S2 : Part 6

8.5K 265 21
                                    

-------------------------

"Yoon Sehee... you've taken my attention these day."

Chanyeol tersenyum sendirian. Dua pasang matanya masih tidak lepas-lepas dari memandang gambar kelasnya semasa di sekolah tinggi setahun lepas.

Takdir di mana dia telah berjumpa dengan cinta pandang pertamanya yang secara realiti , adalah seorang perempuan. Pertemuan itu telah membawa dia ke arah persahabatan.

Mungkin pada masa itu , nafsunya hanya pada lelaki. Tetapi , firasatnya jelas mengatakan yang Sehee bukanlah 'lelaki' biasa yang baru sahaja dikenalinya.

Walaupun Chanyeol tahu yang Sehee sudahpun menjadi teman wanita Baekhyun , dia masih tidak berputus asa begitu sahaja untuk merebut kembali hati gadis idamannya itu.

Entahlah.

Chanyeol tidak pernah rasa perasaan sebegini apabila berada bersama dengan gadis lain. Pastinya , dia sudah jatuh hati dengan teman wanita sahabat baiknya sendiri. Dia tahu itu adalah salah dan mungkin akan menyebabkan berlakunya salah faham di antara mereka.

Tapi jika hati sudah kata suka , siapa boleh nafikannya?

Chanyeol mengaku , dirinya tertarik dengan personaliti yang dibawa Sehee. Gadis yang cantik , bijak , berperwatakan comel , dan semestinya happy virus itu adalah ciri-ciri gadis yang Chanyeol yakin , dapat membahagiakan dirinya.

Namun apa boleh buat?

Sehee cintakan Baekhyun. Tetapi bukan setakat itu sahaja , dia akan terus membuat hati Sehee terdetik untuk menyayanginya. Mungkin dia akan dilabel sebagai PERAMPAS nanti.

Tapi itu bukan masalah Chanyeol kerana dia masih tetap dengan pendiriannya.

Chanyeol mengeluh berat. Bagaimana untuknya mendekati Sehee sedangkan Baekhyun senantiasa berada di sisinya? Bagaimana untuknya memulakan bicara saat mereka dengan kebetulannya bersama?

"I'll get you , Yoon Sehee."

***

"Untuk projek cuti semester bulan ni , kamu semua akan buat kerja-kerja ni secara berdua-duaan. Memandangkan cuti semester kali ni lama , saya akan bagi kerja yang agak berat. Kamu boleh bahagikan kerja-kerja ni dengan pasangan kamu. Dan ingat. Kalau pasangan kamu tak beri kerjasama , laporkan sahaja pada saya. Projek ni menyumbang markah yang banyak untuk gred sahsiah kamu . Jadi saya taknak kamu sia-siakannya. Do your best. Any question?"

Prof.Lim mengakhiri penerangan panjang lebarnya dengan soalan. Masing-masing memandang sesama sendiri. Nampaknya seperti tiada seorang pelajar pun yang hendak bertanyakan soalan. Dalam kelompok yang besar itu , ada juga yang mahu mengajukan soalannya.

"Nak kena pilih pasangan atau prof yang aturkan?"

Semua pelajar memandang ke arah suara itu. Sehee dan Baekhyun yang hanya duduk sebelah menyebelah itupun turut ikut sama. Suara yang dikenali ramai itu sudah pasti menjadi perhatian sekarang.

"No. Saya yang akan aturkan. Sebabnya , saya nak kamu saling kenal dengan pasangan kamu. Get it?"

Pelajar lain mengangguk. Serri kembali duduk di atas kerusinya. Pandangan mereka semua beralih ke arah pensyarah yang berada di hadapan. Satu kertas bercetak dijulang tinggi ke atas.

"Saya akan tampal name list ni pada papan kenyataan. Kamu boleh rujuk di sana selepas tamat kuliah nanti."

Arahan yang cukup jelas itu menerima respon anggukkan dari para pelajar. Jantung Sehee berdegup kencang. Harap gadis itu , pasangannya adalah seorang yang tidak menyusahkan dan dapat memberi kerjasama.

Senang kata , dia harap Baekhyun adalah pasangannya nanti.

***

Yoon Sehee - Han Serri
Byun Baekhyun - Park Chanyeol
Kim Eunju - Jeon Jiae

Ketiga-tiga nama itu menjadi tumpuan Sehee. Dalam banyak-banyak pelajar di kolej itu , mengapa Serri yang perlu menjadi pasangannya? Memandangkan keputusan dari Prof.Lim itu muktamad , Sehee hanya akur.

"So...we are partner is it?"

Pemilik suara yang berbunyi sinis itu dipandang. Sehee terperanjat melihat Serri di belakangnya. "Baguslah macam tu. Boleh kita saling kenal , kan?" Serri memandang Sehee dari atas ke bawah dengan pandangan sinisnya.

"Kita jumpa nanti. I'll send you my address later...." Serri menepuk sebelah bahu Sehee. Senyuman palsu itu masih tidak lekang dari bibirnya.

"Perampas." Ayat itu setakat menjadi bisikan berbisa di telinga Sehee. Serri berlalu pergi meninggalkannya seorang diri di hadapan papan kenyataan itu.

Sekali lagi , Sehee melepaskan keluhan berat. Chanyeol yang hanya melihat sahaja tindak tanduk Serri tadi mulai risau. Dia tahu , Serri pasti ada merangka sesuatu perkara jahat untuk mengenakan Sehee.

Dan itu pastinya meletakkan diri gadis itu di dalam zon bahaya. Chanyeol perlu lakukan sesuatu.

"I'll protect you , Sehee."

***

"Kenapa monyok je ni , sayang?"

Baekhyun mengangkat dagu Sehee. Dari tadi wajahnya kelat. Entah apa yang sedang dia fikirkan ketika itu pun Baekhyun tidak tahu. Pastinya Sehee ada masalah dengan senarai nama pelajar yang diaturkan pensyarah mereka sebentar tadi.

"Janganlah susah hati. Saya ada untuk tolong awak." Baekhyun meramas lembut tangan Sehee.

Perbuatan dia itu secara tidak langsung menjadi pandangan tajam Chanyeol. Namun begitu , dia hanya berdiam. Baekhyun memeluk tubuh kecil Sehee. Membuatkan hati Chanyeol semakin tidak tenang berada di situ.

"A-aku nak ke tandas sekejap."

Chanyeol berlalu pergi meninggal-kan kafeteria. Sebenarnya , tiada sebab pun untuknya ke sana. Tetapi perbuatan Baekhyun tadi cukup menyinggung perasaannya.

Atau lebih tepat lagi , cemburu.

"You bagi je barang tu pada I. Nanti pandai-pandailah I uruskan perampas tu. She will get a lesson for this. Dia akan merana seumur hidup dia nanti. Just you wait , Sehee."

Chanyeol terbuntang mendengar perbualan telefon itu. Perkara itu sememangnya tidak disengajakan. Apa yang dia tahu , Sehee kini berada dalam bahaya!

~TBC~

I'm back gaisss.. Sya rasa ff ni makin mengarut dan tentunya membosankan . So my question is.. Should I unpublish this story? '-'

Byuntae Jerk (Baekhyun)Where stories live. Discover now