mingyu berlakon tenang. "Ahh , jjinja kyeo." Puji Chanyeol. Mingyu kenal sangat suara itu. Kembang kempis Mingyu apabila dipuji oleh Chanyeol.
Haaaaa~ indahnya dunia..
"I wonder.. can I fit mine in yours?" Chanyeol memuncungkan bibirnya. Mingyu yg faham sangat dengan apa yg dikatakan Chanyeol terus bangun dari pembaringannya.
Geli geleman tubuh Mingyu mendengar apa yg dikatakan Chanyeol. Byuntae sungguh!! "Ehh , tak tidur rupanya." Chanyeol terkebil kebil.
"Eee.. apa maksud awak 'fit' tu?!!!" Muka Mingyu berkerut. Loya betul dia apabila tiba² terbayang perkara seperti itu. Haissh , jangan jadi byuntae lah , Mingyu!!
"Awak tak tahu atau awak buat² tak tahu?" Soal Chanyeol mengangkat keningnya. Mingyu hanya diam. Yalah , takkan nak kata tak tahu? Itu menipu namanya.
"Awww.. you such an innocent. Nevermind , let me teach you everything." Chanyeol seperti mahu menanggalkan zip seluarnya.
Mingyu menggeleng bersungguh sungguh. "Gg..gwenchana.." Tubuhnya sudah menggeletar. Memang nampak sangat ketakutan di mukanya.
Mingyu menutup mukanya dengan kedua dua tapak tangan. Rasa macam nak menangis pun ada. Gila tak takut?! Baekhyun hanya memerhati.
"Yaahh. Kalau ye pun nak ajar dia buat benda tu.. janganlah kat katil aku." Baekhyun bersuara dingin. Mingyu dan Chanyeol menoleh.
Mereka kemudiannya saling berpandangan. "Korang buat apa lagi tu? Cikgu dah tunggu kat padang." Baekhyun terus keluar dari bilik itu tanpa menunggu mereka.
--------------------------
"Baekhyun , Chanyeol , Mingyu , Jungkook , Suho , Junghan , Yoongi dan Taehyung satu kumpulan. Yg selebihnya satu kumpulan."
Cikgu Seungri memberi arahan. Masing² berbincang tentang posisi. Seterusnya , mereka mula mengambil tempat selepas memanaskan badan.
Wisel ditiup. Permainan pun bermula. Chanyeol melontarkan bola terus pada Jungkook. Namun dapat ditepis Kris. Kini bola itu berada di tangan pihak lawan.
Bola terus bertukar tangan. Kini giliran Mingyu pula untuk memegang bola itu. Namun Baekhyun terlebih dahulu menepis bola tersebut.
Mingyu terkebil kebil dan hanya berdiri kaku di situ. Baekhyun tersenyum sinis. Dia akhirnya berjaya menjaringkan bola itu.
Chanyeol menjadi hairan. Mengapa Baekhyun menepis bola itu sedangkan Mingyu adalah ahli pasukannya sendiri?
Dada Mingyu turun naik mengambil nafas. Penat sahaja dia mengejar bola itu , namun setiap kali cuba menangkap bola itu , pasti Baekhyun menepisnya.
Jika tidak pun , bahunya pasti dirempuh. Mingyu sendiri tidak tahu motif namja itu. Setiap kali jaringan dibuat , pasti Baekhyum tersenyum sinis padanya.
'Aku tahulah aku ni lembab sikit main bola keranjang!! Kalau ye pun , janganlah buat aku macam ni!! Penat tahu dak?!' Mingyu mengesat peluh yg menitik dari dahinya.
Sudahlah ketika itu , panas terik memancar terus kepadanya. 5 minit langsung tidak cukup untuknya berehat. Permainan diteruskan setelah waktu rehat tamat.
Seperti apa yg dijangkakan , dia langsung tidak menyentuh bola itu. Baekhyun membuat lontaran tinggi dan pastinya tidak dapat dicapai Mingyu.
Chanyeol memandang sayu Mingyu. Dia tahu rakannya itu letih mengejar bola. Nafas Mingyu tidak teratur. Dia terbongkok bongkok dan mula mengah.
"Mingyu. Ambik ni!!" Baekhyun membaling bola itu pada Mingyu. Kebetulan pada masa yg sama Mingyu berdiri semula. Dia kaku di situ.
Akibatnya , bola itu terkena tepat pada wajah Mingyu. Dia tumbang ke atas permukaan padang bola keranjang itu. Permainan terhenti seketika.
Mingyu dapat rasakan cecair hangat mengalir keluar dari hidungnya. Hidungnya itu disentuh. Kepalanya berpinar pinar dengan panas terik matahari yg memancar terus padanya.
Kedengaran beberapa suara sedang mentertawakannya. "Hidung dia berdarah lah." Suara mereka ketawa semakin kedengaran. Chanyeol duduk di sisi tubuhnya.
"Yahh!! Gwenchana?!" Soal Chanyeol dengan begitu paniknya. Kepala Mingyu dipangku paha Chanyeol. Namja itu dipandang dengan mata bergetar.
Pandangan Mingyu semakin kabur. Matanya seperti hendak terpejam. Dunianya menjadi gelap dalam sekelip mata.
-------------------------
Maaf sebab lambat update. Sibuk dengan folio kebelakangan ni. Huhu. Anyway , teruskan vote and komen!! Tengkyuu!!
Jinnie_baebae <3
YOU ARE READING
Byuntae Jerk (Baekhyun)
Fanfic"Wait , what?! Homosexual?!" Oh tidak!! Bagaimana Hwang Mingyu atau nama sebenarnya Yoon Sehee tidak mengetahui langsung tentang perkara mengejutkan ini?! Padan lah suasana sekolah barunya itu berbeza semacam!! Rupanya pelajar-pelajar lelaki sekola...